tatod Publish time 14-9-2023 11:48 PM

Kareena Kapoor, Saif Ali Khan Trauma Nama Anak Dipersenda

Aktres Bollywood terkenal, Kareena Kapoor mendedahkan dia dan suami, Saif Ali Khan pernah trauma apabila nama anak sulung mereka dipersendakan segelintir peminat.

Menimang cahaya mata pertama pada 2016, pasangan itu sepakat memberikan nama Taimur kepada anak lelaki mereka.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/14/234745a11811a10ilaatj6.png



Pun begitu, sebaik saja mengumumkan nama anak mereka, Kareena dan Saif terkejut apabila ada antara pengikut mereka yang memberikan komen negatif serta mempersendakan nama Taimur.


"Saya tak rasa ada ibu bapa yang akan menerima perkara itu dengan baik. Sehingga kini saya masih tidak dapat mencari jawaban mengapa perkara itu boleh terjadi kerana tiada sesiapa pun yang berhak memalukan kita.


"Saya tahu kita berpegang kepada kebebasan bersuara, kebebasan melakukan apa pun tapi bukan dengan mengejek orang lain.


"Nama Taimur dipermainkan. Saya terkejut dan trauma. Tapi, kami dapat menangani situasi itu dengan baik," katanya dalam satu temu bual bersama Indian Express.


Dalam pada itu, Kareena menjelaskan bahawa nama anak sulungnya diambil daripada nama kawan baik Saif Ali, individu pertama yang dikenalinya ketika aktor itu berpindah ke bandar.


Untuk rekod, Kareena dan Saif Ali berkahwin pada 2012. Selain Taimur, mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Jehangir Ali Khan yang disapa sebagai Jeh.




Sumber: Gempak

bambimbom Publish time 15-9-2023 08:17 AM

Taimur somey.. so pekakkan telinga ajela kak reena

Sazreena Publish time 15-9-2023 08:52 AM

Kat memana pun kalau nama anak pelik sket mula la jadi bahan.

naina Publish time 15-9-2023 09:16 AM

Normal perasaan dia sebagai seorang ibu
Memang terluka bab anak ni ya
ESP tang nama
Namun anak dia so Comey dan hensem nak banding anak2 yang mengejek tu Ntah2 India kasta paling bawah..namun sapa pun xlayak ejek anak

takayama Publish time 16-9-2023 06:03 PM

Memula dulu kaka pun selalu tersilap nama anak diaorg tp xdelah mengekek cuma tersilap sebut yg patutnya taimur jd timur
Dan si Taimur ni comey ya hamats, abaikan aje mulut longkang tu Kareena

borrow Publish time 17-9-2023 07:39 PM

kt sini klo muka jawa nama "berangan" , kena kaw2 kan :lol:Di fahamkan Taimur tu nama seorang penjajah india yg brutal , tak heranlah penerimaan negatif. dlm byk2 , Pilot inspektor plg pelik. Anak chris martin , apple kena gelak juga. Dh besar sheols , lawa.

diane_enaid Publish time 18-9-2023 03:37 AM

tapi anak dia comel sungguh terutama yang sulung tu

iolss Publish time 20-9-2023 05:46 PM

muka saif btl si taimur tu ..

delia3003 Publish time 20-9-2023 09:21 PM

Edited by delia3003 at 20-9-2023 09:24 PM

borrow replied at 17-9-2023 07:39 PM
kt sini klo muka jawa nama "berangan" , kena kaw2 kan   Di fahamkan Taimur tu nama seorang penj ...

Apple tu parents pun ada rupa (walaupun CM kepam sket), nasib baik gen helok menurun kat anak.

Dalam ramai2 anak selebriti, I suka tengok ShilohJolie-Pitt, cantik. Muka polos dan ke arah tomboypun tetap nampak cantik.

borrow Publish time 21-9-2023 10:45 PM

delia3003 replied at 20-9-2023 09:21 PM
Apple tu parents pun ada rupa (walaupun CM kepam sket), nasib baik gen helok menurun kat anak.

Da ...

shiloh siap sgt. Tp pendeknya rambut sheols skrg. Tak ske lah. Mcm oppa kpop gi military service:'( :lol:

delia3003 Publish time 24-9-2023 12:26 PM

borrow replied at 21-9-2023 10:45 PM
shiloh siap sgt. Tp pendeknya rambut sheols skrg. Tak ske lah. Mcm oppa kpop gi military service   ...

Ntah le, dah elok lawa pakai dress, bersiap masa premiere filem Angie 2 tahun lepas. Ingat dah nak ke arah perempuan sekali ber buzz cut plak.
Pages: [1]
View full version: Kareena Kapoor, Saif Ali Khan Trauma Nama Anak Dipersenda


ADVERTISEMENT