Raline Publish time 28-8-2023 11:56 AM

Kemenangan istimewa Verstappen

Kemenangan istimewa Verstappen


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AUTO-PRIX-F1-NED-PODIUM_1693190517.jpg
VERSTAPPEN meraikan kemenangan podium untuk kali ke-11 berturut-turut. -FOTO AFP


Zandvoort: Max Verstappen menikmati kemenangan "istimewa" di tempat sendiri dalam saingan Grand Prix Belanda yang huru-hara akibat dilanda banjir dan bendera merah untuk menyamai rekod Sebastian Vettel yang mencatat sembilan kemenangan berturut-turut.

Fernando Alonso yang mewakili Aston Martin menduduki tempat kedua dengan Pierre Gasly dari Alpine melengkapkan podium di Zandvoort.

"Tugas yang hebat, cuaca tidak memudahkan kami," kata juara dunia berganda Red Bull itu.

Kemenangan ke-11 daripada 13 perlumbaan yang diadakan musim ini melebarkan kelebihannya kedudukannya kepada 138 mata dalam pemburuan kejuaraan mengatasi rakan sepasukan, Sergio Perez yang menduduki tempat keempat.

"Saya amat berbangga, saya teruja apabila lagu kebangsaan dimainkan pada permulaan.

"Walaupun dalam keadaan cuaca buruk dan hujan, peminat tetap mengharunginya, jadi satu suasana yang luar biasa," kata Verstappen dengan kegembiraan.

"Dia melakukannya, menyamai sembilan kemenangan Sebastian, maksud saya adalah prestasi yang hebat hari ini," kata bos Red Bull, Christian Horner.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/08/1004032/kemenangan-istimewa-verstappen

Pages: [1]
View full version: Kemenangan istimewa Verstappen


ADVERTISEMENT