tari Publish time 24-8-2023 04:47 PM

Jadi keliru, mahu laju atau perlahan?

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/24hmjalan_1692864290.jpg
PERSIMPANGAN sibuk dengan garis putih yang bertindih untuk mengelirukan pemandu di Baune, Perancis. FOTO Agensi
Paris: Sebuah bandar kecil di barat Perancis mencuri tumpuan dunia apabila menandakan persimpangan sibuk dengan garis putih yang bertindih untuk mengelirukan pemandu, supaya mereka memandu dengan lebih perlahan.
Pekan Baune, berhampiran Angers hanya memiliki kira-kira 1,700 orang penduduk, namun terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas setiap hari.
Ini kerana lokasinya berada di persimpangan antara dua jalan utama iaitu D74 dan D82.
Sebahagian daripada kira-kira 2,300 pengguna yang melalui Bauna setiap hari biasanya memandu dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam (km/j), walaupun persimpangan bandar jelas ditandai dengan had laju pada 30 km/j.
Justeru, pihak berkuasa tempatan mencetuskan idea untuk menggunakan tanda jalan yang mengelirukan dalam bentuk garisan berterusan yang bertindih bagi membolehkan pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing.


Gambar tanda jalan yang pelik di persimpangan sibuk Baune tular di media sosial Perancis bulan lalu, hingga memeningkan ramai pihak.

Ramai berpandangan, garis putih berterusan itu tidak boleh dilalui jika ia bertindih dan menutupi seluruh petak dengan garisan itu memang tidak masuk akal.
Sebahagiannya pula mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tempatan tidak menggunakan cara lebih tradisional untuk mengurangkan kelajuan kenderaan seperti bulatan atau lampu isyarat.
Timbalan Datuk Bandar Loire-Authion, Gregoire Jauneault berkata, tanda jalan yang sengaja mengelirukan mula berfungsi pada hari ia disiapkan.
Sejak itu katanya, data kelajuan pemandu menunjukkan penurunan ketara.
Bagaimanapun, sebahagian daripada komuniti tempatan keputusan itu hanya sementara dan sebaik sahaja pemandu mengetahui permainan itu, mereka akan mengulang tabiat lama iaitu memandu laju.

Disiarkan pada: Ogos 24, 2023 @ 4:05pm

sumber
Pages: [1]
View full version: Jadi keliru, mahu laju atau perlahan?


ADVERTISEMENT