mattzzx Publish time 24-9-2023 03:12 PM

Afif unggul di halaman sendiri

Kuala Terengganu: Pelumba Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Ahmad Afif Amran unggul di bumi sendiri selepas muncul juara kategori CP 150, Cub Prix Malaysia Pusingan 7 di Litar Permotoran Terengganu, hari ini.

Pelumpa kelahiran Gong Pasir, Dungun itu merakam masa 16:20.549 sekali gus berjaya menewaskan rakan sepasukannya, Md Akid Aziz di tempat kedua dengan catatan masa 16:21.313 dengan perbezaan 0.764 manakala Kasma Daniel Kasmayudin daripada Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor di tempat ketiga dengan catatan masa 16:27.926.

Dengan kemenangan itu pelumba berusia 28 tahun itu muncul tempat kedua keseluruhan dengan berbaki tiga pusingan lagi sebelum ditamatkan pada musim ini di belakang rakan sepasukannya, Md Akid.

"Syukur memang rezeki saya terutama semangat tempat sendiri luar biasa, kita perlu fokus dah lama saya tak naik podium juara di tempat sendiri yang terakhir pada 2018 di Kuala Terengganu pada Peringkat 2.

"Bagaimanapun pada permulaan saya sudah jangkakan saingan hebat, saya cuba mencari ruang nak masuk, tapi tidak dapat, cuma bagi tiga lap terakhir saya mengambil peluang selepas rakan sepasukan, Md Akid sedikit perlahan sekali gus berkesempatan untuk memintasnya.

"Alhamdulillah kejayaan ini adalah untuk pasukan sebab pasukan saya memang asal Terengganu, tidak lupa kepada peminat saya di negeri ini dan seluruh negara serta kedua ibu bapa yang datang memberikan sokongan," katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.

Dengan berbaki tiga pusingan lagi, anak sulung daripada lima beradik itu idam untuk muncul juara keseluruhan musim ini.

"Jika lihat persaingan pintu masa terbuka untuk memburu tempat pertama keseluruhan, cuma saya tidak target sangat, sebab kedudukan teratas kini menjadi milik rakan sepasukan dengan tiga pusingan lagi," katanya.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli.


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/akif2_1695487923.jpg
AFIF (tengah) meraihkan kemenangan selepas menjuarai kategori CP 150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Pusingan ke-7 di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak. FOTO GHAZALI KORI

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/09/1012717/afif-unggul-di-halaman-sendiri
Pages: [1]
View full version: Afif unggul di halaman sendiri


ADVERTISEMENT