mattzzx Publish time 3-9-2023 12:06 PM

Aleix Espargaro ceriakan peminat tempatan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-MOTO-PRIX-ESP-MOTOGP-SPRINT_1693665708.jpg
ALEIX Espargaro berjaya muncul juara perlumbaan pecut Grand Prix Catalunya. FOTO AFP

Montmelo: Aleix Espargaro memenangi perlumbaan pecut MotoGP Catalunya di Montmelo.

Juara dunia Francesco Bagnaia menduduki tempat kedua untuk melebarkan kedudukan keseluruhan pelumba dengan Maverick Vinales melengkapkan podium.

Kemenangan itu membantu memadamkan ingatan mengenai sambutan kemenangan awal Espargaro pada Grand Prix Catalunya tahun lalu.

Ketika itu dia masih mempunyai satu lagi baki pusingan untuk merangkul kedudukan kedua tetapi menyangka perlumbaan sudah berakhir dan mula melambai kepada peminatnya.

"Saya sangat gembira, ia adalah kemenangan pecut pertama saya dan ia di tanah air sendiri, begitu hebat. Sekarang saya fokus untuk esok," kata Espargaro, yang dilahirkan di Granollers, tujuh kilometer dari Litar de Barcelona-Catalunya.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/09/1005783/aleix-espargaro-ceriakan-peminat-tempatan
Pages: [1]
View full version: Aleix Espargaro ceriakan peminat tempatan


ADVERTISEMENT