tatod Publish time 18-9-2023 03:12 PM

Bulan Madu Di Jeju Ala K-Drama

Pulau Jeju, terkenal dengan jolokan 'ibu kota bulan madu' terkenal kerana pemandangan laut yang luas dan kaya dengan keindahan alam.




Tidak hairanlah pulau ini sering muncul dalam banyak K-drama.

Berikut beberapa lokasi penggambaran K-drama yang menarik untuk anda dilawati di Jeju.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/18/150900vip4plxilfllfqbt.png



Gunung Hallasan

Puncak gunung berapi Gunung Hallasan merupakan salah satu tarikan geografi Jeju yang paling popular.




Jalan di sekitar taman ini jauhnya antara 1.5 hingga 9 kilometer (km) panjang, dan mendaki ke puncak kawahnya merupakan aktiviti popular bagi pengunjung yang berkunjung ke pulau itu.




Hallasan ialah gunung tertinggi di Korea Selatan, dan puncaknya dapat dilihat menjadi latar belakang banyak drama Korea.




Antara yang paling diingati ialah dalam drama My Lovely Sam Soon.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/18/150956nuadj328ju663crj.jpg



Seongsan Ilchulbong


Seongsan Ilchulbong, juga dikenali sebagai "Sunrise Peak", ialah tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu ciri geografi di Pulau Jeju yang paling terkenal.





Ia terletak di sebelah timur Pulau Jeju, dan dikatakan lokasi dengan pemandangan matahari terbit paling cantik di pulau itu.





Seongsan Ilchulbong dibuka sejam sebelum matahari terbit sepanjang tahun.





Antara K-Drama yang menjalani penggambaran di sini ialah My Girl.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/18/151046g2krwiz2v8wo1y2v.jpg



Rumah Api Seopjikoji


Rumah Api Seopjikoji terletak di puncak bukit, menghadap lautan.





Ia juga dikenali sebagai "Wishing Lighthouse" kerana penduduk tempatan percaya ia mempunyai 'kuasa' untuk memberikan apa yang dihajati.





Bangunan putih elegan ini dipaparkan dalam beberapa drama, termasuk All In, Boys Over Flowers dan Orange Marmalade.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/18/151124a606l0y4o6i746y7.jpg



Jeju Folk Village


Kembali ke era 1890 di Jeju Folk Village.





Lebih daripada 40 ekar tanah dibina bangunan-bangunan dengan reka bentuk era tersebut, termasuk pondok penangkapan ikan, rumah dukun, bangunan pertanian, dan rumah-rumah penduduk.





Pengunjung boleh mengenakan pakaian tradisional (hanbok), mengambil bahagian dalam bengkel-bengkel dan menonton persembahan kebudayaan.





Kampung ini digunakan sebagai lokasi utama dalam drama sejarah antaranya Dae Jang Geum (Jewel in the Palace). - CARI



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/18/151207o39ovjnfgfb9ay3g.jpg












iolss Publish time 10-10-2023 02:05 PM

jeju best... romantik n lawa sangat. pd i apa2 season pon cantik. pergilah jeju

kipas.berhabuk Publish time 15-10-2023 10:09 AM

Sepanjang saya dekat Jeju, tak penah kena bayar duit parking. Mana² tempat semua free parking. Masuk basement parking pun free. Yg paling best kita boleh stop je kat mana² tepi² pantai jeju tu utk ambil gambar. Memang banyak tempat letak kereta
Pages: [1]
View full version: Bulan Madu Di Jeju Ala K-Drama


ADVERTISEMENT