tatod Publish time 11-9-2023 09:50 AM

Clooney Jual Villa RM500 Juta Sebab Rimas

Aktor George Clooney dikhabarkan bakal menjual sebuah villa mewah miliknya yang terletak di Itali dengan harga sebanyak AS$107 juta (RM500 juta).


Menurut laporan Page Six, pelakon filem Batman and Robin itu mengambil keputusan untuk menjual villa tersebut kerana berasa rimas apabila kediamannya sering menjadi sasaran lensa kamera paparazzi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/11/095031mbgfugfuu2gb4hg2.png



Menurut sumber terdekat kepada pelakon berusia 62 tahun itu, Clooney dan isterinya, Amal Clooney amat menggemari suasana dan persekitaran villa tersebut kerana dikelilingi tasik yang indah.


Bagaimanapun, dia tidak dapat hidup dengan tenteram setiap kali bercuti di villa tersebut pada musim panas kerana sering diekori paparazzi sehingga membuatkannya rimas.


Bagaimanapun, Clooney dan isterinya masih berkunjung ke villa yang dibeli pada harga AS$10 juta (RM46 juta) itu untuk menghabiskan masa cuti mereka sementara menunggu individu yang mahu membelinya.




Sumber: HibGlam

KamikuP Publish time 11-9-2023 11:09 AM

Rumah beso tapi duduk berdua je tak sunyi kah? Eh suka hati depa le .. ekekekeke

intan244 Publish time 11-9-2023 12:06 PM

beli 10 juta jual 107 juta. wuyo

Kentot_Wangi Publish time 11-9-2023 02:21 PM

Pak George, ejas sjuta dua... Nak gak jd jutawan. Hahahaha

alesandra Publish time 11-9-2023 02:50 PM

Mmg manjang je jadi tumpuan.aku follow ada satu channel walking tour pegi lake como ni mmg dia tunjuk la rumah nya.bot2tourist lalu lalang pun masing2 sua camera kt villa tu.

iolss Publish time 11-9-2023 04:12 PM

xde ke gambo rmhnya ... lawa sgt ke..

Page88 Publish time 19-9-2023 06:51 PM

No one cares at this point.
Pages: [1]
View full version: Clooney Jual Villa RM500 Juta Sebab Rimas


ADVERTISEMENT