Jaza2008 Publish time 30-12-2010 12:21 PM

[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN

Post Last Edit by Jaza2008 at 30-12-2010 15:22




http://202.190.177.6/attachment/201012/30/1121810_1293685467Ah7B.jpg

******************{:1_152:} {:1_152:} {:1_152:} {:1_152:} {:1_152:} {:1_152:} {:1_152:} {:1_152:} ********************
Assalamualaikum semua para pembaca, penulis dan pengunjung BOD Bakat & Ruangan Penulis semua.
Sempena menyambut tahun baru 2011...(sepatutnya dibuka pada awal tahun baru tapi memandangkan aku tengah bercuti masa tu so aku buka terus la hari ni)

Disini diumumkan di benang ini, kami memberi peluang kepada semua warga WR yang aktif dan tidak aktif menzahirkan bakat dan idea masing-masing disini dalam bentuk tulisan kreatif.

Contohnya:-
-Buat karangan tentang kehidupan anda seharian, pengalaman anda yang pahit, manis, lucu, sedih , dan yang tak dapat dilupakan....
-Kongsi pengalaman anda dalam perlbagai bentuk - pengalaman belajar memasak...pengalaman pertama kali dapat baby..pengalaman pertama kali bercinta or bermacam-macam lagi pengalaman yang korang rela dan ikhlas nak dikongsi bersama.
-Peristiwa bersejarah, sejarah korang yang tak dapat dilupakan... sejarah percutian yang patut dikongsi-kongsi...
-Apa-apa saja karangan yang boleh menyerlahkan bakat korang dalam bentuk tulisan dan SEMESTINYA tulisan itu melebihi 150 patah perkataan dan nampak sebagai karangan atau tulisan yang berbakat.
-Menulis surat cinta kepada seseorang yang korang sayang dan minat sangat-sangat (kreativiti sendiri / khayalan / fantasi)
-Menulis surat rasmi versi kelakar/lucu dan yang tak patut korang hantar pun.(surat mintak kerja or surat behenti kerja)
- Pengalaman memasak BURGER Istimewa dan pengalaman memakang BURGER yang boleh menjeleskan peminat BURGER yang tegar....:lol: :lol: (makang burger pun ada kreativiti ke)
-TETAPI segala tulisan yang berbau lucah atau adudomba atau kutukan atau umpatan dan kejian sesama sendiri dilarang sama sekali...aka tulisan bentuk negatif tidak DIBENARKAN ya.

Tujuan:-
-Tujuan benang ini dibuka untuk memeriahkan lagi BOD WR ini disamping nak bongkarkan bakat korang yang selama ini hanya pandai mengomen dan meminta n3..n3..n3 je....next..next..next je:lol: .
Apakata korang semua lak yang cuba nasib kat sini dan sebagai permulaannya memerah idea untuk berkongsi luahan rasa, isihati dan ceritera kisah korang yang nak dikongsi bersama...
- Tujuan UTAMA sebenarnya nak bagi korang rasa tacang-tacang yang murah kat sini.... yang bakal ditabur oleh MOD-MOD WR yang selama ini agak terhad nak ditabur sesuka hati.
-Dengan kata lain kiranya disini LUBUK KEDIT tuk korang yang gigih mengumpul kredit la. Sebab umah-umah lain senang nak dapat kredit tapi kat sini susah skit sebab bergantung kepada kreativiti dan kebernasan ayat-ayat komen korang tu.
-Kalau ada apa-apa buah fikiran dan idea yang kreatif lagi sila kongsi-kongsi bersama la... kita akan update dari masa ke semasa...
-Satu lagi sila gunakan ejaan yang betul dan penuh... shortform...trengkas dan tulisan ala-ala SMS tak dibenarkan ya..nanti kedit kena potong:lol: (tak serius pun nak potong kedit sbb takut orang tak faham nak baca).... kalau korang nak mix/campur bahasa jawa,bahasa kelate, bahasa bugis,bahasa Ganu dan Utara or English sekalipun tetap diterima asalkan para pembaca faham isi ceritanya... tapi kalau MOD tak faham dia bagi kedit ciput jela...:lol: (jangan marah tau...hahahaha)
-Benang ni hanya tuk suka-suka je.. sambil-sambil korang kutip tacang dan memenuhkan balang korang....

