Raline Publish time 13-9-2023 09:14 AM

Eogene ketuai cabaran Malaysia di kejohanan Remaja Dunia

Eogene ketuai cabaran Malaysia di kejohanan Remaja Dunia


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/eu_1694519074.jpg
EOGENE pemain muda berbakat besar.


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan remaja lelaki meningkat naik Eogene Ewe Eon mengetuai cabaran Malaysia dalam kejohanan badminton Remaja Dunia 2023 di Spokane, Washington, Amerika Syarikat pada 25 Sept hingga 8 Okt.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, turut tersenarai dalam skuad remaja negara ialah juara Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023 Kang Khai Xing-Aaron Tai (beregu lelaki) dan perseorangan wanita Siti Zulaikha Muhammad Azmi.

Menurut BAM, pemilihan pemain berdasarkan ranking dunia pemain remaja dan prestasi dalam tempoh enam bulan lepas, serta penilaian daripada panel jurulatih remaja diketuai Pang Cheh Chang dan Hazwan Jamaluddin.

Timbalan Pengarah Pembangunan Remaja BAM Joanne Quay berkata beliau berpuas hati dengan kesungguhan barisan pemain yang menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh menjelang kejohanan itu.

"Selepas Kejohanan Asia, kita kenal pasti beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Sejak beberapa minggu lepas, para pemain berlatih dengan bersungguh-sungguh dan kita berpuas hati dengan komitmen serta disiplin dipamerkan. Kami tahu ia adalah sukar untuk menentang pasukan lain," katanya dalam kenyataan sama.

Pada edisi lepas di Santander, Sepanyol, skuad remaja negara gagal ke suku akhir selepas tewas 1-4 kepada pilihan utama Indonesia dan menamatkan saingan di tempat kesembilan selepas mengalahkan Denmark 4-1.

Lebih menyedihkan, ia kali pertama tiada wakil Malaysia layak ke suku akhir acara perseorangan.

Senarai pemain:

----------------------

Lelaki: Eogene Ewe Eon, Muhammad Faiq Masawi, Bryan Jeremy Goonting, Aaron Tai, Kang Khai Xing, Low Han Chen

Wanita: Chan Wen Tse, Chong Jie Yu, Ong Xin Yee, Siti Zulaikha Muhammad Azmi, Carmen Ting

Pages: [1]
View full version: Eogene ketuai cabaran Malaysia di kejohanan Remaja Dunia


ADVERTISEMENT