CARI-MRO Publish time 5-9-2023 01:13 PM

5 Sebab Anda Wajib Datang Ke Korea Selatan Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup!

Bila dengar lagu K-Pop atau tengok K-drama mesti pernah berangan nak menjejakkan kaki dengan bercuti untuk merasai suasana dan pemandangan di sana kan?


Korea Selatan adalah antara salah satu negara di dunia yang menjadi impian rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman tentang keunikan dan budaya orang Korea.


Walaupun bukan negara Islam, tapi sebagai seorang Muslim anda wajib melawatnya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup! Nak tahu kenapa? Jom check it out!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/05/130335s99xle0e99n4qrl9.pngFoto: Lonely Planet




1. Makanannya yang terlalu enak dan menyelerakan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/05/130529mx16o3ggi1e6qogq.pngFoto: Ragus Sugars




Terlalu banyak pilihan makanan di Korea Selatan termasuklah hotteok (lempeng Korea), tteokbokki (kek beras), dan susu pisang. Jangan risau sekarang ini memang banyak tempat makan yang halal untuk muslim. Antara lain yang wajib dicuba adalah Korean BBQ. Tak sah ke Korea kalau tak makan-makan sampai tersandar kekenyangan.


2. Syurga Membeli-belah untuk kaki shopping!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/05/130743f2qsqzmvdsszq5dp.pngFoto: The Seoul Guide




Bagi mereka yang suka berbelanja, Korea Selatan adalah syurga untuk anda! Antara barangan yang sesuai dibeli di sini termasuklah pelbagai jenis masker wajah, alat kosmetik, pakaian, mainan dan pelbagai lagi. Hanya sediakan duit yang secukupnya untuk nikmati pengalaman ini sepuas-puasnya!


3. Pemandangan yang menarik dan kaya dengan kecantikan semula jadi


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/05/130848qpfn4mnk8nte8n2l.pngFoto: Sweet escape




Jejakkan kaki ke Pulau Nami dan Pulau Jeju untuk menikmati keindahan tumbuhan semulajadi yang menyamankan. Sebelum datang, pastikan ada membuat kajian terlebih dahulu dan pilih musim yang sesuai mengikut kesukaan anda. Jangan lupa ambil gambar OOTD banyak-banyak sebagai kenangan.


4. Melawat Kafe Aesthetic

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/05/131048bftvrfznn7t4nv8f.pngFoto: Hana Voyage




Korea Selatan terkenal dengan deko kafe yang unik dan aesthetic, di mana ruangan dalamnya serba-serbi cantik dan sesuai untuk ambil gambar. Instagrammable kata orang. Ada yang bertemakan haiwan, tumbuh-tumbuh, karakter kartun dan sebagainya. Nikmati secangkir kopi dan sepinggan kek dalam suasana yang nyaman dan tenang.


5. Pertembungan Budaya Tradisional dan Moden


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/05/131208hkmczx4ic4mcnwcd.pngFoto: Gadis




Korea Selatan kaya dengan budaya tradisional dan antaranya diabadikan dalam bentuk muzium. Senibina tradisional juga banyak dikekalkan di beberapa tempat seperti di Bukchon Hanok dan juga istana Gyeongbokgung. Selain itu, budaya makanan di Korea Selatan kekal diaamalkan oleh kebanyakan penduduk Korea Selatan di mana makanan tradisi seperti kimchi biasa dimakan setiap hari. -CARI

airmineral Publish time 5-9-2023 03:47 PM

rindu jeju!

chacon Publish time 6-9-2023 09:35 AM

Sebab ke 6 nak cari awek korea yg muka macam {:8_665:}

Tinot7 Publish time 7-9-2023 02:55 AM

chacon replied at 6-9-2023 09:35 AM
Sebab ke 6 nak cari awek korea yg muka macam

Bkn ka Lisa blekpink ni org telen?

penutupbotol Publish time 28-10-2023 03:13 PM

pegi time musim autumn, best!

meowed Publish time 26-12-2023 11:55 PM

suka sangat jeju, kalau nak repeat memang pilih jeju
Pages: [1]
View full version: 5 Sebab Anda Wajib Datang Ke Korea Selatan Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup!


ADVERTISEMENT