mattzzx Publish time 26-8-2023 12:45 PM

F1: Charles Leclerc enggan fokus kontrak

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/CHARLES-LECLERC-1.jpg
LECLERC masih memiliki kontrak berbaki 18 bulan bersama Ferrari dan hanya mahu memberikan fokus terhadap pembangunan jentera. - AFP

LONDON – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menafikan bahawa dia telah memeterai perjanjian mega bersama pasukan itu dengan pakej kontrak dua tahun dan pilihan lanjutan sehingga tiga tahun yang mencecah nilai £150 juta (RM878.51 juta).

Meskipun menafikan spekulasi tersebut, namun pemandu kelahiran Monaco tersebut berharap ia akan menjadi realiti kerana sehingga kini tiada sebarang perjumpaan atau perbincangan dibuat dengan pihak pengurusan tertinggi Ferrari.

Leclerc yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan berpangkalan di Maranello, Itali itu hingga akhir musim 2024 berkata, dia berpuas hati dengan perancangan pasukan itu terutama membangunkan jentera lebih kompetitif.

“Jika perkara itu benar, saya harap perjanjian ini dapat direalisasikan kerana ia kelihatan seperti tawaran yang bagus.

“Apa yang boleh saya katakan, tiada perjanjian baharu dan tiada sebarang perbincangan dibuat. Tetapi, pada satu ketika, kami pasti akan mengadakan perbincangan itu (kontrak) itu pada akhir tahun ini.

“Bagaimanapun, perbincangan tersebut bukan keutamaan buat masa ini. Kami hanya mahu mencuba dan bekerja sebaik mungkin bagi pembangunan jentera untuk memastikan kami berada pada tahap terbaik semula, iaitu berjuang untuk kemenangan,” katanya.

Leclerc berkata dia tidak tergesa-gesa membincangkan masa depannya bersama Ferrari kerana masih ada tempoh 18 bulan.

“Sejujurnya, saya tidak mempunyai sebarang tarikh akhir dan saya tidak begitu tergesa-gesa. Saya masih mempunyai satu tahun setengah dan masih banyak masa.

“Saya tidak bimbang. Jika saya bimbang, saya mungkin akan memulakan perbincangan lebih awal. Tetapi saya tidak terlalu risau. Semuanya akan baik-baik saja,” tambahnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08/26/f1-charles-leclerc-enggan-fokus-kontrak/
Pages: [1]
View full version: F1: Charles Leclerc enggan fokus kontrak


ADVERTISEMENT