tatod Publish time 13-9-2023 09:43 PM

Aisar Khaled Bantu ‘Rider’ Tular Selepas Motosikal Disita JPJ

Kurang 24 jam tular, penghantar makanan yang pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan dibantu pempengaruh, Aisar Khaled.


Melalui beberapa hantaran di Facebook Aisar, pempengaruh itu telah membawa penghantar makanan terbabit ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu untuk lelaki tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/13/214206kz4v2or0pg64gso8.png



“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.Walau apa pun. Rancangan Allah itu lebih baik,” tulisnya.


Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi kedai motosikal tersebut.


Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan Aisar yang bermurah hati membantu penghantar makanan berkenaan.


“Terus menjadi orang baik. Semoga dipermudahkan segala urusan beri kesihatan yang baik murah rezeki selalu,” kata Ayip.


“Syukur Alhamdulilah ada orang prihatin.. Moga murah rezeki Aisar Khaledd,” kata Nur Adlina.


“Alhamdulillah ada yang bantu. Harap abang rider tak lupa ‘renew’ lesen juga,” kata Mohd Nizam.


https://www.instagram.com/p/CxIWcCMyinr/


Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang penghantar makanan terpaksa pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita JPJ.


Susulan itu, JPJ mengesahkan sitaan terhadap kenderaan milik penghantar makanan terbabit berikutan tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans.




Sumber: Kosmo! Online

whimsicalmusic Publish time 13-9-2023 11:58 PM

halah bodohnya. lepas ni tlg viral aku punya kete tsadai tepi jln ke. untung2 dpt kete br

zarulnazmi Publish time 14-9-2023 07:57 AM

harap rider tu tak lalai nak perbaharui roadtax dan insurans

opie5662 Publish time 14-9-2023 08:59 AM

Untung la ada influencer. Boleh bg moto baru bila2 masa. Rakyat kita ni patut diajarkan tanggungjawab. Kalau bg 80 biji moto baru pon, takde kesedaran nk renew roadtax insurans, campak je la dlm longkang moto tu.

Ujung2 influencer dpt fame... Kesedaran takyat mcm tu jugak. Pas tu salahkan org lain. Tu je la cycle kesedaran sivik rakyat kita

beni_nikaido Publish time 14-9-2023 10:17 AM

tak renew roadtax, dapat moto baru.
jpj yg buat kerja pulak jadi buruk
tak tau nak komen ape
Beni anggap rezeki dia je la.
tapi lepas ni harap2 dia insaf dan renew la roadtax ye

sumijelly Publish time 14-9-2023 11:01 AM

beni_nikaido: tak renew roadtax, dapat moto baru.jpj yg buat kerja pulak jadi buruktak tau nak komen apeBeni anggap rezeki dia je la.tapi lepas ni harap2 dia insaf  ...

Tu la dah macam jadi 1 kebiasaan....

asal viral walaupun benda salah... dia menang... pastu ujung2 emmmterbongkar lak benda lain adoii laaaa

Buritan Publish time 14-9-2023 11:03 AM

whimsicalmusic: halah bodohnya. lepas ni tlg v ...

Agaknya kalo aku buat konten naik kancil cabuk pas tuu rosak kat traffic light.. peluh peluh aku nolak kete cabuk yg menghalang laluan yg sibuk tuu.. agak agak ade tak yg belikan aku toka baru.. koman koman axia ke.. mybi ke

intan244 Publish time 14-9-2023 01:26 PM

jadi kalau dia renew roadtax, bayar saman dpt balik xmotor dia.
tolong yg tu dah ler. motor baru perlu ke

unta2 Publish time 14-9-2023 05:19 PM

influencer yang viral ni nak cari yang pandai susah betul
Pages: [1]
View full version: Aisar Khaled Bantu ‘Rider’ Tular Selepas Motosikal Disita JPJ


ADVERTISEMENT