kk_o Publish time 7-2-2011 06:59 PM

wak ketari ni buat ubat guna ayam rupa2nya.
tapi tak pa. itu kerja mudah... memang itulah kerja aku masa kecil2 dulu (menangkap ayam).

aku melinap masuk ke reban jiran wak ketari.. sepantas kilat aku berjaya menangkap ayam hitam.. ehh sebenarnya aku berjaya tangkap anak ayam hitam. belum sempat aku keluar dari reban tetiba kepalaku dihentak dengan batang ubi kayu... aduhhh aku termencuri ayam orang rupanya.. eh buat buat tak sengaja pulak... aku melarikan diri sejauh jauhnya. harap2 jiran wak tak cam muka aku... nanti dia report kat mak aku abes la aku..

kk_o Publish time 7-2-2011 07:05 PM

jauh aku merantau mencari ayam hitam. sesuka hati jer wak ni suh aku cari ayam hitam.. kat mana pulak aku nak cari??

setelah lenguh aku berjalan,, aku pulang dengan hanya membawa lukisan ayam hitam. setibanya di depan rumah wak aku terdengar suara jeritan yang agak garau...

suara milah memekit sambil menyebut perkataan "ayam"...
wak memandang aku sambil memberi isyarat bertanyakan tentang ayam... aduss...
aku lantas memohon maaf kerana gagal dapatkannya.

"tak apalah.. sardin cap ayam pon bolehlah,,, pegi ambil kat dapur tu dan suapkan kemulut melah" jelas wak ketari...

aik?!!... susah payah aku mencari ayam tadi...

kk_o Publish time 7-2-2011 07:12 PM

aku segara dapatkan sardin dan menyuapkan ke mulut melah. melah yg awalnya meronta ronta tetiba duduk bersimpul ayu menunggu aku menyuapkan sardin ke mulutnya...wak ketari tercengang melihat perilaku melah yg tetiba berubah.. sungguh berkesan ubat sardin cap ayam ni...

beberapa kali wak ketari memberitahu kami bahawa sardin itu telah dijampinya.. (nak bgtau yg dia hebat kononnya)..

selesai makan,,, melah kembali meronta2 sambil menjerit.. melah kelihatan kesakitan.. wak ketari membuka langkah waspada...maka bermulalah detik2 cemas dalam proses pngubatan..

kk_o Publish time 7-2-2011 07:15 PM

dapat aku saksikan sedikit demi sedikit wajah melah mula luntur.. kembali seperti wajah asalnya.. demikian juga rasa cintaku terhadap melah mula luntur sehingga tiada lagi sisa sisa cinta dihatiku ini.. wah cepatnya aku berubah...

perasaan cintaku mula bertukar menyampah... entah kenapa aku begitu benci pada melah... seperti ditipu...

kk_o Publish time 7-2-2011 07:20 PM

keadaan mula reda..

tak ingin rasanya aku melihat wajah melah. apatah lagi suaranya... aku membisu di suatu sudut sedang yang lain tak putus2 mengungkapkan kata syukur kerana semuanya telah selesai...
adakah selama ini aku hanya cintakan jin yg ada dalam badan melah?
kenapa aku begitu buta?



sedang aku melamun memikirkan hal melah,,,, kedengaran suara salam dari luar.

...seha....sedetik ituhatiku melonjak gumbira memikirkan seha yang bakal kutemuai...
aku terus meluru ke pintu.. tak sabar rasanya.

kkyo_ooo Publish time 29-8-2016 11:11 AM


....seha.......................

kkyo_ooo Publish time 29-8-2016 11:21 AM


keayuan seha masih terpancar indah ke bebola mataku


"....mak..................................." pekikan suara budak kecilke arah Seha.


kenapa anak ini memanggil sehadengan panggilan mak??...seha sudah berumahtangga? kenapa aku tidak diundang? mengapa aku tidak tahu? mana bapak budak ini?
seribu persoalan menghantui otak kepalaku...

