Bluefin0243 Publish time 1-1-2011 04:10 PM

Dr M pertikai keperluan beli pesawat pejuang baru "Malaysia"

                                                                                            Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru.

Dalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru.

"Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29.

“Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir.
Menurut beliau, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin 'dibersarakan' namun MiG-29 akan dinaik-taraf.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penyenggaraannya semakin tinggi.

Mahathir sebelum ini mengingatkan kemungkinan wujud orang tengah yang akan mengaut keuntungan berganda dengan keputusan untuk membeli pesawat tempur baru dan menjual yang lama.

Beliau juga berekata keputusan kerajaan menukar pesawat MiG dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan sendiri.

Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu,

Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia sama ada dengan SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle.

beretbiru Publish time 21-9-2011 05:23 PM

aku kurang setuju dengan pandangan Tun ni, TUDM lebih tahu masalah dengan MiG satu ni, kos penyelenggaraan yg tinggi mnjadi puncanya, jgan bandingkan dgan india yang mmpunyai bratus rATUS biji pesawat tu, kita cuma ada 16 biji dr 18 biji dan skrg dikurangkan kpd 10 biji, adakah berbaloi utk upgrade? dr segi teknologi pun pesawat ni dah jauh ketinggalan dan hasrat utk mndapatkan second batch MRCA spatutnya disokong.

audreyhepburn Publish time 22-9-2011 01:29 AM

ASKAR TUDM MALAYSIA JATUH PINGSAN KETIKA UPACARA ELANG MALINDO DI INDONESIA

Anggota TNI AU memberi pertolongan anggota Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang jatuh pingsan saat mengikuti upacara pembukaan Latihan Bersama Elang Malindo di Lanud Supadio, Kabupaten Kubu Raya, Kalimantan Barat, Rabu (21/9). Tidak diketahui penyebab anggota TUDM itu jatuh pingsan yang kemudian terjatuh wajahnya membentur aspal.

ANTARA/Jessica Wuysang/am
http://www.mediaindonesia.com/public/gallery/large/2011_09_21_04_52_57_pingsan2B.jpg

http://v-images2.antarafoto.com/gpr/1316597401/peristiwa-tentara-malaysia-pingsan-01.jpg

http://v-images2.antarafoto.com/gpr/1316596207/peristiwa-tentara-malaysia-pingsan-07.jpg


sumber
http://www.mediaindonesia.com/foto/12421/Tentara-Malaysia-Jatuh-Pingsan-Saat-Upacara


Semoga lekas sembuh dan mengikuti latihan tempur ELANG MALINDO... kasian..bedarah cam tu.. :cry: matahari kat borneo ni memang panas sangat la.

tempur Publish time 22-9-2011 11:07 AM

aku kurang setuju dengan pandangan Tun ni, TUDM lebih tahu masalah dengan MiG satu ni, kos penyeleng ...
beretbiru Post at 21-9-2011 17:23 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

pada pandangan aku adalah lebih baik kita upgrade dan naik taraf je MIG tu........lagi bagus...dana yang ada digunakan untuk SAM... Kalau kita upgrade dgn india mungkin boleh dapat lebih murah berbanding yang ada sekarang ni.... sayang le baru 10 tahun dah kena jual...

alphawolf Publish time 22-9-2011 04:21 PM

uh mig malaysia dah lebih 10 tahun...lagipun dia single purpose aje....

malberi8 Publish time 23-9-2011 11:01 AM

mig yang boleh fly tinggal 7 buah jek...nak upgrade amende....

supergripen Publish time 25-9-2011 12:50 AM

Post Last Edit by supergripen at 25-9-2011 00:55

Waste of bloody time... the Mig29 is no longer relevant.

At the very least kalau taknak beli baru pun,they should consider ex-USN Legacy Hornet C/D models to supplement the current 8 D models that we have.Dapat 16 lagi pun dah okay,making the total 24.

BotakChinPeng Publish time 29-9-2011 01:12 AM

Post Last Edit by BotakChinPeng at 29-9-2011 01:18

Kos penyelanggaraan yang tinggi nak digantikan dengan kos pembelian yang jauh lebih tinggi ? Hahahaha. Bodoh punya alasan.

