tatod Publish time 21-8-2023 10:04 PM

Paul Rudd Bukan Pelakon 'Kosong', Ada Kelulusan Lakonan Dari Beberapa Universiti

Walaupun mengecapi kejayaan cemerlang di Hollywood, aktor terkenal Paul Rudd rupa-rupanya seorang anak seni yang begitu mementingkan soal pendidikan.


Menurut laporan People, pelakon filem Ant-Man itu memiliki kelulusan dalam bidang lakonan dari beberapa buah universiti.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/21/220428le9v3jo0ujov3mzu.png



Ujar Rudd, dia mempunyai rasa ingin tahu yang kuat sehingga menjadi seorang yang gigih melanjutkan pelajaran, terutama dalam bidang seni lakonan kerana tidak mahu digelar sebagai pelakon tin kosong (tanpa ilmu).


Difahamkan Rudd sebelum ini pernah melanjutkan pengajian dalam jurusan teater dari Universiti Kansas, Amerika Syarikat.


Tidak berhenti di situ, aktor berusia 55 tahun itu kemudiannya melanjutkan lagi pengajian dalam bidang lakonan di American Academy of Dramatic Arts.


Tanpa rasa jemu, Rudd kemudiannya menyambung lagi pengajian selama tiga bulan di British American Drama Academy Oxford untuk memantapkan lagi ilmu lakonannya.




Sumber: Kosmo! Online

Binodino Publish time 21-8-2023 10:09 PM

Terpaling belajar :lol:

Page88 Publish time 22-8-2023 01:15 AM

He is so cute.

Antifake Publish time 22-8-2023 07:47 AM

Macam x makan tua dia ni. First time aku nampak dalam cerita Friends..

kucingitam Publish time 22-8-2023 10:59 AM

Antifake replied at 22-8-2023 07:47 AM
Macam x makan tua dia ni. First time aku nampak dalam cerita Friends..

BF Phoebe tu kan?

Antifake Publish time 22-8-2023 11:54 AM

kucingitam replied at 22-8-2023 10:59 AM
BF Phoebe tu kan?

Haah BF dia… skema aje rupa dulu. Dah tua ni nampak lagi segak

Rachel_Green Publish time 16-9-2023 09:36 AM

Antifake replied at 22-8-2023 07:47 AM
Macam x makan tua dia ni. First time aku nampak dalam cerita Friends..
haah..i pon sama. teringat lagi scene yg dia terkejut tgk banyak tikus dalam kabinet phoebe:lol:

gold_teeth Publish time 17-9-2023 05:31 PM

Dia ni da kawin ke? Loyal x
Pages: [1]
View full version: Paul Rudd Bukan Pelakon 'Kosong', Ada Kelulusan Lakonan Dari Beberapa Universiti


ADVERTISEMENT