kkyo_ooo Publish time 29-8-2016 02:47 PM

Kelibat seorang lelaki tua meluru terus mengadap Wak ketari.kehadirannya disambut dengan salaman dan gurauan senda dari Wak Ketari dan Mak Minah.. mungkinkan kawan Wak..
Aku mengalihkan pandanganku kearah Seha.. sejurus Seha melontarkan senyuman sambal melaungkan namaku...
Ternyata Seha masih ingat padaku… belum sempat aku membuka bicara,, seha menunding jarinya kearah pakcik tua yang masih berseloka bersama Wak dan mak Minah..
“tuuu.. abang Gus Gus,,, suami Seha”
Kenyataan Seha Berjaya menghentikan jantungku seketika…
“ini masa Wak perlu luangkan bersama keluarga… jin yang ada brsama Melah ni dah balik ke pasir berdentum…kamu pulak Man,, bila mahu balik?..” kata kata yang Wak tujukan buatku membuatkan jantungku kembali berdenyut…
Lantas aku terus menuju ke kereta bersama mak dan Melahuntuk pulang dihiasi tompok tompok rasa malu kerana dihalau.

jaiz8seman789 Publish time 27-9-2016 04:35 PM

dengan kelajuan 200km/j aku meluru pulang....
setibanya di kediaman aku memohon mak, melah, dan zorgengeng masuk ke kediaman.. lantas aku terus ke pejabat kononnya ada urusan mustahak menentiku...

setibanya di pejabat,,

jaiz8seman789 Publish time 27-9-2016 05:22 PM

aku terus melulu ke meja Chenta (personal asistant tuu..)

"Chenta,,, bawakan saya semua fail fail fail fail budu, blacan, cengcalok, kerja, kerja, kerja yang tertunggak ke bilik saya...""SEKARANG"
kak Rosmah berdiri di tepi mejanya denga terpinga-pinga... aku tahu,,, mesti masih nak ajak aku menonton...
dengan nada bengis...." Rosmah,, dah lama hantu kak Limah pulang ke Rumah yerk!!!!!.... dah tamat siaran dah pun.. tolong jangan buang masa saya. saya ni BOSS.... FAHAM!!!!"

terkedu semua staf menyaksikan pembawaanwatakku

jaiz8seman789 Publish time 28-9-2016 12:33 PM

aku membatukan diri di ruangan pejabatku tanpa sebarang ganguan.... tekunnya aku mengerjakan kerja kerja aku yang lama tertunggak.. Aku sibukkan diriku dengan kerja supaya Seha, Melah, Zurin, Zorgengeng, Mak Jemah, Mak minah, Jais (macam nama aku jer..ada jugak dlm citer ni yerk..) tidak tersinggah di otak kepalaku.. Demikian hari hari yang aku lalui sehingga mak, dan Melah pulang ke kampung kerana impian mahu berumahtangga denganku musnah dan hidup kebosanan...

aku semakin sibuk mengembangkanbudu, belacan ke seluruh pelosok dunia..

jaiz8seman789 Publish time 23-10-2016 02:37 PM

"kiyooooo...ini ada SAMPAH rumah loo"

kkyo_ooo Publish time 23-10-2016 03:46 PM

Edited by kkyo_ooo at 23-10-2016 03:51 PM

"kiyooooo...ini ada SAMPAH rumah loo" Aku menjerit secara tiba-tiba…
Rupa-rupanya aku tertidur dipejabat.. begitu banyak masa dihabiskan bagi meningkatkan prestasi budu, sambal blacan , cengcalok dan sambal tempoyak ke serata dunia
Berpusu pusu para pekerja mengelilingi mejaku.
“tuan-tuan, puan-puan si gadis comel dan si jejaka sekalian… tikos besar itu telah Berjaya aku halau,, sekian sahaja ucapan pagiku dan diminta semua hadirin keluar ke tempat masing-masing dan siapkan segala tugasan yerrr…” ucapan Kalidas bagi mengurangkan kekecohan di bilik pejabatku… aku yang baru terjaga dari tidur masih kehairanan..

“man.. sudahlah.. ini sudah masuk 4 tahun kamu begini…pagi petang siang malam kerja sajaa… tertidur di pejabat pun sudah berapa ratus kali sudah.. mana man sahabatku yang sama sama berminat dengansegala bola? Kerja kerja kerja kerja kerja kerja….bos,,, u pergi ke mana saja seluruh dunia ni, siapa tak kenal dengan produk kita?!!!!” sambung kalidas lagi...



