mattzzx Publish time 4-9-2023 10:39 AM

Verstappen raih kemenangan ke-10 berturut-turut

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1-ITALY__1693752650.jpg
RED Bull meraih kemenangan 1-2 di Monza. FOTO Reuters

Monza: Max Verstappen mencatat rekod kemenangan Formula Satu (F1) ke-10 berturut-turut sebentar tadi dalam kemenangan satu-dua Red Bull bersama-sama Sergio Perez di Grand Prix (GP) Itali di laman sendiri Ferrari.

Kemenangan pendahulu kejuaraan di 'Temple of Speed' Monza di luar Milan juga adalah yang ke-15 berturut-turut Red Bull - satu lagi rekod bagi F1.

Pelumba Sepanyol, Carlos Sainz yang memandu jentera Ferrari, berada di tempat ketiga untuk penampilan podium pertamanya musim ini, selepas bermula di petak pertama dan mendahului sehingga pusingan ke-15 daripada 51 pusingan.

Verstappen melebarkan kelebihannya dalam kedudukan keseluruhan mengatasi Perez kepada 145 mata dengan baki lapan pusingan.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/09/1006095/verstappen-raih-kemenangan-ke-10-berturut-turut
Pages: [1]
View full version: Verstappen raih kemenangan ke-10 berturut-turut


ADVERTISEMENT