tatod Publish time 22-9-2023 10:39 PM

"Kami Berdua Sudah Melalui Tiga Perkahwinan, Kami Berdua Tahu Apa Yang Kami Mahu Dalam Hidup" - Engku Emran

"Kami berdua sudah melalui tiga perkahwinan, kami berdua tahu apa yang kami mahu dalam hidup, malangnya kami terpaksa mencari haluan masing-masing."


Demikian luah Engku Emran Engku Zainal Abidin mengenai keretakan rumah tangganya bersama kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila.


Emran menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya berkata, kehancuran dalam rumah tangga buat kali ketiga bukan satu keagagalan tetapi sudah ditakdirkan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/22/223621jkyf4q4k8w8syfw6.png



"Perkahwinan memang sukar. Siapa yang pernah berkahwin kami semua tahu mengenainya. Yang mana belum pernah kahwin jangan sembang kuat sangat.


"Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukan kegagalan, tetapi sudah tertulis sebelum kita hidup di dunia ini.Ia hanyalah satu perjalanan yang tidak dapat dielakkan yang perlu kita lalui untuk mencari keredaan-Nya dan selagi kita mendekatkan diri kepada-Nya itu sudah menjadi satu kejayaan besar," katanya.


Menurut Emran, dia memohon orang ramai untuk menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.


"Jaga adab serta hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga… mak dan ayah. Jangan sakiti hati mereka.


"Kami tidak pernah kacau hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami reda. Hormati kehidupan kecil kami ini walaupun ia tidak sempurna.


"Sekali lagi saya minta anda untuk menghormati dan beri ruang.Ini adalah detik sukar buat kami berdua. Mohon doa semoga Allah permudahkan segala urusan kami berdua," katanya.


Dalam masa sama, Emran mengingatkan orang luar supaya berhenti menyebar fitnah atau membuat sebarang andaian tidak benar mengenai keretakan rumah tangganya dengan Nabila.


"Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah daripada tidak terkawal.


"Selepas kata- kata saya ini jika anda terus membuat andaian dan cerita-cerita nak menyedapkan selera nafsu anda itu adalah masalah anda dan anda perlu menjawab dengan Tuhan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/22/223832gyz9udhy2h6ypymc.jpg



"Saya tidak pernah ambil pusing kepada khabar angin dan gosip murahan atau sampah.


"Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal. Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti," katanya.


Terdahulu Nabila memaklumkan dia dan Emran bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.


Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.




Sumber: Harian Metro

joy_ah Publish time 22-9-2023 10:52 PM

kalau dah sampai 3 kali tetap gagal maknanya ko tak belajar dari kesilapan dan tak tahu apa ko nak.

dagusengett Publish time 22-9-2023 11:03 PM

Urghhh
Just read his post
Poyo

Binodino Publish time 22-9-2023 11:21 PM

Kalau sendiri tak reti nak mhasabah diri jangan nak menyalahkan takdir.

Carcosa Publish time 22-9-2023 11:34 PM

Ehhh kau ni.
Marriage kau yg berantakan, kau nak marah2 dkt Netizen semua dah kenapa?? Marah lah otak kau yg benak tu, kepam ouii. 3 kali bercerai berai, maknanya engkau yg benak. Sama naik lah dgn janda kau yg ni. Kalau dah 3 kali, takkan ex2 kau yg dulu yg salah. Kau dgn si SSKJP ni sama2 benak! Ex2 korang ada ke membilang laki dan membilang pu*!

Kau dua ekor, kalau suka sgt kumpul Kad Jemputan kawin, bukak kedai printing. Bukan kawin kawin kawin byk kali. Bodoh! Dahla kepam.

Amandaminaj96 Publish time 22-9-2023 11:40 PM

Euwwww…

Purplehaz Publish time 22-9-2023 11:57 PM

Masing2 dh boleh retire..muhasabah diri

Qatrunnadaain Publish time 23-9-2023 01:07 AM

Binodino: Kalau sendiri tak reti nak mha ...

Yes so true

ayukpingu Publish time 23-9-2023 08:29 AM

poyo giler statement dia ni. nyampah pulak baca.

kalau 3 kali dh gagal, tu bukan suratan tertulis lagi. salahkan diri sendiri sbb tak belajar dr kesilapan.

entah apa la yang kau nak sebenarnya emran oii

zuriey Publish time 23-9-2023 09:33 AM

Org lain pun kahwin dah berbelas berpuluh tahun
Engko asyik salahkan takdir
Berak sembelit pun ko salahkan takdir ke

abadi84 Publish time 23-9-2023 10:28 AM

Benci dgn manusia yg asik nak petik alasan takdir
Seolah2 dalam dunia ni Allah tak memberikan akal, hak dan pilihan utk menentukan arah hidup anda.
Knp dlm Quran ada panduan memilih jodoh klu semua dah ditentukan...nak panduan buat apa?

intan244 Publish time 23-9-2023 11:07 AM

apa punca. apa yg dia x suka kat nabila tu memandangkan dia yg nak bercerai. dulu masa erra lepas cerai pon terkejar kejar

airmineral Publish time 23-9-2023 02:23 PM

apa yg drg cari² smp skg xjumpa?

airmineral Publish time 23-9-2023 02:24 PM

kaknab cantik


ada sapa² lagi ke yg berani nk kawen dgn mamat ni?

airmineral Publish time 23-9-2023 02:25 PM

mamazat x berjaya nasihatkan dan doa kaw² utk anak menantu ni ke?

mrsamz Publish time 23-9-2023 03:24 PM

Kaknab ada aura membosankan

fefeeling Publish time 25-9-2023 04:15 AM

mrsamz replied at 23-9-2023 03:24 PM
Kaknab ada aura membosankan

Eh aku pun prasan ni.. maybe time tangkap cintun je dia nmpk cam fun tp nan hado… dgr dia ckp dlm video2 content pun tak rasa exciting, alive gituh aku mencerca ;P

DayangKirana Publish time 25-9-2023 08:33 AM

End up they still looking around..hopefully they both know what they really want.
take time to know each other la before u jump the gun.
Dah tua2 pon still not learnt the lesson.

juruterra Publish time 25-9-2023 10:38 AM

ayukpingu replied at 23-9-2023 08:29 AM
poyo giler statement dia ni. nyampah pulak baca.

kalau 3 kali dh gagal, tu bukan suratan tertulis l ...

kan..poyo beria nk justify. bengong

reenz013 Publish time 25-9-2023 12:29 PM

both gagal...lpsni xyah kawin lg la
Pages: [1] 2
View full version: "Kami Berdua Sudah Melalui Tiga Perkahwinan, Kami Berdua Tahu Apa Yang Kami Mahu Dalam Hidup" - Engku Emran


ADVERTISEMENT