MainemHu Publish time 15-11-2016 03:16 PM

Aku tersentak dengan kalindas. Mana taknya, masuk EMPAT tahun baru cerita ini bersambung ;P penulis-penulis cereka hidupku telah lama menghilang seperti kecewa dengan Melah yang telah kembali ke rupa asal. Melah pula frust menonggeng pulang ke kampong dan kini ku dengar berjaya menjadi pelakon utama drama A.Aida yang mengetengahkan cerita kekurangan fizikal seseorang selepas top dengan cerita Halimah Jonggang. Kini drama Melah gigi graffiti telah famous ke plusuk negri. Ramailah mula mendampingi Melah kerana dia dah kaya dan cantik lepas balik dari korea membuat pembedahan plastic makeover 100% dari hujung kaki hingga hujung rambut!

Mak pula telah lama mengikut Zorgengeng, maid aku balik ke Morocco. Dia kata nak berhijrah ke situ nak meniaga Nasi Lemak Janda Meletop Top di pasar Marrakech. Yang aku tak puas hati, boleh pula dia anggap si zorgengeng itu macam anak dia sendiri.

Tinggallah aku disini masih meniaga budu belacan bagai. "Das... aku tau produk kita sudah terkenal diseluruh pelosok donia ini. Tapi aku nak buat pembaharuan"
Kalindas tekun mendengar. "Aku nak buat bebola ikan filling budu, belacan..." besar biji mata kalindas mendengar "Wow!! bagus... ala-ala chicken ball filling cheese lah ni yerr?" Aku senyum melihat kalindas.

jaiz8seman789 Publish time 27-11-2016 11:52 AM

Pantang kalidas mendengar perkataan bola… semangat kerja kalidas terus berkobar… panjang pula hujahan si kalidas ni berkenaan bebola ikan…
aku mempedulikan setiap kata kata Kalidas.

Sedang asyik berhujah mengenai sasaran perancangan bebola ikan,,tiba-tibasi Kalidas berucap topik lain..

“man… kau sedar tak…? Ini sudah 2 hari kau tak mandi..”sambung Kalidas lagi.

Kenyataan Kalidas membuatkan aku berhasrat pulang.. mengenangkan Penthouse ku bagaikan empangan sampah pecah, aku membawa Mak Besah cleaner pejabatku untuk turut serta bersamaku.
Setibanya dirumah.. aku terus mengarahkan Mak Besah membersihkan seluruh pelosok kediamanku…
      
“Tuan ni… berapa kali perlu saya ingatkan… jangan panggil saya Mak Besah,, panggillah saya Jennifer”

ini kenyataan ke sekian kalinya Mak Besah kepadaku. Aku hanya menganggukkan kepala dan memencilkan diri di bilikku untuk sambung tidur…
Jennifer pulak da… orang tua niii.. lebih tua dari mak aku agaknya.. lagaknya pun bagaikan remaja.. tapi bila ditatap wajah.. memang tak sesuai…

Malam itu setelah Mak Besah selesai membersihkan dan mengemas kediaman penthouseku, aku membawa Mak Besah pulang.. Pak Jib pon cuti yaa..

Sungguh terharu aku melihat kediaman Mak Besah. Mengingatkan aku pada setinggan lamaku. Rumah ini hampir roboh.. elektrik pon tiada..            

“dah lama Jennifer tinggal di sini?”tanyaku tanda terharu

Mak Besah mula berhujah panjang menceritakan pengalaman hidupnya. Tahulah aku bahawa Mak Besah merupakan bekas jiranku yang sama sama tinggal di Setinggan dulu.. namun kediamannya turut sama berkecai hasil kebakaran yang aku cetuskan dulu. Mak Besah juga merupakan Janda yang telah lama ditinggalkan suami.. anak-anaknya juga entah kemana..

Nasib baik Mak Besah tidak tahu akulah punca kebakaran tuuuuuu

sebagai tanda bos yang bagus,, aku terus menilai sekitar rumah Jennifer. Mana tau ada apa apa yang perlu aku bantu.. daif sungguh.. atap pecah ada dinding runtuh ada….Yaa ker rumah ni?
Sedang aku menilau kedaifan rumah tersebut, kedengaran suara riuh rendah dari luar rumah..
Aku bergegas keluar…

Jiran jiran Mak besah membanjiri rumah Mak Besah… Pegawai dari jabatan agama pun ada… baru aku tersedaraku berdua duaan bersama mak jemah…

“Besah,,,, patotlah laki kau tinggalkan kau.. ini kerja kau yaa… Dah tua tua pun masih berlagak muda…. Tu rambut berkarat lima line… nak tunjuk pada jantan niii yaaa…”suara herdik makian salah seorang jiran Jennifer.

