tatod Publish time 27-8-2023 10:34 AM

Rider Gigih Hantar Pesanan Abang Askar Dalam Hutan

Petaling Jaya: Kesungguhan seorang penghantar makanan (rider) memenuhi permintaan pelanggan dipuji apabila sanggup meredah kegelapan malam untuk menghantar pesanan.


Menariknya, bukan sahaja terpaksa menghantar makanan pada waktu malam, malah lokasinya juga agak terpencil berdekatan kawasan hutan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/27/103332l57ks7d67uucz7d0.pngTangkap layar klip video yang memaparkan seorang rider Grab sedang menghantar pesanan kepada sekumpulan askar di sebuah kawasan hutan.




Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, kisah tersebut dikongsi oleh seorang rider yang menghantar makanan kepada sekumpulan askar yang sedang melakukan latihan di sebuah kawasan hutan.


Bagaimanapun, menerusi klip video berdurasi 12 saat itu, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian tersebut


Berdasarkan klip video itu, kelihatan seorang rider Grab telah menghantar pesanan di sebuah kawasan semak dalam kegelapan malam.


Kemudian, muncul dua orang lelaki berpakaian separuh celoreng untuk mendapatkan pesanan tersebut.


Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memuji tindakan rider tersebut yang sanggup meredah kegelapan malam sehinggga ke kawasan hutan semata-mata memenuhi permintaan pelanggan.


“Senang abang askar sekarang.. order je walaupun duduk hutan,” tulis Nathirah Muhaini.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Siti Fatimah.


“Nasib baiklah alamat ada walaupun dalam hutan, kalau tak mau demam adik Grab. Apa-apa pun servis adik Grab terbaik, jiwa kental walaupun seram,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online

otai_g Publish time 27-8-2023 04:29 PM

X berbaloi jd rider. Sbb di bayar ikut trip bkn ikut jarak.

mawardia Publish time 27-8-2023 05:47 PM

Adik rider barangkali ingat hantu prank he ols. Pastu dah sesiap rekod nak buat konten. Angin lalu ke. Kain putih ke.

Tunggu debor debor.

Pastu sekumpulan baju loreng keluar, debor lagi ingat komunis zaman dulu yg tak mati-mati lagi.

Sekali, oh, askar teringin nak makan tomyam kedai siam.

Ok la.
New experience ye dakk.

Still boleh jadi content.

Lolalala Publish time 27-8-2023 11:29 PM

Mesti abg askar dah tulih note siap². Tu boleh standby hp tu

ctaz Publish time 30-8-2023 03:26 PM

ye ker askar...ntah2 pemancing tak pun orng2 bekempen

askar bukan sukahati nak keluar ambik mknan luar...kena pulak tgh ops....
sedang kan dia orng pun ada field ration diaorng sendiri..

isseliparjepun Publish time 30-8-2023 06:41 PM

ctaz replied at 30-8-2023 03:26 PM
ye ker askar...ntah2 pemancing tak pun orng2 bekempen

askar bukan sukahati nak keluar ambik mknan l ...

Kan. I pun rasa bukan senang senang diorang nak keluar dari pos diorang. Ni dibuatnya pegawai deme tahu, memang jadi lauk la jawabnya, unless diorang beli on behalf of pegawai deme.

Lagubestbest Publish time 30-8-2023 08:34 PM

isseliparjepun replied at 30-8-2023 06:41 PM
Kan. I pun rasa bukan senang senang diorang nak keluar dari pos diorang. Ni dibuatnya pegawai deme ...

maybe latihan dah tamat.
Pages: [1]
View full version: Rider Gigih Hantar Pesanan Abang Askar Dalam Hutan


ADVERTISEMENT