mattzzx Publish time 23-9-2023 11:45 AM

Dolehide atasi Kenin untuk mara ke final WTA

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ddd_1695439889.jpg
AKSI bertenaga Caroline Dolehide. FOTO Agensi

Guadalajara, Mexico: Caroline Dolehide melakar kejutan apabila menewaskan juara Terbuka Australia Sofia Kenin menerusi kemenangan 7-5, 6-3 pada aksi separuh akhir sekali gus melangkah ke pentas final WTA yang pertama dalam kariernya.

Pertama kali melangkah ke separuh akhir menyaksikan pemain tenis dari Amerika Syarikat itu tenang mengenepikan Kenin yang lebih berpengalaman dalam aksi cukup bertenaga.

Di final nanti, Dolehide bakal berdepan sama ada antara Maria Sakkari dari Greece atau pemain kelahiran Perancis, Caroline Garcia.

Dolehide, 25, yang menghuni ranking 111 dunia muncul pemain tenis ketiga dalam sejarah final WTA yang bukan pilihan mara sehingga ke pentas kemuncak itu.

Kenin nyata tiada jawapan untuk membalas pukulan Dolehide yang menguasai aksi menerusi pukulan kilas untuk memerangkap pergerakan lawan.

Dolehide mudah mendahului 4-2 di set pertama sebelum keciciran beberapa mata dan kembali bangkit untuk menamatkan saingan dengan 7-5.

Pada set kedua, Dolehide bermula agak perlahan apabila ketinggalan 1-3 sebelum dia bangkit dengan lima lagi mata untuk memenangi perlawanan 6-3.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/09/1012502/dolehide-atasi-kenin-untuk-mara-ke-final-wta
Pages: [1]
View full version: Dolehide atasi Kenin untuk mara ke final WTA


ADVERTISEMENT