Beberapa jet yang dicalonkan TUDM bukan saja akan ketinggalan zaman pada era penggunaan jet kalis radar nanti malah pada ketika ini pun sudah ketinggalan jauh dari segi keupayaan di belakang MiG-29 yang nak diganti.

Strategi paling baik untuk pertahanan malaysia ketika ini ialah mengekalkan kekuatan sedia ada sementara menunggu tempahan untuk Sukhoi T-50 dibuka kepada pelanggan eksport. Sekiranya MiG-29 digantikan dengan jet dari eropah seperti Rafale,Gripen atau Typhoon yang mana kesemuanya lebih corot berbanding MiG-29 dari segi kelajuan serta jangkauan peluru berpandu, kekuatan TUDM akan terhakis walau pun sebelum era pennggunaan pesawat kalis radar lagi.
Manakala sekiranya pesawat F-15, Su-35 atau MiG-35 pula dipilih, TUDM hanya akan menikmati kelebihan dalam beberapa tahun terakhir zaman pesawat tempur bukan halimunan sahaja.
Apabila negara jiran mulamenggunakan pesawat kalis radarF-35 serta T-50, perbendaharan negara pula tak akan lagi mampu menampung kos pembelian jet halimunan setelah berbelanja besar menggantikan MiG-29 dengan jet bukan halimunan.

Maka lebih baik Malaysia kumpul saja sumber kewangan mulai sekarang untuk program perolehan pesawat Sukhoi T-50
sambil menampung apa saja kos untuk menyelenggara kesemua 16, saya ulang, 16 MiG-29 malaysia. Itu jalan penyelesaian paling baik dalam situasi terkini.

fcoy Publish time 29-9-2011 01:35 PM

Banyak perkara perlu disentuh....

dasar pertahanan negara..... budget.... dan sebagainya......

Cuba lihat sekeliling kita iaitu negara Asean.... kenapa perlu nak berlumba senjata terutamanya membeli pesawat yang mahal sangat tu.....

Malaysia nie dari dulu tak belajar dari kesilapan..... pesawat Skyhawk yang berpuluh tersadai tu siapa punya kerja.... apabila dah beli MIG 29...... lagi satu alasan timbul.... so.... sampai bila pon tidak akan selesai....

Nak beli pesawat baru tu patut-patut la.... kalo nak berlumba dengan Singapore... itu satu kesilapan.... nak buat apa....

Dasar pertahanan negara secara keseluruhannya perlu diteliti.... seimbangkan dengan budget dan yang lagi penting.... pembangunan sumber manusia angkatan keselamatan harus diambil kira.....

Jika kita ambil dari sudut perlumbaan senjata iaitu kapal terbang tempur dsb... memanglah tak boleh lawan Singapore ... tapi dari segi keseluruhannya... iaitu keseimbangan dalam semua cabang.... mungkin kita ada kelebihannya....

Perbandingan harga membeli kapal selam tempohari.... terlalulah amat besar.... berbanding dengan pesaingnya.... tetapi atas alasan kononnya.... nak menyeimbangkan 2 kuasa besar... maka ..... inilah kapal selam yang kita dapat.... tetapi... apa dah jadi....dengan dakwaan rasuah beratus juta timbul pulak....

Janganlah isu pembelian kapal terbang canggih ini diselewengkan fakta.... nak replace MIG 29 yang banyak menelan kos penyelengaraan konon... dan bla..bla..bla.... tetapi hakikatnya....

Ada jembalang yang nak menelan dan melantak duit.....

jofizo Publish time 29-9-2011 03:24 PM

errrr citer sikit la apa yg ko tahu pasai skyhawk......

ehhhh nk bersaing dgn s'pore ka.....?

alphawolf Publish time 29-9-2011 03:43 PM

Dan apa yang dah jadi dengan kapal selam tu?

RainbowSix Publish time 29-9-2011 05:28 PM

Post Last Edit by RainbowSix at 29-9-2011 17:32

'TUDM lebih tahu masalah dengan MiG satu ni, kos penyelenggaraan yg tinggi mnjadi puncanya'

Enjin jet hilang pun korang tak tahu. Hehehe....

