tatod Publish time 26-8-2023 09:29 PM

Lucinta Luna Alami Sakit Mental Dikecam Teruk 'Haters'

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Lucinta Luna, 34, mengumumkan keputusan dramatiknya untuk menutup akaun media sosial dan mendedahkan keadaan kesihatan mentalnya yang terganggu akibat kecaman netizen.


Menerusi perkongsian video di akaun Instagram miliknya semalam, Lucinta yang juga tunangan Arten Boltian atau Alan, memuat naik video simbolik dirinya memotong rambut bahagian belakang hampir botak sebagai bentuk ekspresi menzahirkan kekecewaannya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/26/212905v6765rv5ol6lqgnv.png



Menerusi tulisan huruf besar, Lucinta menitipkan pesanan keras kepada semua 'haters' (pembenci) di luar sana


"Jika tekanan darah naik hingga 150/90, segera bersihkan pembuluh (darah).


"Semoga kalian (netizen) puas. Hanya doa terbaik dariku buat kalian semua yang mengecam saya di seluruh Indonesia," tulisnya


Selebriti 'transgender' sensasi itu menegaskan, dia sudah penat dengan perlakuan buruk yang diterimanya dan menyentuh soal hukum karma.


Katanya, dia mengamuk kerana dirinya dibuli netizen sehingga membabitkan penghinaan kepada mendiang kedua orang tuanya.


"Saya sudah bosan dan penat hidup seperti kotoran yang dipijak-pijak," katanya yang turut memberitahu dirinya sudah didiagnosis menghidap gangguan kesihatan mental.


"Semoga aib anda yang lebih teruk tidak terbuka seperti diriku ini. Ingat doa berputar. Saya percaya pada karma. Tepuk tanganlah kalian wahai orang-orang suci yang menghinaku,"tulisnya lagi dengan hashtag #penyakitmental.




Sumber: Harian Metro

Kentot_Wangi Publish time 27-8-2023 01:58 AM

Lu pun kaki pusing... Nak doakan x baik kat org. Siapa yg buka aib sendiri klu x lu sendiri mas. Aduh mas ini.. Goblok..

fealefea Publish time 27-8-2023 05:25 PM

Aku syak jantan omputih tu kene bayo utk layankan die. Ewww. Takan la bodo sgt omputih dari negara bertamadon. Dah la siap.

Sazreena Publish time 27-8-2023 05:56 PM

Ko kalau mati pun aku tak rasa akan ditangisi...jantan sejak azali tapi dan dan fefeeling pompuan. Jijik.

ira_sindarella Publish time 27-8-2023 06:01 PM

fealefea replied at 27-8-2023 05:25 PM
Aku syak jantan omputih tu kene bayo utk layankan die. Ewww. Takan la bodo sgt omputih dari negara b ...

Teringat kes bangjad dengan bf lobenon dia dulu.. dah gaduh gaduh.. habis semua terkeluar. Kata jantan tu dia dibayar as bf.

Hahahahaha

tweetytweety Publish time 28-8-2023 01:28 PM

dengar si bang Fatah ni nangis kt video.
bunyi kereta kebal pun kalah.

KikiHadid Publish time 28-8-2023 10:54 PM

Ternyata profisi mbak lucinta ni penyanyi ya selama ini..gue kira heshe sekadar pempengaruh x pun nasi himpit

HappyGumbira Publish time 28-8-2023 11:36 PM

makan ubat hormon tlampau banyak pun boleh mental mas. hormon sedia jantan paksa2 jd hormon ppuan habis tak keruan dalam bdn

Mamason Publish time 29-8-2023 12:02 PM

Semoga sempat bertaubat... kesian dia.Suara pun garau xleh diubah.

iolss Publish time 30-8-2023 01:15 PM

kalau takut dilanda ombak, jgn buat rumah tepi pantai..
klau tkt kena kecam, jgn buat kontroversi bodoh2 yg mngundang hencapan netizen mbak lucinta ;P;P
Pages: [1]
View full version: Lucinta Luna Alami Sakit Mental Dikecam Teruk 'Haters'


ADVERTISEMENT