CARI-Author Publish time 8-9-2023 11:29 AM

"Orang Marah Tengok Tempat Lain!" Pergi Kencing Dekat Sofa, Habis Kena Marah Terpekik High Note!

https://forum.lowyat.net/uploads//attach-84/post-712784-1567395159.jpg
Gambar hiasan.

Dalam banyak-banyak jenis kucing, Oyen merupakan baka yang paling selalu membuat perangai lucu dan kadang kala menduga kesabaran tuannya

Ada saja gelagat lucu mereka yang tular di dalam media sosial. Disebabkan itu juga, Oyen merupakan kucing paling popular dalam kalangan warganet.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video seekor kucing dimarahi oleh tuannya gara-gara kencing di atas sofa telah mencuit hati ramai.

Termenung pandang dinding sebab kena bebel tak henti

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nickkyl, kelihatan kucing itu sedang memandang ke arah dinding dan tidak melakukan apa-apa pergerakan.

Rupa-rupanya, ia sedang dibebel oleh tuannya gara-gara kencing di atas sofa. "Toilet ada tak nak kencing kat toilet, sibuk kencing kat sofa! Pastu orang duduk bau hancing!

"Dah bagi duduk dalam rumah mengada pulak. Muka tu dah la macam gitu, perangai pulak macam gini. Cuba kalau nak kencing tu kencing kat tempat kau, jangan kencing kat sofa. Orang marah tengok tempat lain!" bebel tuannya.

"Jangan kata kucing, aku sendiri pun ngeri kalau kena tempik macam ni haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.6M tontonan, 275.3K tanda suka serta 38.3K perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi kucing itu. Malah, ada yang simpati terhadap Oyen kerana difitnah dan namanya tiba-tiba dipetik, sedangkan kucing lain yang buat hal.

CARI-Author Publish time 8-9-2023 11:29 AM

https://storage.googleapis.com/says_image_uploader/uploads/temp/photo_2023-09-07_15.12.07.jpeg

CARI-Author Publish time 8-9-2023 11:29 AM

7271556076301061378

CARI-Author Publish time 8-9-2023 11:29 AM

https://storage.googleapis.com/says_image_uploader/uploads/temp/Screenshot_2023-09-07_at_3.06.14_PM.png

CARI-Author Publish time 8-9-2023 11:29 AM

https://storage.googleapis.com/says_image_uploader/uploads/temp/Screenshot_2023-09-07_at_3.28.37_PM.png

CARI-Author Publish time 8-9-2023 11:29 AM

https://storage.googleapis.com/says_image_uploader/uploads/temp/Screenshot_2023-09-07_at_3.28.44_PM.png

CARI-Author Publish time 8-9-2023 11:30 AM

https://storage.googleapis.com/says_image_uploader/uploads/temp/Screenshot_2023-09-07_at_3.28.52_PM.png

CARI-Author Publish time 8-9-2023 11:30 AM

https://storage.googleapis.com/says_image_uploader/uploads/temp/Screenshot_2023-09-07_at_3.29.03_PM.png

evolutionary Publish time 8-9-2023 11:40 AM

dah kenapa pakai gambar red sofa tu, dah la red sofa dalam gambar tu mengingatkan sesuatu

eyansss Publish time 8-9-2023 11:40 AM

dah penyakit wartawan cari berjangkit kat forumer...ni bukan isu semasa la...awat la tak tepek kat benang viral sana tu...

wajaman Publish time 8-9-2023 11:43 AM

macam pernah ku lihat sofa merah ini tapi dimana yah{:1_542:}

CARI-Author Publish time 8-9-2023 12:23 PM

wajaman replied at 8-9-2023 11:43 AM
macam pernah ku lihat sofa merah ini tapi dimana yah

cc @ifanonline

ifanonline Publish time 8-9-2023 03:13 PM

CARI-Author replied at 8-9-2023 12:23 PM
cc @ifanonline

terima kasih wartawan cari di atas penghargaan ini ;P

Belibis Publish time 9-9-2023 08:22 PM

Gambar hiasan punnnnnn..menggamit memori silam betullllll.{:8_670:}

hasniey Publish time 12-9-2023 05:50 PM

Tp kencing kucing ni susah nak hilang bau.lagi2 kt sofa jenis kain.kencing mesti dh mnyerap masuk dlm sofa tu:I
Pages: [1]
View full version: "Orang Marah Tengok Tempat Lain!" Pergi Kencing Dekat Sofa, Habis Kena Marah Terpekik High Note!


ADVERTISEMENT