mattzzx Publish time 3-9-2023 12:05 PM

Alcaraz mara 16 terakhir

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/GSE-MTS-SPO-TEN-WTA-2023-US-OPEN-DAY-6_1693703262.jpg
ALCARAZ melakukan servis ketika menentang Evans.

New York: Pemain nombor satu dunia Carlos Alcaraz mara ke peringkat 16 terakhir di Terbuka Amerika Syarikat selepas menamatkan cabaran Daniel Evans dari Britain 6-2, 6-3, 4-6, 6-3 awal pagi tadi.

Alcaraz yang mahu muncul pemain lelaki pertama mempertahankan kejuaraan selepas Roger Federer pada 2008 menewaskan pilihan ke-26 itu dalam masa tiga jam 11 minit.

Ia satu lagi kemenangan bergaya pemain berusia 20 tahun dari Sepanyol itu yang akan berdepan wakil Itali Matteo Arnaldi di pusingan keempat esok.

"Dia lawan yang sukar," kata Alcaraz. "Saya fikir ketika kami bermain sesama sendiri ia ditunjukkan di atas gelanggang. Kami meraih mata yang hebat, pukulan bagus dalam situasi berbeza."

Alcaraz yang akan menyerahkan ranking dunia nombor satunya kepada Novak Djokovic selepas tamat kejohanan mengakui dia mendapat motivasi untuk menyamai pencapaian Federer yang mempertahankan kejuaraan.

"Sudah tentu ia sasaran saya," katanya. "Tiada siapa melakukannya di sini sejak Roger, jadi saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah kejohanan dengan dia."

Kemenangan Alcaraz membuka laluan untuk pertembungan semula suku akhir menentang pemain Itali Jannik Sinner, setahun selepas kedua-duanya bertarung lima jam tahun lalu.

Sinner menewaskan pemain veteran Switzerland Stan Wawrinka 6-3, 2-6, 6-4, 6-2 semalam.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/09/1005870/alcaraz-mara-16-terakhir
Pages: [1]
View full version: Alcaraz mara 16 terakhir


ADVERTISEMENT