mattzzx Publish time 4-9-2023 11:34 AM

Pink sokong Britney bercerai

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/PINK-BRONEY.jpg
RAMAI memuji tindakan Pink kerana memberi sokongan terhadap Spears saat kehidupannya dibadai dengan masalah rumah tangga.

PENYANYI Pink secara terbuka menyatakan sokongan terhadap rakan baiknya, Britney Spears berhubung perceraian wanita itu dengan bekas suami, Sam Asghari.

Dalam sebuah persembahan ketika menjayakan konsert jelajahnya, Summer Carnival di Detroit, Amerika Syarikat baru-baru ini, Pink turut menukar lirik beberapa buah lagunya dengan menyebut rakan baiknya itu.

Tindakan tersebut dibuat sebagai tanda sokongan terhadap Spears apabila Asghari memfailkan perceraian terhadapnya atas dakwaan penyanyi itu telah berlaku curang.

Ketika nama Spears disebut dalam beberapa rangkap lagu, penonton yang menyaksikan konsert kemudiannya bersorak sebagai tanda sokongan.

Malah, ramai yang memuji tindakan Pink kerana memberi sokongan terhadap Spears saat kehidupannya dibadai dengan masalah rumah tangga.
https://www.kosmo.com.my/2023/09/04/pink-sokong-britney-bercerai/

Page88 Publish time 8-9-2023 02:59 AM

Both are idiots at this point.
Pages: [1]
View full version: Pink sokong Britney bercerai


ADVERTISEMENT