CARI-MRO Publish time 7-9-2023 11:27 AM

Selepas Tiga Bulan Bersalin, Akhirnya Madammu Tayang Wajah Ahmad Kayden

Selepas tiga bulan bersalin, Eriyca Baiduri atau Madammu akhirnya mendedahkan wajah bayi lelakinya iaitu Ahmad Kayden buat tatapan pengikutnya di media sosial.


Perkongsian itu dibuat untuk semua yang mengikuti perjalanannya mendapatkan zuriat melalui proses in vitro fertilization (IVF) sebelum ini.


Bercerita mengenai Kayden, Madammu memberitahu berat badan bayinya itu sudah mencecah 6.2 kilogram selain semakin aktif dan suka ketawa.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/07/112715b2b0090q077qeh52.pngFoto: IG




"Assalamualaikum aunty semua. Saya Ahmad Kayden Muhammad Azri. Saya anak bongsu kepada Madammu dan TP (panggilan suami).


"Hari ini genap umur saya tiga bulan... berat badan saya 6.2 kilogram. Saya sangat aktif dan suka ketawa.


"Gambar ini khas untuk semua yang mengikuti perjalanan IVF saya dari awal sehingga berjaya," katanya di IG.




https://www.instagram.com/p/Cw34wYbpG77/?hl=en


Dalam pada itu, Madammu turut mengucapkan terima kasih buat para doktor yang membantunya sepanjang menjalani proses IVF.


Usahawan kosmetik itu juga memohon orang ramai untuk mendoakan anak lelakinya itu membesar dan menjadi insan yang berjaya.




https://www.instagram.com/p/Cwev6d_x8je/?hl=en


"Tidak lupa kepada Dr. Haris dan Dr. Datuk Aziz yang banyak membantu saya dalam proses IVF dan melahirkan.


"Doakan Kayden membesar dengan baik dan jadi anak taat serta berjaya," ujarnya.


Pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur secara pembedahan.


https://www.instagram.com/p/CwXJey9Aqx4/?hl=en


Proses kelahiran berjalan lancar dan hanya mengambil masa selama 40 minit di bilik pembedahan.


Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda yang mempunyai tiga cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.


Ketiga-tiga mereka cukup rapat dengan Madammu malah usahawan itu tidak pernah menganggap mereka seperti anak tiri sebaliknya sebagai cahaya mata sendiri. -CARI


Sumber: mStar

cikatilia Publish time 7-9-2023 12:40 PM

aku xpernah tau dia ni sapa tp berita pasal dia bersepah..
so sapa dia??

opie5662 Publish time 7-9-2023 02:21 PM

Muka leluhur besut je pon... Itu pon nak sorok2

makneng Publish time 7-9-2023 02:36 PM

apa nama sebenar sheolls? nama kemain berbaur fonen

Chah21 Publish time 7-9-2023 03:02 PM

Yg penting masih breastfeed.. malu la klu ikon pnyusuan x dpt breastfeed

annabellaruz2 Publish time 7-9-2023 03:11 PM

apa yg membuatkan dia ni popular?
selain dari kisah dgn anak tiri?

likilu Publish time 7-9-2023 08:05 PM

Dia tak popular pun tapi ambik package PR agency so media media akan publish artikel/news/talk show slot berkenaan dia sebab dia dah bayar untuk coverage

Ni contoh, nak publish satu artikel dekat siakapkeli rm13k je, termasuk 1 ig post, fb post etc boleh tengok sendiri https://www.mediapod.co/product/siakap-keli-sponsored-content/

Oh kiffy razak tu nona kan? Netizen jgn ingat dia saja nak ziarah baby baru, dia maybe dah dibayar untuk buat keje. Cuma rm3k - 25k per article sahaja

https://www.mediapod.co/product/nona-branded-content/

Hehe selamat jadi famous acik forum semua

rosedemon Publish time 8-9-2023 08:53 AM

lahhh mcm ni pon nk disorok2

AcikCleaner Publish time 10-9-2023 12:56 PM

Comel macam baby biasa je..masih menyusu badan tak?

toynme Publish time 3-10-2023 04:25 PM

24/7 live bila dia borak sgn laki dia, anak2 dia, didik anak2....rimas la

Missjass Publish time 4-10-2023 02:41 AM

makneng replied at 7-9-2023 02:36 PM
apa nama sebenar sheolls? nama kemain berbaur fonen

Nor intan baiduri nama sebenarnya sheols..

NazRysha Publish time 4-10-2023 10:39 AM

gelinya minah fake ni
satu keluarga fake

Riz_one Publish time 4-10-2023 12:17 PM

Missjass replied at 4-10-2023 02:41 AM
Nor intan baiduri nama sebenarnya sheols..

nama femes tahun 80an ni...hahahaha

miemiecha Publish time 6-10-2023 10:30 AM

nak tnya, laki dia yg dok TP TP tu ape? TaPan ke??
eh tu jep....

black_handbag Publish time 6-10-2023 11:13 AM

sape dia ni yg gigih portray diri spt artis malaysia tersohor. takde album, takde pilem pon. alih2 sebok dok cerita macam2 seolah org nak sgt tau ko buat apa dgn siapa dan sbgnya

Rogue98 Publish time 6-10-2023 10:19 PM

Nak puji tak tau apa ..nak kutuk pun tak tau apa...mcm takde story yg interesting pasal dia.

miamiot Publish time 9-10-2023 04:54 AM

Aik baru menyusu bb 3 bulan dh dpt anugerah icon penyusuan ibu !? Hebat ni :lol:

thehakims1 Publish time 9-10-2023 10:12 PM

Dah gemuk lah madammu sekarang

CikYaYaYa Publish time 12-10-2023 09:11 PM

Aq je ke xkenai madammu nie sapoo? :o
Pages: [1]
View full version: Selepas Tiga Bulan Bersalin, Akhirnya Madammu Tayang Wajah Ahmad Kayden


ADVERTISEMENT