mattzzx Publish time 28-8-2023 10:40 AM

Verstappen juara di Belanda, samai rekod Vettel

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1-NETHERLANDS__1693152007.jpg
VERSTAPPEN juara buat kali kesembilan berturut-turut. FOTO Reuters

Zandvoort: Max Verstappen dari Red Bull meraikan kemenangan Formula Satu (F1) kesembilan berturut-turut selepas memenangi Grand Prix (GP) Belanda yang huru-hara dan untuk tahun ketiga.

Kemenangan di tempat sendiri dari petak utama di Zandvoort menyamai kejayaan Sebastian Vettel yang sudah bersara pada 2013.

Ia adalah kemenangan ke-14 berturut-turut Red Bull dan ke-13 musim ini.

Perlumbaan yang bermula dengan permukaan litar kering sebelum hujan tiba-tiba menyebabkan huru-hara pada penghujung pusingan pertama, dengan satu lagi tempoh kering diikuti dengan hujan lebat yang membawa bendera merah pada pusingan ke-65 daripada 72 pusingan dengan kereta terbabas.

Fernando Alonso menamatkan saingan di tempat kedua untuk Aston Martin selepas perlumbaan dimulakan semula dengan Pierre Gasly di tempat ketiga untuk Alpine, tatkala Sergio Perez, rakan sepasukan Verstappen dan saingan kejuaraan terdekat, dihukum penalti lima saat dan jatuh ke tempat keempat.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/08/1003962/verstappen-juara-di-belanda-samai-rekod-vettel
Pages: [1]
View full version: Verstappen juara di Belanda, samai rekod Vettel


ADVERTISEMENT