tatod Publish time 23-9-2023 11:32 AM

Pelawak Ujang Ronda Pun Terlibat Dalam Filem Lucah ‘Keramat Tunggak’, Terima Bayaran Rm150 Sebab Terdesak Tiada Kerja

Pelakon dan pelawak Indonesia iaitu Ujang Ronda dilaporkan antara individu dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung penerbitan sebuah filem pornografi yang sedang heboh diperkatakan.


Ujang atau Supriatna Sujani, 54, yang hadir ke balai polis bagi merakamkan keterangannya memberitahu dia pada awalnya tidak tahu filem berjudul Keramat Tunggak itu merupakan sebuah karya pornografi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/23/113152ndtndmffxtnexrrx.png



Malah Ujang mendakwa hanya menerima bayaran sebanyak RM150 untuk melakukan babak komedi dalam filem tersebut.


"Saya tak terlibat dalam babak lucah. Saya hanya menerima bayaran RM150 sahaja.


"Filem itu ditayangkan pada 2022 dan saya tak tahu ia filem lucah! Apabila ada nama saya, ia jadi huru-hara," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan Selasa lalu.


Dalam pada itu, Ujang memberitahu dia bersetuju terlibat dalam penggambaran filem terbabit kerana tidak mempunyai pekerjaan susulan tiada tawaran lakonan akibat penularan wabak Covid-19 sebelum ini.


"Apa yang berlaku jadi peringatan buat saya... Ketika itu saya perlu bekerja untuk cari nafkah buat isteri dan anak. Itulah satu-satunya tawaran saya terima," jelasnya.




Sumber: mStar
Pages: [1]
View full version: Pelawak Ujang Ronda Pun Terlibat Dalam Filem Lucah ‘Keramat Tunggak’, Terima Bayaran Rm150 Sebab Terdesak Tiada Kerja


ADVERTISEMENT