tari Publish time 29-8-2023 09:56 AM

Spesis 'rare' puma albino

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/25hmpuma1_1692938749.jpg
PUMA albino berusia sebulan. FOTO Reuters
Managua: Seekor puma di Zoo Thomas Belt di Juigalpa, Amerika Tengah, mencuri tumpuan apabila dilahirkan dalam keadaan albino.
Doktor haiwan zoo terbabit, Carlos Molina berkata, puma kecil berwarna putih dengan hidungnya bermerah jambu, muncul sebagai puma albino pertama Amerika Tengah dan keempat di dunia.
Katanya, walaupun anak itu sihat dan makan dengan baik, masih terlalu awal untuk menentukan status kesihatan anak puma berusia sebulan itu.
"Puma albino memerlukan banyak penjagaan dan terdedah kepada cahaya matahari.
"Setakat ini, belum ada sentuhan fizikal dan jantinanya masih belum dikenal pasti, " katanya.


Puma itu bersama dua adik-beradiknya berwarna kuning air dan berbintik-bintik disimpan dalam sangkar tertutup supaya ibunya tidak mengalami tekanan atau mengelirukan bau manusia dengan bau bayi yang baharu lahir hingga boleh menyebabkan dia menyerang mereka.
Pasangan haiwan itu pula disimpan dalam kandang berasingan kerana puma jantan diketahui membunuh anak mereka.
Apabila haiwan itu mencapai usia tiga bulan, pihak zoo merancang untuk mempamerkannya kepada orang ramai.

Thomas Belt menjadi tuan rumah kepada kira-kira 50,000 hingga 60,000 pengunjung setiap tahun, menurut pengurusan zoo.
Puma ditemui di seluruh benua Amerika dari kawasan tinggi Andes di selatan Peru hingga ke hutan Amerika Tengah.
Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa berkata, puma mempunyai julat geografi terbesar dari mana-mana mamalia darat di hemisfera Barat, walaupun semuanya dihapuskan dari separuh timur Amerika Utara selepas penjajahan Eropah.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/25hmpuma_1692938753.jpg PUMA albino bersama ibunya. FOTO Reuterssumber

Supersirap Publish time 29-8-2023 12:30 PM

Sangat comel haiwan ini

Yoonggi Publish time 6-4-2024 11:01 AM

comelnya! mcm kitten besar pun ye
Pages: [1]
View full version: Spesis 'rare' puma albino


ADVERTISEMENT