tatod Publish time 25-8-2023 08:23 PM

Pempengaruh Buat Laporan Polis, Dituduh Warga Asing

"Saya ada hak untuk berpolitik bagi menentukan nasib dan masa depan anak cucu kerana lahir di negara ini," kata pempengaruh media sosial, Dd Chronicles yang mengulas dakwaan dia seorang warga asing.


Dd atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra'e, 43, menyifatkan tindakan beberapa pihak mendakwa dia seorang warga asing sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/25/202252prjkjkju59kf4rin.pngPempengaruh media sosial, Dd Chronicles menunjukkan laporan dan kad pengenalan biru miliknya selepas membuat aduan di Balai Polis Sungai Buloh, hari ini. - Foto ihsan pembaca.



"Saya dilahirkan dan dibesarkan di negara tercinta ini selain mendapat pendidikan di sini. Jadi mana datangnya dakwaan yang mengatakan saya orang luar.


"Biarpun ibu bapa saya pemegang kad pengenalan merah, tapi Allah takdirkan saya lahir di sini.


"Dakwaan yang menyatakan saya seorang warga asing adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal waras," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.


Terdahulu, tular dakwaan di media sosial baru-baru ini, bahawa DD adalah warga asing dan terdapat kecurian data apabila orang ramai dapat mengakses maklumat peribadinya.


Dd berkata, tindakannya berkempen ketika Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini, juga tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia adalah satu kebebasan untuk berpolitik di negara ini.


"Malaysia adalah negara demokrasi dan saya merasakan tidak menjadi satu kesalahan untuk saya menyokong atau memilih wadah politik tertentu.


"Saya berhak menyuarakan pandangan dan pendapat saya demi masa depan anak cucu saya kelak," katanya.


Dd berkata pada awalnya, dia tidak terkesan dengan dakwaan berkaitan kad pengenalan dan identitinya itu yang tersebar di media sosial.


"Terus terang saya katakan, saya tidak terkesan apa-apa pada mulanya sebab saya tahu segala tohmahan itu tidak benar.


"Namun apabila perkara ini mengganggu emosi isteri dan anak saya, saya sifatkan ia sebagai tindakan melampau dan perlu segera dihentikan," katanya.


Peguam Dd, Asiah Abd Jalil berkata, laporan polis itu dibuat kerana mengancam keselamatan anak guamnya selain berkaitan satu polisi insurans yang tertera nama Dediy disebarkan di media sosial.


"Beliau secara peribadi tidak pernah membuat apa-apa permohonan untuk menyertai skim insurans berkenaan.


"Malah, beliau juga tidak pernah menandatangani apa-apa surat permohonan, surat persetujuan atau sebarang kontrak insurans dengan skim terbabit," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan ia masih dalam siasatan.




Sumber: BH Online

orkid_amani Publish time 25-8-2023 09:45 PM

Beetoiiii la dia ank warga asing sebab parent pemegang pr ic merah.

Perawankota Publish time 25-8-2023 09:48 PM

Kawan2 aku pon ramai mcmni.. Ada sorg tu adik beradik yg 1st je IC merah sebab lahir tmpt asal parents.. anak ke dua smpi last semua dpt IC biru..

Farnor Publish time 25-8-2023 11:49 PM

klu mak bapa pemegang ic merah..anak pula ic biru..dorang ni ada darah semangat patriotik malaysia ke?atauuuu just smgat dr negara asal org tua dorang? tpi ade jer yang smgat patriotik utk malaysia

scidbu Publish time 26-8-2023 12:41 AM

Dia dgn wak Zahid sama kes ke? Tp kenapa org dok julang2 dia? Dia pertahankan Malaysia dr segi apa?

Wek_omeh2 Publish time 26-8-2023 04:20 AM

Dari tengok.DD ni baek aku tengok kambing yang aneh. Ada amsyar,katek,tyson,peah,erickudin..lagi terhibur

mamarilia Publish time 26-8-2023 07:47 AM

dia perasan terpaling 'melayu' tapi tétap indonesian. mengutuk2 PMX .... pendatang

KBW2 Publish time 26-8-2023 09:09 AM

patutlah dari segi rupa fizikalnya agak purba.

opie5662 Publish time 26-8-2023 09:16 AM

Aku percaya je die bukan warganegara. Aku ade budak keje boyan, diorg bukan lahir sini pon... Tp ade ic biru. Dan diorg ni ade 2 warganegara. Diorg taknak lepaskan warganegara indon tu. N selalunya nama yg ic biru pakai tu x sama ngan nama diorg sebenar. Sbb dlu mmg ada cara nk dapatkan benda tu. Pas tu siap beli tanah n membiak kat malaysia ni tau. Mmg ic tgh diorg 10 atau 14....tp diorg x lahir sini pon. So aku x heran la kalau die ckp warganegara.



Atiesha Publish time 26-8-2023 09:23 AM

Wek_omeh2 replied at 26-8-2023 04:20 AM
Dari tengok.DD ni baek aku tengok kambing yang aneh. Ada amsyar,katek,tyson,peah,erickudin..lagi ter ...

ada tyson,eva avery jugak...jgn lupa star kandang c kamaruddin...????????????

Wek_omeh2 Publish time 26-8-2023 06:03 PM

Atiesha replied at 26-8-2023 09:23 AM
ada tyson,eva avery jugak...jgn lupa star kandang c kamaruddin...????????????

Kamaruddin memang tak boleh dilupakan lahh..
Tapi ku paling suka ertugrul yang manjahh dgn erickudin

Wek_omeh2 Publish time 26-8-2023 06:04 PM

opie5662 replied at 26-8-2023 09:16 AM
Aku percaya je die bukan warganegara. Aku ade budak keje boyan, diorg bukan lahir sini pon... Tp ade ...

Dalam sb dia memang keturunan yindon pon kan

opie5662 Publish time 26-8-2023 07:22 PM

Wek_omeh2 replied at 26-8-2023 06:04 PM
Dalam sb dia memang keturunan yindon pon kan

Diorg dpt surat beranak org lain. Dr surat beranak tu la diorg buat ic. SB tu mmg ade la yg tukang bekalkan.

Mulotkoyak Publish time 26-8-2023 08:22 PM

Sebelum ni kan suka troll org.. Skg kne balik kat muka... Buat smp report polis ye.... Tu kne beringat bile buat kontent. Nnt berbalik kat diri sendiri. Abis kne korek.

Mamason Publish time 29-8-2023 12:07 PM

Owhh al kisahnya..... org 'sana' jua rupanya

capwayang Publish time 29-8-2023 01:11 PM

..senang sangat dapat ic biru. Patutnya anak-anak ic merah ni depa kena kekal ic merah ataupun buatkan phase baru ic warna ungu :lol: pending peralihan pr ke warganegara dan berstatus non bumiputera. Depa kena kawin dengan warga tempatan dan lepas anak tu cecah umur mengundi 18 tahun baru boleh pegang ic biru.
Non bumiputera sebab SANGAT TIDAK ADIL pada nonbumi ic biru tempatan yang pernah menjadi Home Guard - Kawalan keselamatan kawasan tempatan daripada komunis 1959, yang jadi polis, polis hutan menentang komunis era 70an dulu..
Pages: [1]
View full version: Pempengaruh Buat Laporan Polis, Dituduh Warga Asing


ADVERTISEMENT