Air mata Jennifer mula bertaburan.. aku memandang Jenniferdengan sejuta belas ehsan dan mula mengumumkan bahawa aku akan menikahi mak besah malam itu juga……

MainemHu Publish time 29-11-2016 02:46 PM

BUKKKK!!!! sebijik mcm nangka busuk jatuh laman. Aku jatuh dari katil empukku. Aku mengucap panjang satu kilometer dan menadah tangan kesyukuran. Kurrr semangat mimpi rupanya :L "Alhamdulillah.... mujur ada pamoga" {:1_512:} nasib baik aku sempat minum seteguk gokgokgok sebelum tidur semalam.

Mata aku kesilauan, bersih berkilat Mak Besah sental penthouse aku. Wife material betul peelnya cuma saying dah kerepot, toreh-toreh pun dah habis getah dah takde nak keluar ;P Tak sempat aku nak bagi bonus Mak Besah, dia dah awal balik semalam, siap tulis nota "Bye, see u in office" dengan kesan lipstick warna merah menyala :I

Tiba-tiba ada ketukan pintu berkali-kali. Serupa ketukan pegawai jabatan agama masa aku check in kat hotel masa nak try zorgengeng tapi sayang masatu dia keluar kejap nak beli jajan walau aku cakap order saja dari hotel. Melepas masa tu nak ditangkap khalwat, kalau tak dah kahwin aku :mad:

knock! knock! knock! Ah... sapa pulak tu?

jaiz8seman789 Publish time 1-12-2016 01:56 PM

knock! knock! knock! Ah... sapa pulak tu?


Tanpa berfikir panjang aku terus membuka pintu. Kelibat seorang lelaki terus meluru masuk dengan brutal..

“mana Kiyooooo… kiyooo… baik kau keluar cepat… ini cerita bila mau habis hahh??... penulis, pengarang semua hilang..ko nak aku kikis kepala otak aku sorang sorang yaaa….ko dah K O kah apa?”

Aku hampir panic… “encik salah rumah ni…”
Lelaki tersebut enggan percaya dan aku terus dijadikan bahan makian..

Dalam pada masa itu juga sekumpulan manusia meluru ke arahku…

“hu….(pinjam nama jap,,, mana tau boleh glamour)..”
“hu… dah jom balik,, kiyo sibuk, dia terpaksa ajar budak tabika A B C… nak suruh budak tabika tu sambung cerita ni…” balas seorang pegawai berpakaian serba putih.
Rupanya rumahku di serang seorang pesakit mental…. Betul betul menguji mentalku….

MainemHu Publish time 6-12-2016 04:22 PM

Edited by MainemHu at 8-12-2016 09:15 AM

Selepas huru hara itu aku cuba untuk bertenang diatas sofa empuk bak jelly-O. Tetiba ada ketukan pintu lagi. Ahh..... tak sudah-sudah nak mengganggu. Dengan langkah longlai aku menuju pintu.

Sepasang lelaki memakai sut hitam berkaca mata hitam persis Men In Black terpacak depan pintu."Encik Razman Hassan ?" macho sungguh suaranya rembes acik kepam mendengarnya. "Ya, saya Razman. Razman Hassan" aku membalas ala-ala James Bond.

Dua lelaki itu mempersilakan diri mereka masuk tanpa ku undang. "Ah... buatlah macam rumah sendiri dah pandai masuk kan...."

