Raline Publish time 7-9-2023 11:01 PM

Britney buat hal lagi, berkuda separuh bogel

Britney buat hal lagi, berkuda separuh bogel




https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/britney.jpeg
SEKALI lagi Britney Spears menjadi perhatian ramai apabila berkongsi gambar menunggang kuda tanpa baju di sebuah gurun baru-baru ini.


PENYANYI sensasi, Britney Spears sengaja mencuri perhatian ketika isu perceraian dengan Sam Asghari menjadi tajuk berita apabila berkongsi gambar menunggang kuda dalam keadaan separuh bogel.

Selebriti yang sememangnya kental kecaman itu selamba menayang aset ketika melakukan aktiviti riadah bersama beberapa rakan, baru-baru ini.

Katanya, suhu panas di tengah gurun mendorongnya membuka baju yang asalnya tersarung di tubuh apabila hanya memilih mengenakan jeans pendek dan bertopi.

“Saya harus membuka baju di padang gurun yang sangat panas. Sebenarnya saya patut berbogel,” katanya menerusi kapsyen video yang dikongsikan dalam Instagram.

Begitupun, penyanyi Opsss!… I Did It Again itu hanya menunjukkan paparan bahagian belakangnya.

Dalam video terawal, wanita berusia 41 tahun tersebut memakai baju rona kuning yang menyerlahkan bahagian bahunya.

Namun pada pertengahan jalan yang tampak berliku dan penuh debu, dia berhenti seketika untuk membuka blaus tersebut.

Pada pertengahan bulan lalu, sebaik Sam mengumumkan perceraian mereka, Spears turut mempamerkan aksi hampir serupa.

Dalam paparan berkenaan, dia dilihat berguling di tempat tidur dengan mengenakan pakaian dalam berwarna merah jambu dan memakai but hitam paras lutut.

Menerusi sebuah video lain pula, ibu kepada dua putera itu menunjukkan seorang lelaki sedang menjilat kakinya seolah-olah sebagai balasan tindakan Sam menceraikannya.

Pada 17 Ogos lalu Sam yang juga pelakon dilaporkan sudah memfailkan perceraian selepas 14 bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Difahamkan lelaki berusia 29 tahun yang sudah berpindah keluar dari rumah kelamin mereka turut mendedahkan Spears menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja mereka.

Terdahulu, pasangan terbabit bertemu di set penggambaran video muzik Slumber Party pada 2016 dan hubungan mereka mula serius selepas itu.

Lima tahun kemudian Spears dan Sam mengumumkan pertunangan dan melangsungkan perkahwinan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Jun 2022. – HIBGLAM

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09/07/britney-buat-hal-lagi-berkuda-separuh-bogel/

Page88 Publish time 8-9-2023 02:54 AM

This woman has mental issues.

minahgempal Publish time 8-9-2023 07:56 PM

Kalau bapak dia dlu bg britney peluang utk jdi diri sendiri dan hidup sebagai teenagers yg lain..ada kemungkinan dia tak mcm nie skrg..dia boleh jdi legendary setanding madonna skrg..

CiliPadiSedap Publish time 8-9-2023 08:28 PM

kasihan orang depan teleng kepala asyik toleh belakang

weezerfan Publish time 9-9-2023 10:13 PM

Kesian dia ni..makin mereng

t_hahahaha Publish time 9-9-2023 10:17 PM

hmmm gitu la kalau tengok IG dia. dia mcm joget tah pape as content. kitanya ni nak tahu perkembangan semasa bintang zaman kita kecik dulu. terus unfollow dah

minahtaugeh Publish time 10-9-2023 02:32 AM

t_hahahaha replied at 9-9-2023 10:17 PM
hmmm gitu la kalau tengok IG dia. dia mcm joget tah pape as content. kitanya ni nak tahu perkembanga ...

Tu la..penat follow..last2 mcm follow auntie gila mana ntah..dgn tertarik2 spender..

_blackbird Publish time 16-9-2023 10:49 AM

apa yg jadi kat britney ni tragic, nobody's fault. some people cant handle immense fame and power

Addrianna Publish time 16-9-2023 02:01 PM

t_hahahaha replied at 9-9-2023 10:17 PM
hmmm gitu la kalau tengok IG dia. dia mcm joget tah pape as content. kitanya ni nak tahu perkembanga ...

kan.dia pun bintang aku suka masa kecik.folow ig dia nak tengok perkembangannya tapi nan hado aku macam folow orang x betul je trus lah aku unfolow semak mata aku.kesian betul aku tengok life dia macam tu moga ada peluang untuk dia sembuh dan bahagia lepas ni.

diane_enaid Publish time 18-9-2023 03:41 AM

Apa la nasib dia ni. Masa muda dunia glamor tapi skang fikiran pon kacau. Yang pelik2 je acik britney ni

MistrezHermanaz Publish time 18-9-2023 12:47 PM

Addrianna replied at 16-9-2023 02:01 PM
kan.dia pun bintang aku suka masa kecik.folow ig dia nak tengok perkembangannya tapi nan hado aku...

muka pun dh pelik x sweet dan comel mcm dulu..suka sgt tgk muka dia..sayang betul..mampu tgk video2 lama dia je la nk ubat rindu kt muka dia tu..sekrg ni dh la muka pelik, gila pulak baju pun x pakai

Page88 Publish time 19-9-2023 06:54 PM

At this point I am fed up of Britney Spears with her mental problem.
Pages: [1]
View full version: Britney buat hal lagi, berkuda separuh bogel


ADVERTISEMENT