mattzzx Publish time 7-9-2023 12:43 PM

Mike kini tumpu gelaran dunia selepas tawan Asia

https://assets.bharian.com.my/images/articles/asiasa_1694002976.jpg
Jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (empat dari kiri) meraih emas di Kejohanan Asia di Kathmandu, Nepal. Foto: Instagram Mikesyarul

KUALA LUMPUR: Impian melakar musim 2023 yang 'sempurna' hampir menjadi realiti buat jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah selepas meraih gelaran Asia di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia di Kathmandu, Nepal.

Semalam, Syarul atau lebih mudah disapa Mike melakar gelaran Asia keenamnya yang menjadi pengubat kekecewaan selepas meraih gangsa pada edisi tahun lalu di Maldives.

Selepas meraih gelaran Asia berkenaan, kini misi Mike hanyalah tertumpu untuk meraih gelaran dunia di Gangwon, Korea Selatan, November ini.

"Saya rasa betul-betul gembira. Cabaran begitu sengit kerana masing-masing mempamerkan persembahan yang bagus. Apapun, alhamdulillah saya dapat nombor satu dan ini adalah gelaran keenam (Asia) buat saya.



"Tentunya saya gembira kerana dapat membawa pulang satu pingat emas buat Malaysia. Apabila saya pulang nanti, saya akan mula melakukan diet semula dan cuba dapatkan satu lagi pingat emas di Korea pada November (kejohanan dunia)," kata Mike ketika dihubungi.

Seandainya meraih gelaran dunia di Korea Selatan nanti, Mike pastinya boleh tersenyum gembira memandangkan tahun ini, beliau sudah menerima beberapa pengiktirafan antaranya dikurniakan Pingat Panglima Mahkota Wilayah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, sebelum berlepas ke Kathmandu, Mike turut dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Anugerah 100PLUS Perpaduan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2022 selain turut dicalonkan sebagai Olahragawan Anugerah Sukan Kebangsaan 2022.

Untuk rekod, sebelum ini Mike meraih gelaran Asia masing-masing pada 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019 dengan penyertaan tahun lalu hanya berpuashati di tempat ketiga.

Di Kejohanan Dunia, Mike yang berjaya meraih gelaran masing-masing pada 2016, 2017, 2018 dan 2019 dan 2022.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/09/1149296/mike-kini-tumpu-gelaran-dunia-selepas-tawan-asia
Pages: [1]
View full version: Mike kini tumpu gelaran dunia selepas tawan Asia


ADVERTISEMENT