"Untuk pengetahuan Encik Razman, kejadian sebentar tadi kitorang acah-acah saja"
"What the heck ?!" darahku mula menyirap
"Kami sebenarnya menguji samada Encik Razman benar-benar tidak tahu tentang keberadaan Kiyo sipenulis dan juga co-writer yang lain. By the way, saya ejen L dan rakan saya ejen M" sambil keduanya membuka spek hitam mereka
"Asal kecoh, kan datang gini elok-elok kan bagus. Dapat saya sediakan air sirap dan fishball budu, belacan, tempoyak, cincalok ker" hehehe sempat lagi aku mempromo produk aku.
"Takpe. Nanti Encik Razman boleh tapau elok-elok untuk bekal kami.
Kedatangan kami ini adalah untuk menyiasat dimana sebenarnya Ghost writer cerita ini.
They mysteriously disappear" kata ejen M
"Itulah tuan.... saya pun bengang kemana mereka menghilang. Dahlah budak-budak tabika yang tolong sambung cerita ni"
"Kami tau, budak-budak tabika ni hasil dari siasatan kami cuma nak menambah kredit jer :$ ;P walaupun dah lama berkuntum sebagai SR. Register dah lama tapi cenggitu aje kredit mereka :lol: nak memanjat pagar banglo-banglo mewah pun tak mampu" kata ejen L
"Haah... tuan. Dulu SR jer pasal belum banyak banglo pagar tinggi bagai ni. Orang yang baru register pun dah mampu panjat pagar, kita ni kesian sangat. Opppsss sori tuan, ter OT plak"
"Takpe, we don't mind hearing your curhat. Anyway, back to the topic, kami mempunyai pelbagai teori tentang kehilangan mereka. Antaranya mungkin mereka lupa password" {:noseokata ejen M

Suasana sunyi sekejap untuk memberi laluan azan.

"Begini Encik Razman, kami nak encik membantu siasatan kami" kata ejen M sambil memasang kembali spek hitam mereka dan mengeluarkan satu benda.
"eh..... korang nak erase memory aku kan? natang tu mcm cerita dalam MIB tu kan?" aku mula cemas
"Hahahaha taklah. Ni Vape iols nak jadi naga jap" Ejen M sakan gelak
"Abis tu kenapa nak pakai spek bagai?!?" aku masih skeptikal dengan jawapannya
"Ala.... kitorang taknak pedihkan mata weols lah" sampuk Ejen L
Macam tak logik langsung :o jawapannya but just accept it as of now. Tika ejen M memetik "vape" dia tu, suasana menjadi silau sesilau silaunya!

Flashback...
"Ejen L, M n o p q r s t u v w x y zzzzz"
"apa yang Tuan Jaiz merepek ni?!?"
"Saya nyanyi jap pun tak boleh? okay back to the topic. Awak berdua mesti hilangkan memory dia. Once you flash the light to him, give him a new identity, dia bukan lagi tokeh budu horkeh?"
"Baik Tuan. Arahan diterima"
End flashback...

Aku membuka mata. "Tuan berdua ni siapa?" Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal "Saya berada dimana ni?" aku bingung melihat sekeliling ku. Semuanya terasa asing. Where am I? and Who am I??????

Genkidesuka Publish time 25-12-2016 12:15 PM

Edited by Genkidesuka at 25-12-2016 12:55 PM

Aku membuka mata. "Tuan berdua ni siapa?" Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal "Saya berada dimana ni?" aku bingung melihat sekeliling ku. Semuanya terasa asing. Where am I? and Who am I??????

"You are my father," jawab salah seorg dari mereka yg memakai baju guni sambil memegang pedang berlampu.   Bunyi Ngiong, Ngiong kedengaran setiap kali dia menggerakkan pedang tersebut.   Aku yg sdg keliru memerhatikan wajah anak muda tersebut.Rambutnya blonde, matanya biru.

"Han, ikat tgn dia dan tutup mukanya.But please jgn sakiti dia.After all, he is my father."Anak muda tadi memandangku sekilas tanpa emosi.Adakah dia anak aku dgn maid Morocco dulu?Mana mungkin!Aku tidak lepas dari dosa tapi aku tidak pernah melakukan kerja terkutuk itu!   Na'uzhubillah min zalik.Eh what?!A maid from Morocco?!Kepingan memori apakah ini?

Aku cuba utk bersuara tp yg keluar hanyalah suara garau yg tidak berbutir.Saat itulah baru aku sedar yg aku sdg memakai mask/helmet berwarna hitam.Aku yakin bahagian mulut helmetku sudah pecah kerana mulutku kini terasa sejuk2 dibelai angin sepoi galaxy.Aku mahu menanggalkan helmet tersebut tapi aku tidak bertenaga.I see the other saber at the corner and understand the situation.Minutes ago, I was somehow involved in a heavy dueling and I lost.

Suddenly I catch sight of seekor beruk tinggi berdiri in the background.Aku mpk dia spt memakai sehelai selempang kain pelikat di atas bahunya.Kalau dia bersongkok, berpakaian Melayu dan bersampin, mesti segak beruk ni.   Tall, hairy and handsome.

