siape_aku Publish time 29-12-2010 01:04 PM

bau perfume....adakah ia menggugat iman anda wahai kaum Adam?

hi all,

i dah search topic perfume and ade 9 pages...so malas nak belek satu2..... just curios...

1.ADAKAH BAU PERFUME WANITA BOLEH MENJADI TARIKAN UNTUK ANDA MENDEKATINYA?

2. ADAKAH BAU PERFUME WANITA MERANGSANG ANDA?

sebab i baru tukar perfume...and i notice since day 1 pakai perfume ni...staf lelaki ofis suke dtg dekat.... tak mungkin motif nak menggatal sbb kitorg mmg jenis kamceng..gurau pon main tendang2 je....(dlm hati tak tau la kan...;P hahaha)

punye la dekat diorg dtg tu...mmg tahap dekat gile...kalau i pusing pndg tepi..mmg muke bole berlaga....:bruce3: ... bukan sorg tapi sume... mcm ade feromon plak utk diorg dtg sini..hahahaha....

kalau yg single tu takpe la jugak...ni yg laki2 org pon same....

so ape kate anda???

p/s:sori kalau tajuk thread dgn isi tak sama....hahahaha..and mod kalau rase cam tak best je....sile hantar thread ni ke tmpt yg sepatutnye...{:1_141:}

kegimaru Publish time 29-12-2010 01:09 PM

sgt suka kepada gadis2 wangi:$

kegimaru Publish time 29-12-2010 01:12 PM

http://img33.imageshack.us/img33/7857/guccienvyme72770.jpg
{:1_152:}

siape_aku Publish time 29-12-2010 01:22 PM

hmmm...ke sbb before this sy gune perfume lelaki..hahaha...dunhill lagi....sedap tu bau die... pastu gune perfume Tommy Girl... ...

now bau yg baru ni...by Body Shop Hot Summer White Musk...bau die totally different dari White musk...dont know why they used same name...

Hang Publish time 29-12-2010 01:27 PM

bau harum rambut pompuan selepas syampoo pun best...
esp. kalau guna syampoo baby johnson...:$

siape_aku Publish time 29-12-2010 01:29 PM

bau rambut sah2 la kan....mmg korang suke.....tapi seb baik ai pakai tudung g opis..kalau tak ...lagi melekat dak2 laki kat sini...hahahaha

siputsedut Publish time 29-12-2010 03:52 PM

suka jugak bau perfume laki :$:$:$:$:$:$:$ ada sepesen tuh..tapi taktau bau perfume apa..pheromone? :$:$:$:$:$

siputsedut Publish time 29-12-2010 03:53 PM

tapi iols suka bau je..takde la nk duduk dekat2 rapat2 :'(

adifrs Publish time 29-12-2010 03:56 PM

ni mesti habis smbur 1 bdn...tu yg dri jauh dah tercium bau...:laugh3:
bile bdn kite wangi...secare x langsung ia menambhkan keyakinan kite....

Hang Publish time 29-12-2010 04:56 PM

iols tak tau kenapa pompuan suka tuko parfum....
kalau uols serasi dengan satu perfum...jgn tuko pakai je hari-hari...
kalau orang yang suko kat korang terbau parfum tu kat mana2 tak kira la nyonya sayur sekali pun yang pakai.... orang tu akan terus teringat korang..sebab dia dah associate parfum tu dengan korang...

even syampoo, sabun or lotion pun sama
terbau je , otomatik teringat or maybe rindukan korang... :$

adifrs Publish time 29-12-2010 05:03 PM

iols tak tau kenapa pompuan suka tuko parfum....
kalau uols serasi dengan satu perfum...jgn tuko pa ...
Hang Post at 29-12-2010 16:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    ooo..ye ker??? itu mcm ka???:o
    mesti lah b'sebab...dulu suke ngan 1 perfume ni....tapi skang dah xde kat pasaran...bankrup kot
    so...kene lah tuko kan.....
    1 lagi....bile jumpe perfume ni lbh wangi...x kan nak biarkan jek..
    mesti lah beli....tiap2 ari tuko...:lol:
    pakai smpai abis.....heheh

Fantaghiro Publish time 29-12-2010 05:09 PM

kepada tt n yg sewaktu dengannya...

aku cuma nak pesan yek... bukan la aku nak pasan baik ke hape...
pakai perfume tu buleh... malah digalakkan tuk yg ada bau badan...
tapi kalau sampai menarik perhatian n membuatkan yg berlainan jantina leh tergugat iman... kita dah dapat 1 dosa...

ni aku jumpa kat http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/15/huraian-hukum-wanita-pakai-perfume/

Hukum Perempuan Memakai Minyak Wangi

oleh

Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafidzahullah

———————————————————————————————

Hadits Pertama :

من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kedua :

حبب الي من دنيا كم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة

“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)

Hadits Ketiga :

أطيب الطيب المسك

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)

Hadits Keempat :

إذ ا شهدت احد ا كن العشاء فلا تمس طيبا

“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.” (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)

Hadits Kelima :

أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة

“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Keenam :

إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب كماتغسل من الجنابة

“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Ketujuh :

أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kelapan :

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Fantaghiro Publish time 29-12-2010 05:10 PM

sambungan

Keterangan :

1. Hadits ke-1, 2 dan 3 itu dengan jelas menyatakan : sangat disukainya kita memakai harum-haruman/wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni ia jatuh kepada kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam hadits-hadits itu tidak dibezakan sama sekali antara lelaki dan wanita. Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam amat menyukai wangi-wangian. Padahal telah kita maklumi daripadafirman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

” Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” ( Al Ahzab : 21 )

Nabi Shollallahu alaihi wa sallam menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadits ke-3 itu menyatakan bahawa misk/kasturi adalah harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi Shollallahu alaihi wa sallam.