-

Sasaran:-
Ruangan in terbuka kepada semua tak kira penduduk tetap WR, penduduk asing (luar Bod WR), penduduk sementara WR atau pengunjung yang kejap ada kejap tak de... asalkan korang tidak bersembang bagai cam umah sembang tu..
Hanya garapan idea dalam bentuk tulisan dan karangan saja dibenarkan...untuk mendapatkan tacang sedap..:drool3:

Harap dapat sambutan dan sokongan dari semua para forummer yang ada di dunia CARI ini. Terutamanya di BOD WR ni. Yang tengah duk SR-silent readers pun dialu-alukan gak agar korang beramah mesra dengan kawan-kawan yang aktif ni.

-Imbuhan/Hadiah:-
-Imbuhan kredit akan dibahagiakan mengikut tahap kreativiti tulisan itu sendiri...
-Kami tak ada sukatan berapa banyak tacang yang patut diberikan...itu semua bergantung kepada MOD-MOD yang bertugas banyak ke sikit ke tak kira... semuanya seikhlas hati kami nak beri berapa...:lol: (bergantung kepada level balang tacang kami yang ada ni...) so jangan komplin kalu dpt sikit je...+1 hehehe..org dpt banyak +50...
itu semua bergantung kepada kami yang nak diberi.
(Tacang memang terhad tapi nak ambik ati gak kami kena bagi la..);P ;P - statement ni akan diedit kalau ada bantahan kuat / cadangan dari MOD-MOD lain...

Sekian la... bermulanya disini... pencarian bakat-bakat terpendam...



http://202.190.177.6/attachment/201012/30/1121810_1293685446xWRl.jpg

Jaza2008 Publish time 30-12-2010 12:27 PM

reserve

Jaza2008 Publish time 30-12-2010 12:27 PM

reserve

Jaza2008 Publish time 30-12-2010 12:28 PM

reserve

uda08_za Publish time 30-12-2010 12:38 PM

Jaza

Kalau mcm tu kami2 yg suka next next tu
kena berguru dgn sifu2 kat WR dulu le ya utk menajamkan jari jemari
kami supaya jadi lebih kreatif dan inovatif serta seangkatan dgnnya.;P

kaypo Publish time 30-12-2010 01:14 PM

Jaza

Kalau mcm tu kami2 yg suka next next tu
kena berguru dgn sifu2 kat WR dulu le ya utk menaja ...
uda08_za Post at 30-12-2010 12:38 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

uda...jari jemari hanya tahu taip huruf NEXT NEXT tanpa lihat keyboard...;P

Jaza...brilliant & fantastic idea...sapa nak go 1st....

bintang Publish time 30-12-2010 01:27 PM

Waduh waduuuhhh..... :laugh3:

next.. :P

Jaza2008 Publish time 30-12-2010 01:29 PM

Reply 5# uda08_za


    tak perlu berguru la uda... sbb leh tulis apa saja yg terlintas di fikiran (psl idea or cerita) yg tak perlu nak difikirkan dan diperah ideanya.... citer spontan dan sejarah/pengalaman korang yg nak dikongsi bersama...biarlah ada kreativiti kat situ...
nak tahu gak yg suka type next..next..next.. tu pandai menulis ke tak..;P ;P
semua org pandai menulis... cuma nak garap dan susunannya kreatif ke tak...

contohnya:-

-Pengalaman pertama kali naik bas kat bandar JB.....(ni citer dogeng je tau..):lol:

Hari ni pertama kali aku start keja kat bandar besar ni- JB. Pertama kali sampai ke bandar ni aku dah jadi cam rusa masuk kampung lak. Sebab bandar ni terlalubesar berbanding bandar kat negeri kelahiran aku... banyak pula jalan raya yang lebar-lebar dengan kenderaan bertali arus bagai.Kecut pulak hati perut jantung paru-paru aku bila mengenangkan aku terpaksa ulang alik gi kerja dengan bas tambang ulang-alik.Kalau satu bas tu tak pe la... ni tak kena tukar-tukar bas lak..baru sampai ofis.

Aku ni jenis yang susah nak bertegur sapa dengan orang...maka jadilah aku macam orang sembrono...sombong dan bodoh...kunun-kununya berlagak tahu la tu... walhal tak tahu apa-apa pun.:lol:

Alkisah lak pulak... hari pertama daftar keja aku terbangun lewat sebab malam tadi tak dapat tidur duk memikirkan nasib pagi ni nak pergi keja cam mana.Dah le lewat terlupa pulak nak bertanya teman serumah bas no berapa yang perlu aku naiki tu dan kat mana pulak nak kena turun dan bertukar bas no 2 lak.Aduhai... sadis pilu betul la,.. alahai anak mak ni dah nak sesat jalan tapi tetap sombong bongok tak nak bertanya lak...:lol:
Apa la nasib aku ni... last-last aku berjaya juga kluarkan suara emas aku tu bertanyakan orang yang kat bus stop tu tentang bas mana yang perlu aku tahan dan kat mana yang perlu aku turun nanti.

