Raline Publish time 26-8-2023 08:48 AM

Peacock bass spesies ikonik Timah Tasoh

Peacock bass spesies ikonik Timah Tasoh


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/Johannis-menunjukkan-ikan-peacock-bass-yang-berjaya-dipancing-di-Empangan-Timah-Tasoh..jpg
AHMAD JOHANNIS menunjukkan ikan peacock bass yang berjaya dipancingnya di Empangan Timah Tasoh, Perlis.

PEACOCK bass merupakan spesies ikan asing yang telah dibawa masuk ke negara ini melalui pelbagai cara.

Ikan berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan itu juga dilabelkan sebagai spesies asing berbahaya dan mampu mengancam ekosistem hidupan air di negara ini.

Namun, sifatnya sebagai ikan pemangsa telah menjadikan peacock bass sebagai antara spesies buruan para kaki pancing.

Perkara itu diakui seorang kaki pancing, Ahmad Johannis Jaafar, 46, yang kerap menjadikan ikan tersebut sebagai buruannya.

Dia yang berasal dari Perlis memberitahu, spesies itu dikesan banyak mendiami kawasan sekitar Empangan Timah Tasoh di negeri itu.

Ikan itu dipercayai mula membiak selepas dilepaskan oleh pihak tertentu.

Cerita Ahmad Johannis, kehadiran peacock bass di empangan tersebut mula disedari sekitar tahun 2016.

Pembiakannya yang pantas mungkin dipengaruhi faktor air di empangan itu yang bersih dan sesuai sebagai lokasi membiak.

Kehadiran spesies itu yang banyak di empangan tersebut juga menjadikan peacock bass sebagai ikon Empangan Timah Tasoh. Ini menjadikan lokasi tersebut sebagai ‘port’ bagi kaki pancing dari seluruh negara.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/Johannis-menunjukkan-sebahagian-dari-ikan-peacock-bass-yang-berjaya-didaratkan.-750x563.jpg
KEPUASAN jelas terpancar pada wajah Ahmad Johannis selepas berjaya


mendaratkan peacock bass dalam kuantiti yang banyak.
“Penangan peacock bass ini menyamai spesies pemangsa tempatan lain seperti toman, haruan, sebarau, bulan, siakap dan belida.

“Sifatnya yang rakus menyambar umpan serta mempunyai daya lawan yang kuat, sekali gus menjadikannya antara spesies kerap diburu pemancing.

“Malah, saya sendiri berasa puas apabila umpan dibaham pemangsa ini terutama kala mendengar bunyi mesin berdesing akibat tali ditarik,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai teknik memancing peacock bass, Ahmad Johannis yang mula bergelar pemancing tegar sejak lima tahun lalu berkata, ikan tersebut kerap kali dikesan memburu mangsa dalam kumpulan besar.

Jelasnya, kehadiran ikan pemangsa itu dapat dilihat dengan kehadiran buih yang banyak di tengah-tengah tasik.

Ujar anak jati Perlis itu, dia sering menggunakan teknik ‘casting’ atau mengilat bagi memburu peacock bass.

“Bagi memburu ikan ini, saya akan gunakan umpan tiruan minnow, crank, pensil, popper, soft plastic dan clouser yang dikenali sebagai bulu dalam kalangan pemancing di sebelah Utara.

“Saya akan menggunakan tali bersaiz enam paun dan dipasangkan dengan mata kail bersaiz satu. Biasanya, peacock bass yang kerap saya dapat di empangan ini adalah berat sekitar 500 gram hingga lebih satu kilogram (kg).

“Pun begitu, ikan ini sebenarnya boleh membesar hingga mencapai berat kira-kira 15kg hingga 25kg terutama di habitat asalnya di Sungai Amazon,” kata Ahmad Johannis.

Tambahnya, disebabkan permintaan tinggi terhadap ikan itu, hasil pancingan biasanya dijual terus kepada peraih yang sudah menunggu di pangkalan bot dengan harga sekitar RM4 sekilogram.

Ikan itu boleh mencapai harga mencecah antara RM20 dan RM25 sekilogram setelah dijual di pasar-pasar terutama di Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08/26/peacock-bass-spesies-ikonik-timah-tasoh/

Pages: [1]
View full version: Peacock bass spesies ikonik Timah Tasoh


ADVERTISEMENT