mattzzx Publish time 12-9-2023 10:45 AM

Djokovic diramal teruskan dominasi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TENNIS-USOPEN__1694481024.jpg
DJOKOVIC mencium anak perempuannya, Tara selepas menewaskan pemain Rusia, Daniil Medvedev di final Terbuka AS, Ahad lalu. FOTO REUTERS

Manchester: Novak Djokovic yang memenangi gelaran Grand Slam ke-24, Ahad lalu, akan terus mendominasi tenis lelaki beberapa tahun akan datang kerana pemain muda belum mencapai tahap sepertinya, kata Andy Murray.

Kejayaan Djokovic memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) menyaksikan dia menyamai rekod Margaret Court bagi gelaran perseorangan.

"Terpulang kepada pemain muda untuk mencabar Novak dan mengatasinya. Tetapi, ia dijangka tidak akan berlaku dalam masa terdekat," kata Murray kepada BBC.

"Dia sekali lagi membuktikan sebagai pemain terbaik di dunia, semalam dan bagi saya, bergantung kepada pemain muda untuk terus meningkat dan mengatasinya."

Pemain Serbia berusia 36 tahun itu adalah seorang daripada 'Big Three' dengan Rafael Nadal dan Roger Federer yang menguasai tenis lelaki sejak dua dekad lalu, berkata dia belum ada perancangan untuk bersara.

"Penguasaan berpanjangan Novak paling hebat. Dia bermain pada tahap ini untuk tempoh yang sangat panjang," kata Murray iaitu pemain Britain yang memenangi tiga gelaran Grand Slam.

Pada Julai lalu, pemain berusia 20 tahun, Carlos Alcaraz menamatkan penguasaan Djokovic di Wimbledon selepas jaguh Serbia untuk muncul juara empat kali berturut-turut di All England Club.

Bagaimanapun, Murray percaya kesimpulan yang silap dibuat selepas kejayaan pemain muda Sepanyol itu.

"Selepas Wimbledon, ramai menjangka perubahan akan berlaku, tetapi saya tidak menganggap sedemikian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/09/1008858/djokovic-diramal-teruskan-dominasi
Pages: [1]
View full version: Djokovic diramal teruskan dominasi


ADVERTISEMENT