tatod Publish time 3-9-2023 05:57 PM

Penyanyi Baharu Jatuh Cinta Dengan Kekasih Jisoo Blackpink, Ada Ciri Lelaki Idamannya

Penyanyi Jisoo Blackpink nampaknya berdepan dengan ramai pesaing selepas mendedahkan dia sedang hangat bercinta dengan aktor Ahn Bo Hyun.


Mana tidaknya, penyanyi yang dikenali sebagai Min Seo mendedahkan dia menyimpan perasaan terhadap Bo Hyun dan mahu mendekati pelakon itu meskipun sedar jejaka itu milik Jisoo.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/03/175741ie29e24heu2225a2.png



Kata Min Seo, Bo Hyun mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya dan tidak teragak-agak untuk merampas pelakon itu daripada tangan Jisoo.


"Saya suka Ahn Bo Hyun, mungkin saya patut cuba dekati dia," katanya menerusi satu temu bual podcast yang dimuat naik ke YouTube.


Terkejut dengan kenyataan berani Min Seo, hos program tersebut turut mengingatkan penyanyi itu bahawa Bo Hyun sudah mempunyai teman wanita.


Namun penyanyi itu tidak mengendahkan perkara itu.


Ogos lalu, syarikat pengurusan YG Entertainment dan FN Entertainment mengesahkan Jisoo dan Bo Hyun sedang menjalinkan hubungan cinta.


Bibit-bibit hubungan cinta mereka dapat dihidu oleh Dispatch apabila secara eksklusif melaporkan Bo Hyun kerap menghabiskan masa di rumah penyanyi lagu Flower itu di Yongsan, Korea Selatan.




Sumber: mStar

Sazreena Publish time 4-9-2023 03:01 PM

Hamboiii..terpaling yakin ko ek..siap mengumumkan langkah pencarasan gituew.

tenggiripink Publish time 5-9-2023 12:08 PM

berani bethol mengumumkn niat menyondol

delia3003 Publish time 5-9-2023 06:35 PM

berani nye mengaku macam ni. Jisoo tu dah la ramai peminat. Tak takut kena kecam ke?

laicibiru Publish time 6-9-2023 10:42 AM

delia3003 replied at 5-9-2023 06:35 PM
berani nye mengaku macam ni. Jisoo tu dah la ramai peminat. Tak takut kena kecam ke?

peminat jisoo pon tak suka bf nya. Lagi la theyols open arm menggalakkan pencarasan ini

Page88 Publish time 8-9-2023 03:00 AM

Not important at all.
Pages: [1]
View full version: Penyanyi Baharu Jatuh Cinta Dengan Kekasih Jisoo Blackpink, Ada Ciri Lelaki Idamannya


ADVERTISEMENT