Ko nak beli dgn apa, dgn air liur ko ke?

brownstone Publish time 1-10-2011 09:15 PM

aku sarankan oleh kerana kita nak beli peralatan cangiih cam jet pejuang ni, apa kata kjaan slash je pengambilan rekrut baru..kurangkan bilangan tentera kpd separuh je dr jumlah skrg.

sbb, bile perang je, x kan la rakyat malayia nak membuta je? mesti perang same cara gerile ke ape ke cam vietnam.

so biar tentera yg betul2 terlatih kendalikan hi-tech weaponry etc, hantar luar negara (cam misi pengaman etc utk latihan)..yg rakyat biasa tu jadi pengikut je bile perang..bagi je senjata murahn spt grenade dan raifal..

bile kurang tentera, kurang kjaan byr emolumen..duit tu boleh beli sukhoi, patrol vessel baru etc...
ni asyik rekrut berpuluh ribu, last2 x perang segala..cukup masa bayar pencen saje?

dan509 Publish time 1-10-2011 10:19 PM

Reply 13# brownstone


Memang telahpun dilaksanakan.Kekuatan ATM sekarang sudah kurang 1/3 daripada kekuatan semasa 90-an.

robotech Publish time 4-10-2011 07:23 PM

the Mig29 is no longer relevant.

Relevan, kalau Gomen tarak duit mau beli toys baru, maka MiGs akan berterbangan menyertai Eksesais Udara ngan negara serantau, US or FPDA exercises. Oh, oh, oh, waktu Merdeka jugak .... ngan LIMA.

At the very least kalau taknak beli baru pun,they should consider ex-USN Legacy Hornet C/D models to supplement the current 8 D models that we have.Dapat 16 lagi pun dah okay,making the total 24.

Duit tarak. Baik trade in MiG & dapat 6 bijik Su-30MKM brand new at minimum cost.

abgrindu28 Publish time 6-10-2011 10:45 PM

AKU CADANGAN KAN KAT SEMUA SMK , SEMUA MURID TGKATAN 1-4, WAJIB MENYERTAI LATIHAN ASKAR DI SETIAP SKOLAH DAN DI BERI ELAUN RM 10 SEORG BILA DTG LATIHAN, SUPAYA DIRG LAGI CERGAS DAN TAKDE MASING-MASING RUGI MASA DAN TERLIBAT BERBAGAI MASALAH SOSIAL.

abgrindu28 Publish time 6-10-2011 10:46 PM

BILA LEPAS SPM YG MANA TAK BERMINAT NAK KE- U, BOLEH JE TERUS JOINT ASKAR, @ POLIS.

abgrindu28 Publish time 6-10-2011 10:50 PM

SEKARANG NI DI DALAM PASUKAN ASKAR DAN POLIS KITA MASIH LAGI KEKURANGAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM, KERANA SETIAP TAHUN RAMAI ANGGOTA PENCEN. JADI SEBAGAI PENAMBAHAN INI LAH CARA YG TERBAIK DEMI BANGSA DAN AGAMA SERTA :lol::shakehead3::mad::curse:NEGARA

brownstone Publish time 8-10-2011 09:32 PM

i think better slash the PLKN, gantikan dgn real military service....lg satu kalau nak suruh sumer yg x masuk u join police or army...aku susah nak percaya la kat deorang ni...kadang2 budak2 ni ade masalh disiplin kat sekolah, what do u expect when they become a police officer?...kalau x mkn rasuah, maybe dia ngelat... sorry to say. camne nak selesaikan kes ala ala csi kalau x tahu langsung pasal sains, juga nak kendalikan jet pejuang...see the Top Gun, pilot US belajar fizik ok!

kelana36 Publish time 11-10-2011 06:50 PM

i think better slash the PLKN, gantikan dgn real military service....lg satu kalau nak suruh sumer y ...
brownstone Post at 8-10-2011 17:32 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Agreed. PLKN ni membazir jer, tak dapat mencapai sasaran pun. Baik kerahkan semua join national Service macam South Korea or singapore.

   Sapa kata pilot malaysia tak tau/ belajar physic ?
Pages: [1] 2
View full version: Dr M pertikai keperluan beli pesawat pejuang baru "Malaysia"


ADVERTISEMENT