mattzzx Publish time 3-9-2023 12:39 PM

Hakim Danish buru penamat podium Red Bull Rookies

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/09/AA3rdLEAD-HAKIM-DANISH.jpg
HAKIM DANISH

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli bertekad untuk mencari penamat terbaik pada perlumbaan terakhir Kejuaraan Red Bull Rookies Cup 2023 yang bakal melabuhkan tirainya di Litar Misano, Itali minggu depan.

Pelumba berusia 16 tahun menegaskan, dia akan cuba sehabis baik untuk merebut penamat dalam kelompok lima terbaik keseluruhan biarpun bakal membuatkan penampilan sulung di Itali.

Ketika ini, Hakim Danish berada di kedudukan ke-11 dengan 67 mata, ketinggalan 35 mata di belakang penghuni kelima, Alberto Ferrandez.

“Tidak mustahil saya mampu berada kelompok lima terbaik. Saya perlu kekalkan momentum dan fokus untuk dua perlumbaan akan datang (minggu depan). Saya perlu fokus untuk penamat di podium.

“Di pusingan sebelum ini (Red Bull Ring, Austria) saya kurang kompetitif, kurang beri saingan di kelompok depan.

“Saya banyak melakukan kesilapan dan perlu lebih fokus dan melihat balik apa salah saya untuk diperbaiki. Saya rasa, saya harus tidak terlalu memberi tekanan dalam perlumbaan dan tenang,” kata Hakim Danish.

Pelumba Sepanyol, Angel Piqueras mendahului carta keseluruhan dengan 248 mata manakala rakan senegaranya, Alvaro Carpe di kedudukan kedua, 152 mata manakala Rico Salmela (Finland) ketiga, 118 mata.

Hakim Danish turut dijadual menyertai satu lagi kejuaraan iaitu di European Talent Cup (ETC) yang masih berbaki dua pusingan di Litar Aragon dan Ricardo Tormo pada Oktober dan November ini.

Pada ETC, Hakim Danish sudah mengumpul 24 mata untuk berada di kedudukan ke-17 keseluruhan dengan penamat terbaiknya adalah berada di tempat ketiga di pusingan 3 di Litar Estoril.
https://www.kosmo.com.my/2023/09/03/hakim-danish-buru-penamat-podium-red-bull-rookies/
Pages: [1]
View full version: Hakim Danish buru penamat podium Red Bull Rookies


ADVERTISEMENT