Selamat satu kes... kes kedua lak ...nak naik bas kedua tunggu punya tunggu lama sangat bas tu tak kunjung tiba.... rupa-rupanya bas kedua tu 1 jam sekali baru muncul...alahai malang betul nasib anak mak ni....
tu la amalkan lagi sikap sembrono tu yang tak berfaedah tu...

Sesampai ke pejabat baru tu... pintu masih berkunci pulak... tunggu punya tunggu bos baru pun sampai...
rupa-rupanya pejabat bukak jam 9:30 pagi... yang aku ni "terexcited" sangat sampaikan terlupa nak check surat tawaran bekerja tu mula kul berapa.Awal pagi lepas subuh aku dah terpacak kat bus stop....hah padan muka ambik kau.... berjam-jam berdiri jadi pak jaga depan pintu ofis tu.............

sekian la dulu... sebab itu hanya contoh je....hahahahahaha:lol: :lol: tuk panduan korang semua....
takkan tu pun tak leh buat... buktikan...buktikan...bakat korang semua...
ayohhhhhhhh!!!!...

attokz Publish time 30-12-2010 02:55 PM

Cik Pn. Momod,
Nak tegur sedikit ni --> -Satu lagi sila gunakan ejaan yang betul dan penuh... shortform...trengkas dan tulisan ala-ala SMS tak dibenarkan ya..nanti kedit kena potong.... kalau korang nak mix/campur bahasa jawa,bahasa kelate, bahasa bugis,bahasa Ganu dan Utara or English sekalipun tetap diterima asalkan para pembaca faham isi ceritanya... tapi kalau MOD tak faham dia bagi kedit ciput jela... (jangan marah tau...hahahaha).

Hehehehe~
Kepimpinan melalui tauladan.
:P

* Ehem!
Dengan kata lain, kaedah penulisan mestilah menepati Bahasa Melayu Tinggi (BMT) / Bahasa Melayu Standard disamping menepati prinsip editorial (12pt, kata dari bahasa luar di ITALIC, bahasa pasar/tidak standard di BOLD).

Macam itu ke Cik Pn.Momod?

Jaza2008 Publish time 30-12-2010 03:09 PM

Post Last Edit by Jaza2008 at 30-12-2010 15:11

Reply 9# attokz


    kalau nak diikutkan cara betul-betul penulisan BM memang kena ikut garis panduan yang betul la...
maksudnya... tak nak buat citer yang cam ni.." satu hr, aku gi mandi sg. kat kg. talam... skali trjmpa ular bsar dpn
pdg skolah...so aku lari ltng pkng xcukup tnh..." hr=hari, sg.=sungai...bsar=besar...

disebabkan ruangan ini hanya tuk tulisan kreatif demi nak kutip kredit dan memeriahkan lagi bod maka terpulang lah kat masing-masing nak campurkan bahasa-bahasa korang...sebab dalam perbualan pun korang ada mix bahasa gak..
kiranya bahasa pasar la... cuma yg tak dibenarkan tu ejaan ayat2 yang berkenaan dengan jalan cerita sebab tak semua orang kat sini faham apa perkataan yang dieja teringkas tu.....

ni bukan pertandingan menulis ya... ni hanya ruangan kreativiti tuk korek idea dan bakat korang ke....

errrkk... faham ke? kalau ada sesiapa yang tak setuju nak guna bahasa campur tu... boleh di olah balik...
sebab ini hanya peluang tuk para pembaca yang selalu komen-komen tu je... bukan niat nak memburukkan bahasa kebangsaan kita... harap faham la... just nak suka-suka je... tak guna bahasa standard pun tak apa... ni hanya permulaan tuk mereka yang nak cuba-cuba asah bakat je....

-->kalau ada editor penerbitan yang tak setuju silala buat bantahan ya... akan di olah balik dan disunting balik segala idea tu.

Jaza2008 Publish time 30-12-2010 03:18 PM

Cik Pn. Momod,
Nak tegur sedikit ni --> -Satu lagi sila gunakan ejaan yang betul dan penuh... short ...

* Ehem!
Dengan kata lain, kaedah penulisan mestilah menepati Bahasa Melayu Tinggi (BMT) / Bahasa Melayu Standard disamping menepati prinsip editorial (12pt, kata dari bahasa luar di ITALIC, bahasa pasar/tidak standard di BOLD).

