tari Publish time 24-8-2023 11:24 AM

Dua kapal berlanggar di Terusan Suez

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM2408tun_1692835249.jpg
BOT tunda dikerahkan untuk membantu kapal kapal tangki minyak Burri selepas insiden pelanggaran di Terusan Suez itu. FOTO Reuters
Kaherah: Sebuah kapal tangki BW Lesmes membawa muatan gas asli cecair berlanggar dengan kapal tangki minyak Burri di Terusan Suez, lapor Sputnik.
Perkhidmatan pengesanan Trafik Marin pada Selasa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu daripada saksi kejadian.

"Insiden dilaporkan membabitkan Burri, sebuah kapal tangki pulau Cayman dan kapal tangki LNG BW Lesmes," kata perkhidmatan itu di X (Twitter).
Pengerusi dan Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Terusan Suez, Laksamana Ossama Rabiee berkata, pihaknya memerlukan beberapa jam untuk menyambung semula navigasi di Terusan Suez.
"Kami cuba menangani kerosakan yang dialami oleh kapal berkenaan secepat mungkin... dan navigasi akan kembali seperti biasa di kedua-dua arah dalam dalam tempoh beberapa jam lagi," kata Rabiee dalam satu kenyataan.

Perlanggaran berlaku di 144 kilometer (89 batu) di terusan itu disebabkan oleh kerosakan teknikal kapal pengangkut LNG.
Kedua-dua kapal tangki berjaya ditunda dari laluan pelayaran.

Disiarkan pada: Ogos 24, 2023 @ 8:01am

sumber
Pages: [1]
View full version: Dua kapal berlanggar di Terusan Suez


ADVERTISEMENT