mattzzx Publish time 19-9-2023 10:38 AM

Heroin Jawan, Nayanthara tak sokong filem sendiri

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/NAYATHARA-2-e1695027783765.jpg
NAYANTHARA

AKTRES Nayanthara semakin menjadi sebutan apabila filem lakonannya bersama Raja Bollywood Shah Rukh Khan, Jawan meraih kutipan pecah panggung termasuk di luar negara.

Begitupun, rata-rata pemerhati industri Bollywood masih memperkatakan mengenai dirinya yang tidak muncul pada majlis penutup penggambaran filem aksi terbabit.

Pelakon mendapat jolokan Lady Superstar yang membawakan watak sebagai Narmada didakwa sengaja menghilang pada acara besar itu.

Walaupun kejadian itu sudah beberapa hari berlalu, dalam kalangan kru sehingga segelintir pelakon lain tetap memperkatakan hal terbabit.

Hakikatnya, wanita berusia 38 tahun itu sudah memohon maaf kerana perlu mendahulukan keluarga terutama majlis ulang tahun ibunya yang bertembung dengan tarikh pesta penutup tayangan Jawan.

Meskipun acara sekadar bukan tayangan perdana, majlis berkenaan sama penting sebagai pesta penutup penggambaran.

https://www.kosmo.com.my/2023/09/19/heroin-jawan-nayanthara-tak-sokong-filem-sendiri/

Page88 Publish time 19-9-2023 06:47 PM

When has Nayanthara ever supported anything??? This is nothing new.
Pages: [1]
View full version: Heroin Jawan, Nayanthara tak sokong filem sendiri


ADVERTISEMENT