CARI-MAL Publish time 30-8-2023 02:13 PM

Dress Buruk, Ramai Terkejut Auntie Purple Pakai Busana Pengantin Merah Jambu Ke TikTok Awards

Ramai tertanya-tanya mengapa TikToker Auntie Purple tidak menonjolkan identitinya yang sinonim dengan warna ungu apabila memperagakan busana merah jambu di Anugerah TikTok Malaysia 2023 baru-baru ini.


Enggan berteka-teki, mStar mendapatkan Auntie Purple bagi menjelaskan tentang penampilannya di acara yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/30/141022tioqu4zxuz9vo9mo.jpgmStar




“Sebenarnya memang saya sudah rancang nak pakai baju warna ungu. Tapi baju yang ditempah tu ada masalah sikit kerana finishing tak kemas.


"Tambahan pula bahagian kepuk pada lengan kiri dan kanan juga tak sama saiz. Kain organza yang mereka gunakan pun sangat nipis," katanya kepada mStar.


Tambah Auntie Purple, dia juga tidak berpuas hati dengan hasil akhir baju berkenaan kerana kelihatan berbeza daripada lakaran yang diberikan.


“Bahagian hujung kain pun berbulu sebab mereka tak sempat atau tak perasan nak jahit. Paling kecewa sekali bahagian kaki yang senteng, tapi mereka jahit sambung kain lain... jadi tak lawa.


“Selain itu masa mereka bagi design cantik saja bunga yang ada dekat baju tapi apabila siap rupanya ada dua bunga besar. Ada yang cakap macam baju bunga lawang,” katanya yang tercalon bagi kategori Creator Of The Year.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/30/141022s6bzymeq15662660.jpgmStar




Bercerita lanjut Auntie Purple berkata dia tidak menyangka tempahan pakaian yang dibuat seawal enam hari itu berakhir dengan kekecewaan.


“Saya pernah tempah dengan tailor ni, memang puas hati. Mula-mula saya hantar gambar rujukan dan tanya mereka boleh buat tak sebab saya faham dah last minute.


"Mereka cakap boleh buat dan tanya tarikh fitting baju. Saya faham masa dah suntuk jadi saya cakap bila-bila pun boleh.


“Mereka suruh datang pada pagi hari acara tapi saya katakan ia terlalu lewat. Jadi saya ke butik baju pada malamnya, tunggu sampai pukul 12 tengah malam. Tetap juga tak siap, terkial-kial menjahit kepok tu,” kata Auntie Purple.


Jelasnya yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata, dia tidak menerima tajaan bagi baju berkenaan.


Kecewa dengan hasil daripada butik yang enggan dinyatakan itu, Auntie Purple memutuskan untuk mencari busana lain untuk dipakai.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/30/141002tr5c7eaa97erahay.jpgmStar




“Lain kali, kalau rasa tak cukup masa atau tak boleh buat, jujur saja. TikTok Awards ni sangat bermakna buat saya. Sudahlah pertama kali diadakan, tercalon pula tu. Tahun depan belum tentu dicalonkan lagi.


“Penat juga nak kawal emosi. Sudahlah penat dengan event lain. Kami pergi makan dulu ingatkan boleh siap, pukul 12 tengah malam tak siap juga. Penat dan buang masa menunggu.


“Malam tu balik rumah memang dah rasa tak sedap hati. Jadi esok pagi terus buat carian di Google butik yang terdekat dengan bangi. Nasib baik jumpa baju dan ambil masa setengah jam saja fitting,” katanya yang cukup terkilan.


Malah dia memberitahu serik untuk menempah pakaian di butik sama kerana enggan pisang berbuah dua kali.


Bagaimanapun menurut Auntie Purple, pihak butik berkenaan sudah memulangkan wangnya pada Rabu.


“Mujurlah pemilik butik Embun Wedding terima permintaan saya di saat akhir. Saya redah saja masa pilih baju dekat butik dia pagi Ahad tu.


“Kebanyakan baju sewaan adalah busana pengantin. Jadi memang lari dengan tema ikonik tu. Terpaksa feeling sebagai seorang princess saja malam tu,” ujarnya.




7272304640719490306


Imbas Auntie Purple mengenai malam kejadian, ramai calon-calon lain turut terkejut melihat kemunculannya memakai busana pengantin berwarna merah jambu.


“Semua terkejut apabila tengok saya dengan baju tu. Saya juga ada cakap dengan pengurus TikTok yang saya ikut warna tema,” ujarnya lagi.


“Namun apabila tengok orang komen lepas post gambar pakai baju pink tu... ramai yang puji. Mereka cakap macam hadir Met Gala jadi lega dengar pujian tu. Tak adalah lari tema sangat," katanya.