Macam itu ke Cik Pn.Momod?
attokz Post at 30-12-2010 14:55 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


rasanya tak perlulah macam tu sekali... sebab ni bukan pertandingan menulis...hanya nak asah bakat-bakat yang ada kat sini je...
yang bukan penulis pro... manatau ada yang belajar nak menulis dan cuba-cuba menulis cerita boleh di asah dulu kat sini dengan buat karangan dan luahan pelbagai.... tujuannya nak menarik ramai pembaca menambah kredit kat sini...
-kreativiti dan idea tersendiri tu yang lahir dari luahan spontan atau sejarah lama kalian je... tak semua orang pandai mengolah bahasa standard dan bahasa melayu tinggi seperti penulis.... kita bermula dari bawah...naik sikit ke atas...lama-lama kita jadi pandai mengolah dan menyusun bahasa dengan baik dan tertib.... jangan salah faham la... sbb kekadang jaza sendiri pun menulis/mengomen dgn ejaan ringkas... jadinya kat sini kita boleh saling membantu sesama kita apa yang patut dieja or taip , apa yang tak patut ditaipkan agar ia menjadi susunan ayat yang bagus dan bernas...


--> dah jadi isu perbincangan la pulak.. contoh karangan dah ada kat atas... tak perlu protokol sgt sbb ni ruangan suka-suka je..

attokz Publish time 30-12-2010 03:19 PM

Replyattokz


    kalau nak diikutkan cara betul-betul penulisan BM memang kena ikut garis pan ...
Jaza2008 Post at 30-12-2010 15:09 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
Selaku editor bebas, saya tak setuju!hehehehe~
Tapi, kuasa pemutus tetap ada di tangan Cik Pn. Momod.
:P


* Alahai...namanya pun kreatif. Bagilah kelonggaran sikit (yang ini suara inner character AttOkz Dikulgai)

wwannurr Publish time 30-12-2010 03:20 PM

salammmm jaz

aku sokongggggg {:1_141:}{:1_141:}

attokz Publish time 30-12-2010 03:24 PM

Saya mulakan la ye Cik Pn. Momod.
================================================================

Seorang Anjing Seekor Manusia

Pagi itu, dingin dan sepinya suasana terbentur oleh salakan anjing. Salakan yang melangking tinggi di hujung jalan di pinggir kota. Kaki-kaki manusia yang sibuk berlari mengejar masa sedikit pun tidak pernah peduli untuk berhenti; bagi mengarahkan mata kepala melihat punca salakan yang bertalu-talu.

Lain benar bunyi salakan si anjing pagi itu.
Anomali.
Kuat dan nyaring. Seperti ada sesuatu.

Kepedulian dan perhatian akhirnya menjadi milik petugas majlis perbandaran; yang mengutip rezeki dengan membersihkan sampah yang dibuang khalayak kota. Dia melihat anjing yang menyalak kuat tadi menarik-narik satu bungkusan yang hampir tergajai dan terburai.
Tapi, matanya hampir tergajai juga bila melihat isi bungkusan itu.

Bayi lelaki!

Ahh! Dunia ini hampir hilang nilainya, kerana seekor manusia telah mencampakkan kemanusiaanya dengan membuang zuriat sendiri. Tapi, telah diselamatkan oleh seorang anjing yang tahu membezakan makanan.

Jaza2008 Publish time 30-12-2010 03:31 PM

Selaku editor bebas, saya tak setuju!hehehehe~
Tapi, kuasa pemutus tetap ada di tangan Cik Pn. Mo ...
attokz Post at 30-12-2010 15:19 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    kalau tak setuju tak pe... sila lah buat cara bahasa standard je biar semua orang yang baca tu faham apa yang nak disampaikan dan yang dan diceritakan... MOD kat sini boleh terima kritikan dan olahan balik...
Seperti yang ditulis awal-awal tadi..ini bukan pertandingan dan tiada juri serta hakim yang nak menghakiminya..
Dah namanya idea kreatif/tulisan kreatif... terpulang kat diri masing-masing macamana nak garapnya...
dan ramai yang akan membantu memperbetulkan kesalahan pengunaan tatabahasa, susunan ayat, dan cara penyampaiannya...
editor bebas ada...editor pro pun ada.(harapnya lah)...

