tatod Publish time 11-9-2023 09:48 AM

Drake Simpan 100 Helai Coli Peminat

Penyanyi rap sensasi Drake menarik perhatian peminatnya apabila menayang sejumlah lebih daripada 100 helai koleksi pakaian dalam wanita (coli) yang diberikan sebagai hadiah oleh peminatnya.


Menerusi perkongsian yang dimuat naik penyanyi berusia 36 tahun itu dalam Instagram, kelihatan bapa kepada seorang cahaya mata itu tersenyum ketika menyusun ratusan helai koleksi coli pelbagai warna dan saiz yang diberikan kepadanya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/11/094804eukxw80050x288sl.png



“Ini merupakan suatu hal yang gila,” ujarnya.


Menurut laporan TMZ, pelantun lagu Hotline Bling itu mula menerima koleksi bra sebagai hadiah sejak mengadakan konsert jelajahnya, It’s All a Blur bermula Julai lalu.


Ketika membuat persembahan di atas pentas, segelintir peminatnya dalam kalangan wanita akan membaling bra ke arahnya untuk dijadikan sebagai hadiah kenang-kenangan.




Sumber: HibGlam

KamikuP Publish time 11-9-2023 11:14 AM

Coli baru ke atau preloved yg dah masyam? ekekeke

Page88 Publish time 22-9-2023 06:03 PM

This just makes me laugh so much.

_blackbird Publish time 26-9-2023 11:27 AM

to be honest, drake ada koleksi bra yg jauh lebih byk dari average wanita dlm dunia dan drake adalah straight man

{:8_651:}

haprak4042 Publish time 30-9-2023 11:47 PM

pervert.

tu ja boleh cakap.
haih

virgocircus Publish time 3-10-2023 06:54 PM

KamikuP replied at 11-9-2023 11:14 AM
Coli baru ke atau preloved yg dah masyam? ekekeke

Masyam2 ler sis. Fans baling bra yg diaorg pakai tu. Agaknya mengharap drake cium bra tu gamaknya. Haha

virgocircus Publish time 3-10-2023 06:55 PM

Drake kalo try buat kat sini kompem bra tu kena tuang dgn minyak senyonyong. Hahaha

diane_enaid Publish time 5-10-2023 07:06 PM

Boleh dah buka kedai tu.. Jual preloved ????
Pages: [1]
View full version: Drake Simpan 100 Helai Coli Peminat


ADVERTISEMENT