Raline Publish time 21-8-2023 02:39 PM

Bagnaia dominasi perlumbaan GP Austria

Edited by Raline at 21-8-2023 02:45 PM

Bagnaia dominasi perlumbaan GP Austria
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/WhatsApp-Image-2023-08-20-at-21.07.23.jpeg
Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia meneruskan penguasaan dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas memenangi Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring sebentar tadi.


SPIELBERG – Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia mempertahankan kemenangan yang diraih pada Grand Prix (GP) Austria musim lalu selepas memenangi perlumbaan yang berlangsung di Litar Red Bull Ring sebentar tadi.

Memulakan perlumbaan di petak hadapan, juara dunia itu memimpin perlumbaan sejak awal saingan sebelum melintasi garisan penamat sebagai pemenang walaupun cuba dicabar pelumba Red Bull KTM, Brad Binder.

Ketika perlumbaan berbaki lebih kurang lima pusingan, Binder seolah-olah sudah mengibar ‘bendera putih’ apabila Bagnaia dilihat cukup selesa memimpin saingan dengan perbezaan masa lebih lima saat.

“Secara jujur, saya dapat rasakan jentera cukup laju hari ini tetapi keadaan sangat sukar untuk semua pelumba. Saya agak bergelut dengan bahagian depan jentera tetapi lega kerana dapat memperbaiki catatan masa.

“Kami dapat tangani (masalah) dengan cukup sempurna sepanjang saingan minggu ini. Kami sudah tunjukkan potensi pasukan sejak semalam lagi, jadi terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan,” kata Bagnaia sejurus tamat perlumbaan.

Kemenangan itu turut memberi kelebihan kepada Bagnaia dalam usahanya mempertahankan kejuaraan dunia apabila mengumpul 251 mata, 62 mata meninggalkan pencabar terdekat dari pasukan Pramac Racing, Jorge Martin.

Mengiringi Bagnaia di podium hari ini adalah Binder yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, diiringi pemenang tempat ketiga dari pasukan Mooney VR46 Racing, Marco Bezzecchi. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08/20/bagnaia-dominasi-perlumbaan-gp-austria/
Pages: [1]
View full version: Bagnaia dominasi perlumbaan GP Austria


ADVERTISEMENT