mattzzx Publish time 21-8-2023 11:03 AM

Bagnaia tambah mata selepas ungguli perlumbaan pecut

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTO-PRIX-AUT-MOTOGP-SPRINT_1692510809.jpg
BAGNAIA ketika beraksi dalam saingan pecut. FOTO AFP

Spielberg bei Knittelfeld: Juara dunia Francesco Bagnaia mendominasi perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Austria untuk memperkukuhkan kedudukan keseluruhan.

Brad Binder (KTM) menduduki tempat kedua dengan Jorge Martin (Ducati-Pramac) melengkapkan podium di litar Red Bull Ring Spielberg.

Kemenangan saingan pecut kali keempat Bagnaia pada musim ini melonjakkan dia 46 mata di hadapan Martin menjelang perlumbaan utama iaitu pusingan ke-10 daripada 20 perlumbaan.

"Rancangannya adalah untuk berusaha keras dari awal. Ia sukar tetapi kami berjaya berada di hadapan pada pusingan pertama. Saya sangat gembira," kata pelumba Ducati itu.

Bagnaia bermula dari petak pertama, dengan Maverick Vinales dan Binder melengkapkan barisan hadapan untuk pecutan 14 pusingan.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/08/1001452/bagnaia-tambah-mata-selepas-ungguli-perlumbaan-pecut
Pages: [1]
View full version: Bagnaia tambah mata selepas ungguli perlumbaan pecut


ADVERTISEMENT