tari Publish time 24-8-2023 03:12 PM

Anak zirafah lahir tanpa tompok

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM2408grf_1692851948.jpg
ANAK zirafah yang dilahirkan dengan tiada tompokan pada badannya. FOTO Zoo Brights/ Reuters
Washington: Seekor anak zirafah berusia tiga minggu menjadi tumpuan di selatan Tennessee, Amerika Syarikat (AS), selepas tiada tompokan pada badannya seperti kelaziman untuk haiwan itu.
Pengarah Zoo Brights, David Bright menyifatkan kelahiran zirafah itu sebagai sangat jarang berlaku.
Katanya, haiwan yang dikenali sebagai zirafah retikulasi itu dilahirkan 31 Julai lalu dan kini tingginya mencecah 183 sentimeter.
"Anak zirafah betina itu berwarna coklat penuh yang cantik tanpa sebarang corak tersendiri spesies itu, yang biasanya membantu haiwan itu menyamar di habitat semula jadi.
"Ia adalah zirafah pertama yang diketahui dilahirkan tanpa sebarang tompokan (pada badan) sejak 1972 iaitu di Jepun," katanya dalam satu kenyataan.

Bright berkata, haiwan itu membesar baik di bawah jagaan ibunya dan ia dipantau kakitangan pakar zoo itu.

Sementara itu, pengasas zoo itu, Tony Bright berkata, populasi haiwan liar itu semakin terancam dengan kepupusan.
"Sebanyak 40 peratus daripada populasi zirafah liar lenyap hanya dalam tempoh tiga dekad lalu saja," katanya.
Haiwan itu masih belum diberikan nama dan pihak zoo terbabit akan memilih nama sesuai daripada senarai cadangan pengguna di laman Facebooknya.

Disiarkan pada: Ogos 24, 2023 @ 12:39pm

sumber
Pages: [1]
View full version: Anak zirafah lahir tanpa tompok


ADVERTISEMENT