2. Hadits ke-4 dan 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri sholat isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya sholat isya’ disini tidak bererti menghadiri sholat-sholat lainnya diperbolehkan. Tidak sekali-kali demikian ! Ini kerana hadits ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam sholat, baik sholat fardhu mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih dan sholat hari raya ). Disebutkan sholat isya’ dihadits ke-4 dan 5 itu boleh jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu malam.

3. Hadits ke-6 itu menunjukkan : Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar ke masjid membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebagaimana halnya dia mandi janabat.

4. Hadits ke-7 itu mengandungi hukum : Siapa sahaja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka sholatnya tidak diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Demikianlah dzahirnya sabda Nabi Shollallahu alaihi wa sallam. Hendaklah hadits tersebut diambil perhatian betul-betul, ini kerana telah kita saksikan kebiasaannya kaum wanita di masa kita sekarang ini apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk sholat hari raya mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-mana. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un !

Fantaghiro Publish time 29-12-2010 05:12 PM

sambung sket lagi...

5. Dari hadits ke- 4, 5, 6, dan 7 serta keterangan-keterangan dapatlah dengan mudah kita ketahui : apabila ’keluar’ ke tempat-tempat ibadah sahaja dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain-lain. Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh :

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا

” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.” ( Al Israa’ : 23 )

Dalam ayat diatas kita dilarang berkata ’ah’ terhadap kedua orang tua. Sudah tentu mencaci maki keduanya lebih keras lagi larangannya. Dan memukul keduanya akan lebih keras lagi larangannya dan begitulah seterusnya.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

”Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( An Nuur : 30-31 )

Allah Azza wa Jalla perintahkan kaum mu’minin dan mu’minat supaya menundukkan pandangan-pandangan mereka. Ini tentu menunjukkan bahawa pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan, berpegang-pegangan, berciuman, tari-menariakan lebih keras lagi larangannya.

Kalau bagi kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk orang lain mendapat baunya, tentu keluar dengan maksud menyebarkan bausupaya orang-orang mencium baunya lebih keras lagi larangannya. Dan perempuan yang demikian Nabi Shollallahu alaihi wa sallamkita menamakannya sebagai perempuan zina ( lihat hadits ke-8 , dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)

Fantaghiro Publish time 29-12-2010 05:12 PM

er... sket lagi...

Kesimpulan :

1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).

2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.

3. Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

Kemudian datang satu pertanyaan daripada saudara kita, ” Apakah hukum di atas terkena juga kepada perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan memakai ’sesuatu ubat’ (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?”

Saya jawab, kalau ’sesuatu ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang sering membuakant perempuan-perempuan rendah diri. Kalau ’sesuatu ubat’ itu menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau ’sesuatu ubat’ itu hanya sebentar sahaja menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah.

lipanlapan Publish time 29-12-2010 05:12 PM

Ade sorg kawan pompuan cakap, kalo die mula2 tgk laki2, dia 'pandang' bau dulu. Kirenya laki2 ni jenis bersih ke, perokok tegar ke, mat bunga dsb.

Berbalik pada tarikan minyak wangi pomp ni, sebenarnya jejantan2 tu suka bau yang baru. Soh la belikan kepada isteri masing2, agar malam2 leh tido awal.

Pehtu oleskan sket kt kertas, letak dkt meja. Tulis kt situ " If u like this sweet scent, please purchase this New Summer White Musk & go away"
kui3.


Dulu suke bau Pure White Linen.

Fantaghiro Publish time 29-12-2010 05:13 PM

er... mohon jgn dilahari daku... sekadar berkongsi...:L

Fantaghiro Publish time 29-12-2010 05:16 PM

iols tak tau kenapa pompuan suka tuko parfum....
kalau uols serasi dengan satu perfum...jgn tuko pa ...
Hang Post at 29-12-2010 16:56 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   pacik pakai perfume hape?:$

Fantaghiro Publish time 29-12-2010 05:17 PM

tengkiu pacik momod!!{:1_152:}

adifrs Publish time 29-12-2010 05:19 PM

Reply 15# Fantaghiro


    thanks ek....share ngan kite org{:1_138:}
    rase kene pakai perfume dlm kadar yg sedikit....:L
Pages: [1] 2 3 4
View full version: bau perfume....adakah ia menggugat iman anda wahai kaum Adam?


ADVERTISEMENT