tari Publish time 26-8-2023 10:50 AM

Gelombang haba tamat, Itali bakal berdepan ribut

Edited by tari at 26-8-2023 10:51 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm2508haba_1692953692.jpg

Foto hiasan Reuters
Rom: Gelombang haba melampau dan kemarau yang melanda sebahagian besar Itali pada musim panas ini dijangka memberi laluan kepada hujan, hujan batu dan amaran banjir pada hujung minggu.
Suhu di beberapa bandar di Itali mencatatkan rekod pada musim panas ini, mencetuskan "amaran merah" meluas yang mendatangkan risiko kesihatan walaupun untuk individu muda dan sihat.
Cuaca panas dan kering telah mengakibatkan banyak kebakaran hutan, dan hakisan glasier di negara itu.
Menurut kesatuan pertanian utama Itali Coldiretti, keadaan itu telah menyebabkan petani Itali mengalami kerugian pada tanaman sekurang-kurangnya €6 bilion (US$6.5 bilion).Ia tahun kedua berturut-turut negara itu mengalami siri gelombang haba dan kemarau yang panjang, yang telah diwarnai oleh serangan cuaca ekstrem lain termasuk hujan batu, kilat, puting beliung, banjir kilat dan ribut.


Hujung minggu ini, pakar meteorologi berkata kebanyakan negara itu akan mengalami ribut petir dan hujan batu, kata Xinhua.
Antonio Sano dari laman pemantauan cuaca Il Meteo berkata, "Nampaknya terdapat sangat sedikit cuaca 'normal' pada musim panas ini.... Cuaca berubah dari satu ekstrem ke ekstrem yang lain."
Itali telah menyaksikan tempoh hujan yang singkat tetapi lebat, termasuk beberapa siri ribut di wilayah Emilia-Romagna pada Mei yang menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terkorban.
Sehingga hujung minggu, gelombang haba dijangka akan berterusan tanpa gangguan. Pada Khamis, Kementerian Kesihatan berkata 17 daripada 27 bandar terbesar negara itu - termasuk Rom, Milan, dan Florence - diletakkan di bawah "amaran merah" untuk haba.
Sementara itu, empat lagi diklasifikasikan sebagai "jingga", bermakna suhu membawa risiko kesihatan untuk warga emas dan mereka yang kurang sihat. Jumlah bandar di bawah status "amaran merah" akan meningkat kepada 19 pada Jumaat.

Disiarkan pada: Ogos 25, 2023 @ 4:55pm

Pages: [1]
View full version: Gelombang haba tamat, Itali bakal berdepan ribut


ADVERTISEMENT