apakata mulakan dengan Tuan Attokz dulu menunjukkan bakat yang terpendam tu kat sini...
dengar kata ada kisah kanak-kanak yang best untuk dikongsi bersama....:lol: :lol: apakata tokz? yang pertama tu boleh jadi inspirasi kepada yang kedua dan seterusnya.... so...jom la ramai-ramai mengasah bakat kat sini... jangan malu-malu,jangan segan-segan... tiada pemotongan kredit pun...dapat tacang lagi adalah....

siapa berani sahut cabaran ni jadi yang pertama post karangan atau luahan anda akan dapat tacang besar....:lol:
(wah nak kena panggil orang dengan mikrofon ni...)

attokz Publish time 30-12-2010 03:43 PM

kalau tak setuju tak pe... sila lah buat cara bahasa standard je biar semua orang yang bac ...
Jaza2008 Post at 30-12-2010 15:31 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif
tu dah ada post tu..hahahaha~
Ceh! mana tau ada peristiwa zaman kanak-kanak yang menarik ni?
:P

Jaza2008 Publish time 30-12-2010 04:00 PM

salammmm jaz

aku sokongggggg
wwannurr Post at 30-12-2010 15:20 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    jom kongsi bakat dan idea kreatif wan tu... nak tacang tak?:)

bb_75 Publish time 31-12-2010 12:03 AM

tak pandailah nak mengarang ayat untuk dijadikan cerita...

tudung_bawal Publish time 31-12-2010 02:24 AM

Post Last Edit by tudung_bawal at 31-12-2010 02:29

Atok, adik tak faham.....{:1_137:}

Sesekali bila berkeseorangan, aku pasti akan teringat kejadian lucu yang berlaku beberapa tahun lepas di antara ibuku dan anak saudaraku yang kami bahasakan sebagai adik. Adik, sangat comel dannakal merangkap cucu kesayangan ibuku.

Adik jugasangat aktif dan suka memporak-perandakan keadaan rumahku setiap kali bertandang. Pada suatu hari, entah di mana silapnya adik telah mengoyakkan novel kesayangan ibuku (ibuku memang seorang kaki novel). Melihatkan muka atoknya sudah merah menahan marah, adik terus terpaku dan tidak bergerak buat seketika. Ibuku terus melantunkan suara memarahi adik tanpa sempat adik mempertahankan dirinya:'( . Setelah beberapa minit, memuntahkan laharnya..ibuku akhirnya terduduk di atassofa di ruang tamu rumah kami dan aku mengambil alih tugas untuk mencantumkan kembali helaian novel yang dikoyak oleh adiksebentar tadi:mad: .

Adik yang tadinya diam terkaku terus berjalan ke arah ibuku, kami semua beranggapan adik akan meminta maaf dari ibuku tetapi sebaliknya dengan muka selamba dan tanpa rasa bersalahdia telah meluahkan kata-kata yang membuatkan kami semua tergelak besar buatseketika.

Nak tahu apa yang di ucapkan oleh adik? Begini lebih kurang bunyinya ‘ Atok, tadi atok cakap apa? Adik tak fahamla;P......sebaik sahaja terdengar kata-kata itu, ibuku yang tadinya masih bermuram durja terus tergelak dan tersenyum:loveliness: . Rupa-rupanya kami semua terlupa bahawa adik hanyalah seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 3 tahun dan masih belum dapat menangkap semua perkataan yang dituturkan oleh ibuku. Memang sudahmenjadi cara ibuku, bila terlalu marah..dia akan mula menggunakan bahasa Inggeris untuk menzahirkan kemarahannya:sweat3: . Lagi membuatkan adik bertambah tidak faham.

Kini, adik sudah mula bersekolah dan masih kekal sebagai cucu kesayangan ibuku walaupun jumlah novel dan buku kesayangan ibu makin banyak dikoyakkan selepas kejadian itu. Bila diadukan pada ibuku, jawabnya hanya satu....buku boleh beli baru, tapi adik hanya seorang aje...aduhai cucu atok...:$


p/s: sori kalau cite ni boring sket. TB tak reti sgt buat karangan...;P

jingga007 Publish time 31-12-2010 02:31 AM

Motif utama entry ini bukan sekadar hendak menabur tacang ye kawan-kawan forummer sekalian . Tetapi juga untuk korang semua yang tak mempunyai idea yg banyak untuk menggarap novel yang panjang berjela tapi mungkin byk idea utk menggarap cerita pendek untukdi letak kan di sini.

Mek Jing harap ramai yang menyertai dgn garapan cerita pendek yang menarik / kreatif dan semua jom la mencuba. Tak salah untuk mencuba :P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN


ADVERTISEMENT