mattzzx Publish time 4-9-2023 10:37 AM

Verstappen cipta sejarah baru F1

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1-ITALY__1693794252.jpg
VERSTAPPEN meraikan kejayaan bersama barisan kakitangan Red Bull. -FOTO Reuters

Monza, Itali: Max Verstappen menulis namanya dalam buku sejarah Formula Satu apabila memenangi perlumbaan ke-10 berturut-turut sekali gus memecahkan rekod, selepas menjuarai Grand Prix Itali.

Penyandang juara dunia itu mendominasi hari yang indah di utara Itali yang membuatkan peminat Ferrari kecewa dengan rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez menduduki tempat kedua di hadapan pelumba tuan rumah yang bermula di petak utama, Carlos Sainz.

Red Bull memuji pelumbanya selepas penamat satu dua, melebarkan kedudukan Verstappen ke atas Perez selaku pendahulu kepada 145 mata dan juga mengekalkan rekod pasukan yang sempurna dengan 14 kemenangan GP musim ini.

"Saya tidak pernah terfikir pada awal musim bahawa perkara seperti ini mungkin berlaku. Sangat bangga, tetapi juga sangat gembira dengan perlumbaan ini secara umum," kata Verstappen.

"Pada satu ketika Carlos mengalami sedikit masalah yang memberi saya peluang di selekoh dua dan apabila saya mendahului saya hanya boleh fokus pada rentak saya sendiri."

Sainz dari Sepanyol ketinggalan lebih 11 saat di belakang Verstappen walaupun beraksi cemerlang dalam perlumbaan yang menarik.

Lautan merah peminat tuan rumah dengan kuat melaungkan "Carlos, Carlos" sebagai menghargai penamat podium pertama Sainz tahun ini, di hadapan rakan senegara Ferrari, Charles Leclerc yang juga pemandu Scuderia terakhir yang menang di Monza pada 2019.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/09/1006161/verstappen-cipta-sejarah-baru-f1
Pages: [1]
View full version: Verstappen cipta sejarah baru F1


ADVERTISEMENT