mattzzx Publish time 22-8-2023 12:02 PM

Shusmita Sen dibenci produksi Bollywood

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/SUSHMITA-SEN-1-e1692608358999.jpg
SUSHMITA SEN

AKTRES popular Bollywood, Sushmita Sen kesal apabila tabiat menghormati masa tidak senangi segelintir individu dalam industri perfileman hingga dirinya dilabel sebagai pelakon yang susah beri kerjasama.

Akui Miss Universe 1994 itu, dia seorang yang menepati masa apabila mengikut jadual kerja sebaik mungkin dan tidak kisah menunggu pelakon lain bersiap.

Begitupun, Sushmita meluahkan rasa pelik kerana dia pula dicop susah untuk beri kerjasama semata-mata mahu terus pulang sebaik kerjanya tamat.

Katanya, budaya kerja yang mengharapkan pelakon atau kru terus melepak di lokasi penggambaran biarpun babak mereka sudah selesai sebagai sesuatu yang perlu dihapuskan.

Katanya, dalam era sekarang sewajarnya kehidupan kerjaya perlu diseimbangkan demi kesihatan mental.
https://www.kosmo.com.my/2023/08/22/shusmita-sen-dibenci-produksi-bollywood/

Rachel_Green Publish time 16-9-2023 09:34 AM

pelakon bollywood memang terkenal dgn sikap tak menepati masa kan..i ingat lagi baca magazine time ada ramai bintang bollywood datang malaysia untuk buat konsert dulu..pastu diaorang semua dijadualkan ada PC dgn wartawan tempatan..dalam ramai2 yg datang malaysia tu, cuma urmila , juhi chawla , mahima dgn chandrachur singh jer yg turun tepat masa..yg lain berjam baru turun dari bilik hotel.

Page88 Publish time 22-9-2023 06:02 PM

She refused to sleep around that's why they hate her.
Pages: [1]
View full version: Shusmita Sen dibenci produksi Bollywood


ADVERTISEMENT