tatod Publish time 22-9-2023 02:45 PM

Engku Emran, Noor Nabila Sah Bakal Bercerai

Kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal bercerai dalam waktu terdekat.


Nabila ketika dihubungi Harian Metro berkata, keputusan itu dibuat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/22/144341ycskdsfdjx3hsnds.png



"Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.


"Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.


"Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan," katanya.


Menurut Nabila, dia enggan berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapi kepada khalayak, sebaliknya biarlah perkara itu diketahui antara mereka serta dijadikan pengajaran buat dirinya.


"Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.


"Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.


"Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui," katanya.


Terdahulu Harian Metro melaporkan rumah tangga pasangan itu didakwa sudah retak menanti belah.


Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/22/144454qt85w75uy7qyx88l.jpg



Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.


Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.


Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.




Sumber: Harian Metro

Binodino Publish time 22-9-2023 03:04 PM

Time sebelum kahwin bukan main lagi naik basikal sama2, propose pun naik hot air ballon. Belum sempat jebat dapat adik dah nak bercerai :shakehead3:

sayurmayur88 Publish time 22-9-2023 03:07 PM

ermmmmmmmm

miracle_forever Publish time 22-9-2023 03:12 PM

ok…next!!! dua2 dah boleh start fishing for next partner

ayukpingu Publish time 22-9-2023 03:13 PM

tahniah acik forumer... korang mmg peramal masa depan yang hebat.

ayukpingu Publish time 22-9-2023 03:15 PM

teringat masa diaorg ni dalam bau bau alam perkahwinan, gigih kite kutip kacang nokk...sebab pagar dl thread ada yang tinggi, sebab tanak miss info yang forumer lain bagi... kahkahkah

msdummy.2018 Publish time 22-9-2023 03:24 PM

ayukpingu: teringat masa diaorg ni dalam...

Aku smpi sudah masih trtny siapa vampire tuh...

Yg si hannah plak very sure jah yang kawin...hahahahahha

sumijelly Publish time 22-9-2023 03:24 PM

bakal bercerai...

boleh yek statement gitu...

dari januari tu x sebumbung skrg dh september...emmm

manehnya Publish time 22-9-2023 03:26 PM

what when wrong.. bella ni bila pakai bj kawen dgn siapa pun lawa gilers... ok next

ainonymous Publish time 22-9-2023 03:36 PM

sekilas ikan di lauttttttttttttttttt

merrissa Publish time 22-9-2023 03:56 PM

sapa yg seterusnyaaa tuuu...

Purplehaz Publish time 22-9-2023 04:10 PM

Edited by Purplehaz at 22-9-2023 04:12 PM

Kak nab beritahu dah lame Emran keluar dari rumah sejak January thn ni..lame juga berthn nunggu mase nak announce
.. jadi berantakan maybe dari last year.

KamikuP Publish time 22-9-2023 04:11 PM

Hanya sskjp sekufu ngan sskjp yaach

nanasno Publish time 22-9-2023 04:26 PM

cari abe klate jah la kak bella oii.

bondeh Publish time 22-9-2023 04:36 PM

Meolls rasa kalau EE nih berbaik balik dengan Ratu mungkin sampai akhir hayat. Gitu meolls meramal kuikuikui

Miss.Rara Publish time 22-9-2023 04:36 PM

ntah pempuan macam mana lagi si mamat ni nak ehh..

bekas bekas bini semua cantik cantik dan berduit jugak..

buang masa dan duit jerr kawin cerai kawin cerai..

awok bukan muda lagi..

next masih ada lagi ke pempuan nak kawin dgn mamat ni ekk..

kalau ada siap sedia laaa.. :lol:

black_handbag Publish time 22-9-2023 04:40 PM

so berapa kali dah kaknab ni kawin cerai yek.

kaoru44 Publish time 22-9-2023 04:50 PM

lama dh xsebumbung rupanya..

ayukpingu Publish time 22-9-2023 04:55 PM

bondeh replied at 22-9-2023 08:36 AM
Meolls rasa kalau EE nih berbaik balik dengan Ratu mungkin sampai akhir hayat. Gitu meolls meramal k ...

Aku pun harap begituuu...kembali lah ke janda muu~

abadi84 Publish time 22-9-2023 05:37 PM

Are we surprise?
Definitely NO.
Masa kahwin pun dah ada yg wish selamat berbahagia untuk setahun dua.
Dah sampai dateline dah tu.
Bella, Emran sama2 kahwin cerai 3 kali
Patut dah boleh tahu dah apa kesilapan dan kelemahan masing2
Tp nmpk x mengatasi masalah itu.
Kesian alesya bertukar ganti mak
Rujuk jer lah dgn Erra
Pages: [1] 2
View full version: Engku Emran, Noor Nabila Sah Bakal Bercerai


ADVERTISEMENT