tatod Publish time 22-8-2023 12:31 PM

Che Pot Pet Saman Fitnah, Tuntut RM16 Juta Daripada Iddin Syah

Georgetown: Usahawan kosmetik dikenali sebagai Che Ta Pot Pet, memfailkan saman fitnah sambil menuntut RM16 juta daripada usahawan yang juga pempengaruh, Iddin Syah, di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.


Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Baharom, 36, turut menfailkan permohonan injuksi supaya Iddin berhenti memuat naik kenyataan serta memadam hantaran termasuk video, yang didakwa berunsur fitnah terhadap dirinya sejak Julai lalu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/22/123041a2smq5253qqq5x3y.pngChe Ta bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Tinggi pagi ini.



Peguam, K Mahendran, yang mewakili Rozita, berkata dalam tuntutan yang difailkan, anak guamnya menuntut permohonan maaf daripada Iddin secara terbuka menerusi platform media sosial, termasuk akaun TikTok dan Instagram miliknya.


"Kami juga mendapatkan injuksi terhadap defendan untuk memadam segala video yang memburukkan nama anak guam saya di mana-mana platform sehingga kes selesai serta merta," katanya kepada pemberita hari ini.


Terdahulu Rozita diwakili Mahendran dan P Vaasu, mengemukakan permohonan itu di hadapan Hakim P Anand.


Hakim mempersoalkan mengapa tuntutan itu dikemukakan terus ke Mahkamah Tinggi dan berpandangan permohonan sedemikian lebih wajar sekiranya dilakukan di peringkat Mahkamah Sesyen.


Bagaimanapun atas budi bicaranya, hakim membenarkan permohonan injuksi yang melarang defendan memuat naik sebarang hantaran atau kandungan berkaitan plaintif sehingga kes selesai.


Mahkamah menetapkan tarikh 4 September ini untuk pendengaran inter-parte antara kedua belah pihak berhubung tuntutan tersebut.


Sebelum ini portal hiburan mStar, melaporkan Iddin Syah, mendakwa dirinya diperdaya rakan niaga yang juga seorang penyanyi iaitu Rozita sebanyak RM150,000.


Iddin turut mendakwa individu terbabit gagal membuat bayaran semula jumlah yang telah dijanjikan bagi tujuan pembayaran sebuah perkhidmatan, selain telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.




Sumber: BH Online

Perawankota Publish time 22-8-2023 12:41 PM

Iddin tu sapa pulop

pokokmeranti Publish time 22-8-2023 12:44 PM

Iddin tu yg bisnes ESW? HQ di Bertam, Kepala Batas?

SalenaGomez Publish time 22-8-2023 01:28 PM

Lain muka che ta tanpa filter ya

prince_marhaen Publish time 22-8-2023 02:44 PM

..Iddin Syah, mendakwa dirinya diperdaya rakan niaga yang juga seorang penyanyi iaitu Rozita sebanyak RM150,000...

penyanyi? siapa? lagu apa? apeni siakkk...

lanacondor Publish time 22-8-2023 03:27 PM

Dok Tanya jgk. Siapa penyanyi? Lagu apa?

Nham22 Publish time 22-8-2023 07:17 PM

Dasyat naa.. Yg berhutang xreti nak bayar.. Pastu saman orang yang bagi pinjam.. Eh donia dh terbalek

hollahop Publish time 25-8-2023 12:50 AM

Kesian rozita ni… dia ngan laki dia dok tipu org sana sini, tapi merata2 muka dia ja keluar. Boh la sekali muka laki dia kaki putar alam tu. Dedua buat kerja muka bini ja dok keluar sana sini.

Laki dia mmg terkenal dgn menipu org. Banyak sgt kes. Sure la ni antara modus operandi laki dia.

Gasak la buku bertemu ruas. Moga rozita kalah kes ni.

totokreturn. Publish time 29-8-2023 11:16 AM

semoga berjaya

dewi_rina Publish time 29-8-2023 04:58 PM

Dia hutang orang tu, pastu dia nak saman? Ada duit ke tu nak bayar mahkamah?
Pages: [1]
View full version: Che Pot Pet Saman Fitnah, Tuntut RM16 Juta Daripada Iddin Syah


ADVERTISEMENT