"GGWWWRGHH?"

Beruk itu tiba2 berbunyi apabila Han melutut sambil mengikat tgnku.   Aku yg masih tidak dpt register apa yg sdg berlaku hanya mampu menghulurkan tgnku kpdnya dgn pasrah.

"Yes, Chewie.   You heard the kid.We have to tie him up,"Han bersuara dgn penuh geram sambil mengikat tgnku dgn kuat.I flinch as the cable tie eats its way through my flesh.Han memandangku sambil berbisik, "Padan muka."Aku mengumpul kekuatan dan dgn sekuat tenaga, aku menjelirkan lidahku kpdnya.

Bagaikan terkena belacan, beruk itu tiba2 meluru ke arahku dan mengaum sekuat hatinya, "AAARARRRGWWWH!"

Astaghfirullahal'azim.Aku yakin omnivor ini tidak pernah menggunakan berus gigi.Kemudian baru aku perasan yg terselimpang atas bahunya td bukannya kain pelikat tapi strap berkotak2yg mungkin berisi ammo dan kacang Ngan Yin.Tgnnya menggalas busur dan dia kelihatan sgt marah.   

"LUKE, STOP CHEWBACCAAAAAAA!!!!"

Ada dua keadaan apabila kita jelas mengenai sesuatu perkara.Keadaan pertama, kita akan berasa lega kerana kita rasa sedikit pandai.Keadaan kedua, kita akan rasa tidak selesa kerana kita tidak suka dgn apa yg kita tahu.Mungkin aku bertuah, mungkin juga tidak tapi sebaik sahaja Han menjerit, aku berada di dlm kedua2 keadaan.Pertama, aku lega bila mengetahui anak muda berambut blonde bermata biru itu rupa2nya bernama Luke.Kedua, aku juga yakin Han juga tidak pernah menggunakan berus gigi.

Segala2nya menjadi slow-mo.

Beruk bernama Chewbacca atau nama manjanya Chewie cuba utk menghalakan anak panahnya ke arahku.Luke yg sdg membetulkan baju guninya yg kecut-mecut kelihatan terkejut dan cuba berlari ke arahku.Han cuba utk bangun tp lututnya sakit.Dlm kekecohan slow-mo tersebut,sebuah memori daun pisang yg kelihatan asing tapi familiar menerjah fikiranku.


Seorg atok menempik, "Razmannnnnn!!!!Bertuahhhhhhhh!!!!!Kenapa kau kacau beruk akuuuuu?!!!!Kan dah dia mengamukkkkkk!!!

Ketuk belacan di batu tumbuk,
Ketuk cili masak ketam;
Beruk bukan sebarang beruk,
Beruk ini kuat berdendam.

Kau tgk niiiii!!!Kan dah dia membuang hajat atas katil akuuuuuuuu!!!!"


Keadaan masih slow-mo.Chewie masih terkial2 dgn busurnya sambil kakinya ditarik Luke.Han terjelepok jatuh apabila one of his knees refuses to cooperate.I get him.Joint pain is no joke.I wonder if we can have a chit-chat after this is over or maybe share with him my secret remedy.Again, memori apakah ini?!!!

Tiba2 aku berada di hutan dan di hadapanku seekor toyol hijau.

"To go back, you have.Here you belong not.Yeesssssss."

Aku di awang2an.Luke dan seorg gadis bertoncet dua memanggilku Daddy.Seorg lelaki tinggi tanpa hidung menjerit Avada Kedavra.Aku digelar Megatron dan dikelilingi helikopter2, jet2 pejuang yg umpama lalat dan mereka menembakku tanpa henti.   Aku kecil dan berwarna hijau dan aku berdiri di depan computer bernama Karen di dlm failed fast food restaurant bernama Chum Bucket.   Akukah yg bernama Razman itu?Jika benar, maka siapa papaku?Papa?Papazola kekasih kebenaran!!!Kekeliruan apakah ini?!!! ARGHHHHHHHHH!!!

Toyol hijau tadi muncul semula dgn pertanyaan, "Why still here are you, hmm?"

Dan segalanya gelap.
Pages: 1 2 3 [4]
View full version: Jom sambung cerita ni...


ADVERTISEMENT