Sumber: mStar

lifeline Publish time 30-8-2023 02:19 PM

mcm ada 2 org kan yg baju x sempt siap atau tak seperti yg di tempah..sorang lgi syifa jamil tu
btw tiktokers baju semua kepok2 mcm pokok krismas
dh la seating rapat2
sian org sebelah tenggelam dgn kekepokkan bju depa

laksmanabentan Publish time 30-8-2023 02:19 PM

siapa pulak nih....

hareeeesah Publish time 30-8-2023 02:23 PM

Iols yg xde tiktok mmg xkenal la xtau selain yg dh sedia famous

cikatilia Publish time 30-8-2023 02:48 PM

halla halla overnya la hai baju gitu.. rimas aku.

opie5662 Publish time 30-8-2023 03:12 PM

Kalau tgk tiktok... Mcm kesian org2 tua ramai jd hamba tiktok.. Gigih buat content n live demi secebis gift n tololwers...

_kelly Publish time 30-8-2023 03:22 PM

dress up masing2 berangan sangat

black_handbag Publish time 30-8-2023 03:45 PM

mahap tak kenal. acik ni femes di tiktok ke

tipah89 Publish time 30-8-2023 03:56 PM

entah tengok yg beriya dressup kat tiktok tu mcm kesian pun ada..memasing fefiling selebriti. pulak kata nya yg menang best dress si dino dgn gaun hauk tu...alahai.utk tak ot, acik purple ni pun satu da tau anugerah tu penting yg pi buat baju last minit tu pasai pa.

myakayina Publish time 30-8-2023 04:11 PM

sapa la plk ni, aku content creator yg aku kenal pun si khairulaming, ryanbakery dgn chefdave tuje lah..yg lain2 ntah sapa2 lah ya..yg pompuan semua bajunya hauk belaka..
sekali tengok persis fashiun geng2 korset kakpam time dinner/gala dulu2..

bondeh Publish time 30-8-2023 04:12 PM

Kems nya style over rimas

Prickford Publish time 30-8-2023 04:18 PM

"Bercerita lanjut Auntie Purple berkata dia tidak menyangka tempahan pakaian yang dibuat seawal enam hari itu berakhir dengan kekecewaan".

WTF! Nak gown cantik & hasil yg cantik, mmg tak lerrr dalam masa 6 hari.


gangerina Publish time 30-8-2023 04:31 PM


“Namun apabila tengok orang komen lepas post gambar pakai baju pink tu... ramai yang puji. Mereka cakap macam hadir Met Gala jadi lega dengar pujian tu. Tak adalah lari tema sangat," katanya.

nak berkenalan la dgn yg bg komen atas ni...MET gala???!!!!adoiiii......nak puji pun beragak la skit....

Binodino Publish time 30-8-2023 04:59 PM

opie5662: Kalau tgk tiktok... Mcm kesian ...

Exactly. Bukan setakat yang tua, yang muda pun content entah apa2 je. Pastu background music semua sepesen. Tak paham aku macam mana orang boleh minat dengan tiktok :shakehead3:

AkokKocik Publish time 30-8-2023 06:28 PM

Mcm tu rupa baju pengantin?? Aku tengok warna baju tu warna peach bukan warna pink, adakah krana faktor pencahayaan??

akuchenta Publish time 30-8-2023 09:46 PM

Byk tak original idea/konten tiktoker..
Klu yg 1 geng tu sama je konten dorg..

gam_gajah Publish time 30-8-2023 10:08 PM

Kampong.com nya pesen pakaian. Dah tahun 2023 ada lagi pakai gini

miss_perfect Publish time 31-8-2023 12:24 AM

Apa content Auntie ni yang betul-betul popular sampai jadi calon? Nampaknya hanya penggemar tiktok je yang kenal dia sebab populariti dia tak sampai keluar atau dikongsikan kat platform lain.

kierakirana Publish time 31-8-2023 12:30 AM

_kelly replied at 30-8-2023 03:22 PM
dress up masing2 berangan sangat

Ada gak yg pikir sama cam aku ;P

_kelly Publish time 31-8-2023 12:34 AM

kierakirana replied at 31-8-2023 12:30 AM
Ada gak yg pikir sama cam aku

semalam ada page yang duk up pasal anygerah tiktok ni haram seko aku tak kenal kecuali kairul aming tu..dress up seko2 memang berangan met gala sangat, baik melayu, baik bukan melayu..pepondan pon ramai takde pulak nerakazen bising
Pages: [1] 2 3
View full version: Dress Buruk, Ramai Terkejut Auntie Purple Pakai Busana Pengantin Merah Jambu Ke TikTok Awards


ADVERTISEMENT