tatod Publish time 2-9-2023 12:50 AM

Kerajaan Perpaduan Kekal! Lafaz Taklik Cerai Isteri Talak 3 Tak Boleh Ditarik Balik, Perlu Failkan Di Mahkamah Syariah

“Isteri tidak boleh dijadikan objek, barang pertukaran atau sebab kepada sesuatu taklik,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.


Beliau berkata demikian susulan lafaz taklik seorang individu yang mahu menceraikan isterinya talak tiga sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos.


Malah katanya, berlandaskan sudut hukum, ungkapan taklik yang telah dinyatakan itu tidak boleh ditarik balik.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202309/02/004913mlo89rp8jj8trl9j.png




Jelas beliau lagi, di bawah peruntukan undang-undang telah menggariskan bahawa mana-mana permohonan untuk mengesahkan taklik perlu difailkan di mahkamah syariah kerana ia diperuntukkan dalam enakmen semua negeri.


"Jadi dinasihatkan kepada isteri atau suami terbabit untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan penceraian tersebut.


"Hanya hakim syarie di mana pasangan terbabit bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak," katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.


Mohd Na'im berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan seorang lelaki pada Februari lalu yang memaklumkan dia bertaklik menceraikan isterinya talak tiga jika Perdana Menteri dan kerajaan tidak bertukar pada Ogos.


Isu itu tular di media sosial dan menjadi persoalan ramai sama ada talak ke atas isterinya jatuh atau tidak selepas berakhirnya bulan Ogos.


Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, apabila taklik dikaitkan dengan penceraian dengan talak tiga kepada seorang isteri, ia perkara yang amat tidak bertanggungjawab.


"Isteri sepatutnya dinaikkan martabat. Islam sendiri telah menaikkan taraf seorang isteri dan wanita," tambahnya.


Sehubungan itu, Mohd Na'im menasihatkan agar golongan suami perlu bertanggungjawab dengan tidak melibatkan maruah isteri dalam lafaz jika bertaklik.


"Yang kedua, kalau nak mengesahkan sesuatu lafaz sama ada jatuh atau tidak jangan rujuk kepada pihak yang ketiga.


"Yang boleh menentukan sama ada lafaz itu jatuh atau tidak adalah hakim mahkamah syariah di mana pasangan itu bermastautin," ujarnya.




Sumber: mStar

lanacondor Publish time 2-9-2023 07:13 AM

Allah tua2 jatuh talak ceh rujuk pulak.. Sian isteri

Binodino Publish time 2-9-2023 08:47 AM

Good for the wife. Ada laki pun kemaruk dengan politik, sampai sanggup taklikkan bini hanya semata sebab politik. Semoga yang perempuan bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih waras pemikirannya, bukan yang jenis taksub dengan politik sampai sanggup taklikkan isteri sendiri

zuuu Publish time 2-9-2023 04:11 PM

Apa ke bangang nya suami tu....kalo jatuh talak mohon wife tu move on jelah ko cari org lain kak biarkan jantan bodoh ni sorg2

AkokKocik Publish time 2-9-2023 06:42 PM

Sebenarnya si somi ni mungkin memang nk ceraikn istrinya, tgh cari idea supaya x dkecam, dh dpt idea, trus talak 3.
Pages: [1]
View full version: Kerajaan Perpaduan Kekal! Lafaz Taklik Cerai Isteri Talak 3 Tak Boleh Ditarik Balik, Perlu Failkan Di Mahkamah Syariah


ADVERTISEMENT