tari Publish time 22-8-2023 02:30 PM

Wanita Palestin buka kafe kucing pertama di Gaza

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM2208cat1_1692683339.jpg
NAEEMA Mea'bed menyerahkan kucing kepada pelanggan di kafenya. FOTO Reuters
Gaza: Minat mendorong seorang wanita, Naeema Mea'bed membuka kafe kucing MEOW di Gaza minggu ini, dengan harapan dapat membawa kegembiraan dan meningkatkan kesedaran terhadap haiwan berkenaan.
Kafe itu adalah yang pertama seumpamanya di Gaza, dan bertemakan kucing sepenuhnya.
Ia dilengkapi dengan cermin dan pasu bunga, serta ada 14 kucing diletakkan di dalam kafe bagi membolehkan pelanggan dewasa atau kanak-kanak bermain-main dengan haiwan itu.
Ahad lalu, pelanggan dilihat berbaris panjang dan ia mendorong Mea'bed menyediakan lebih banyak meja dan tempat duduk buat keluarga yang membawa anak mereka.
Mereka juga boleh merasai pengalaman bermain dengan kucing pada caj AS$1.30 (kira-kira RM6) bagi setiap setengah jam.https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM2208cat2_1692683343.jpg Sambil menghirup kopi mereka, ibu bapa boleh memantau anak mereka bermain dengan kucing melalui cermin penghadang.
"Idea ini datang daripada minat saya pada zaman kanak-kanak terhadap kucing dan mahu berkongsi dengan orang ramai
"Kucing adalah antikemurungan semula jadi. Ramai orang suka kucing tetapi mereka tidak tahu di mana untuk menyimpan atau bermain dengannya.
"Jadi saya wujudkan tempat ini untuk supaya mereka (pencinta kucing) boleh datang, bergembira dan menghilangkan tekanan, walaupun hanya lima minit, sebelum pulang dengan senang hati," kata Mea'bed.
Kafe itu menampilkan banyak kucing Parsi, tetapi juga baka lain dan baka hibrid.sumber

tari Publish time 22-8-2023 02:31 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM2208cat3_1692683346.jpg
KANAK-KANAK lelaki Palestin bermain dengan kucing di kafe kucing MEOW. FOTO Reuters
Bagi Hala Abu Maghaseeb, 14, kafe itu adalah kejutan yang menyenangkan ketika cuti persekolahan musim panas.
"Ia projek yang bagus, saya datang untuk melepaskan tekanan. Saya suka kucing," katanya yang belum meyakinkan ibu bapanya untuk mendapatkannya kucing peliharaan,
Meskipun begitu, sebahagian penduduk Gaza tidak menyambut baik pembukaan kafe berkenaan kerana faktor kemiskinan, malah berdebat di media sosial.
Bagaimanapun, penaung kafe Rewa Abdel-Hadi, 20, tampil mempertahankannya.
"Kucing adalah makhluk yang tinggal bersama kita, yang merasai ketakutan, kelaparan dan kemiskinan.
"Justeru, sangat baik jika orang yang menjaga haiwan itu," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 22, 2023 @ 1:49pm

Pages: [1]
View full version: Wanita Palestin buka kafe kucing pertama di Gaza


ADVERTISEMENT