Raline Publish time 31-8-2023 07:53 PM

Abang Bomba pujaan warga maya

Abang Bomba pujaan warga maya


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm31booms_1693481490.jpg
GAMBAR tular Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengangkat banting tertera ayat ‘pick up line’ ketika perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya, hari ini. FOTO Tular



Putrajaya: Selepas mencetuskan fenomena dan tular dalam acara sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu, kemunculan 'Abang Bomba' bertubuh 'sado' terus mencuri tumpuan bukan hanya pengunjung yang hadir ke Dataran Putrajaya, di sini, hari tetapi juga warga maya.

Buktinya, tular di laman sosial video dan gambar anggota bomba mengangkat banting bertulis ayat 'pick up line' ketika menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Antara ayat 'pick up line' itu adalah 'Sayang Kamu Ketat-Ketat, 'Api Memang Panas, Tapi Anda Semua Penyejuknya' dan 'Abang Bomba Love You'.

Hasil semakan Harian Metro di laman sosial mendapati rata-rata perkongsian dibanjiri komen oleh kaum wanita dengan rata-ratanya teruja dan menantikan kemunculan anggota bomba terbabit.

"Abang bomba tak pernah mengecewakan," tulis pengguna TikTok dikenali Akma.

"Mereka hadir dengan 'pick up line', bomba dah tukar slogan daripada cepat dan mesra kepada cepat mesra," tulis seorang lagi pengguna TikTok, Anggerik Pemurah.

"Kalau abang bomba bujang tak apa, tapi kalau sudah berbini risau nanti balik kuali terbang," tulis Softhenic.

Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini menyaksikan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Lebih 17,000 peserta serta 67 kontinjen persembahan dan perarakan 505 aset darat serta udara daripada pelbagai agensi di Dataran Putrajaya, selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.

Acara hari ini bermula dengan ketibaan pembesar negara, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekitar 7.45 pagi.

Sambutan secara rasmi bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekitar 8 pagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/1005181/abang-bomba-pujaan-warga-maya

Pages: [1]
View full version: Abang Bomba pujaan warga maya


ADVERTISEMENT